Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Abby Abadi tamatkan zaman janda ke-2 nya dengan..

Jumaat, 31 Julai 2015

Pelakon dan usahawan Abby Abadi mengesahkan bakal bernikah dengan seorang wartawan dalam majlis ringkas di Keramat pada 14 Ogos ini.

Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 38, berkata, hatinya tergerak untuk berkahwin buat kali ketiga kerana kasih sayang yang ditunjukkan duda bernama Mohd Faizal Zakaria, 41, itu terhadapnya dan anak-anak.

“Walaupun kami baru saja rapat Disember lalu, dia istimewa di mata saya kerana menerima saya seadanya. Sikap penyayang terhadap anak-anak saya dan selalu berjumpa mereka memikat hati saya.

“Kami pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini dan berharap sesuatu yang lebih baik kali ini. Moga pernikahan ini jadi yang terakhir untuk kami berdua,” katanya ketika dihubungi Harian Metro petang tadi.

Pengumuman mengejut dilakukan Abby mengenai perkara itu di akaun Instagramnya petang tadi menarik perhatian ramai dan mendapat reaksi positif peminat.

Menurut Abby, dia mengenali Mohd Faizal ketika menyertai sebuah program beberapa bulan lalu dan menjadi rapat sejak itu.

Majlis resepsi pasangan ini dijangka berlangsung pada 15 atau 16 Ogos ini. -hMetro

Siapa jejaka Neelofa di London ni..? (14 gambar)

Baru-baru ini Neelofa ada pergi melancong ke London bersama rakan-rakannya. Namun yang menjadi perhatian adalah seorang jejaka kacak bersama Neelofa ketika itu (gambar diatas).

Jejaka kacak itu adalah model untuk tudung keluaran Neelofar iaitu Malik McMcrone yang dikatakan juga mesra dengan Neelofa buat masa kini.

Adakah mereka pergi atas urusan kerja atau hanya bercuti-cuti, yang tu tak dipastikan, semoga semuanya baik-baik sahaja. :)

Betty Benafe, suami tunai umrah buat pertama kali (4 gambar)


Dalam tak disangka, Betty Benafe telah pergi buat pertama kalinya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan yang lalu dengan suaminya. Turut kelihatan bersama mereka ketika itu adalah pasangan suami isteri, Zizie Ezette dan Datuk Bung Mokhtar.

Nubhan AF bakal berkahwin bulan Ogos ini (4 gambar tunang)

Nubhan, 29, bakal menamatkan zaman bujangnya yang bakal berlangsung pada 29 Ogos nanti dengan tunangnya, Afifah sejak bulan Oktorber 2014 yang lalu.

Kepala bapak ko! -Azwan Ali

Rasanya memang orang ramai tidak senang dengan cara Azwan Ali di laman sosial. Terbaru dia dikatakan menulis perkataan kasar kepada salah seorang pengguna di Instagram.

“Err, kepala bapak ko #PUII,” komen Azwan Ali

Memang agak menyedihkan jika ada orang komen seperti ini di laman sosial kita. Apakah tindakan yang wajar dilakukan. Block atau unfollow adalah langkah yang sewajarnya.

Sharnaaz, Anis putus cinta!

Sharnaaz Ahmad semalam memberitahu portal Bharian yang dia kini sudah single dan telah putus cinta dengan Anis Al Idrus sejak 5 bulan yang lalu.

Sebab apa putus hubungan mereka, Sharnaaz enggan memberitahu.
"Hubungan kami sudah lama terputus iaitu sejak lima bulan lalu. Malah ketika kami sama-sama menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) April lalu, hubungan kami bagai retak menanti belah.

"Keputusan untuk berpisah ini kami buat bersama-sama. Tak perlulah nak didedahkan apakah puncanya Cuma apa yang boleh dikatakan hubungan ini memang tidak dapat diteruskan," katanya

Agnes Monica tayang pehanya yang hot.. (6 gambar)

Khamis, 30 Julai 2015

Wah penyanyi Agnes Monica menayangkan pehanya yang dikatakan peha untuk atlit dan ahli bina badan, 'peha kekar' orang menyebutnya. Rasa-rasanya agak kedudukan Sharifah Sakinah bakal terancam ke tak ek. Hehe.

Erra Fazira beri hint redha dapat suami muda.. Shahir?

Baru-baru ini Erra Fazira memberikan hint yang dia redha jika dia bakal bercinta dan seterusnya berkahwin dengan lelaki lebih muda dari usianya.

Hint ini memberikan petunjuk yang korang sudah agak dari dahulu kan, siapa yang dimaksudkan Erra ni. Kalau betul, semoga mereka berdua bahagia.
“Tidakkah soal jodoh itu di tangan Tuhan. Lihat sahaja bagaimana Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang berbeza peringkat usia tetapi kini sedang mengecap bahagia. Sejarah Islam sendiri melihat bagaimana Rasulullah SAW berkahwin dengan isteri pertamanya Siti Khadijah yang lebih berusia”

“Usia itu bersifat subjektif. Pokok pangkalnya sekarang, doakan yang terbaik untuk saya. Andai ditakdirkan bercinta dengan lelaki mdua sekali pun, saya tak mampu melawan kehendak takdir,” ujar Erra Fazira

Sebab Mimi tidak tinggal bersama suami..

Mimi One Nation Emcee mengakui yang dia dengan suaminya, Firdaus masih lagi tidak tinggal bersama dan kini berasingan walaupun sudah bernikah pada 16 Mei yang lalu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, kenapa Mimi masih tinggal berasingan. Setelah bernikah, 12 hari kemudian ayahnya telah meninggal dunia. Lalu Mimi meminta keizinan suaminya untuk tinggal berasingan agar dapat menenangkan fikiran dan hal keluarga selepas pemergian ayahnya memetik laporan Bharian semalam.
"Selain sibuk dengan urusan keluarga, saya juga kini sibuk dengan kerja di studio. Jadi saya minta kebenaran daripada suami agar dapat berikan saya sedikit masa untuk uruskan hal keluarga dan kerja. "Tapi setiap hari kami akan berjumpa kerana suami menguruskan kerjaya saya. Cuma kami masih belum tinggal sebumbung.

"Insya-Allah kami sedang merancang ke arah itu malah suami juga kini sedang sibuk mencari rumah yang sesuai buat kami.

"Sejujurnya saya masih berat untuk meninggalkan keluarga tapi pada waktu sama saya harus fikirkan perasaan suami, apa pun saya akan berusaha membuang kesedihan itu dan cuba jalani hidup berumah tangga seperti pasangan lain," katanya.

Sheera Iskandar bakal berkahwin Ogos ini (6 gambar bakal suami)

Pelakon, Sheera Iskandar bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan Ogos nanti dengan memilih seorang chef bernama Doul Harun yang dikenalinya sejak 4 tahun lalu.

Akui Sheera, mereka dikatakan hanya berkawan biasa sehinggalah ke hari ini memetik portal Murai.

Rumahtangga Hanez Suraya bergolak? ini jawapan dia.. (2 gambar)

Dengar khabar yang rumahtangga Hanez Suraya dengan Romie Razin yang kini menceah 4 bulan mengalami masalah berikutan ramai follower Instagram nya menganggap Hanez kini dihimpit masalah akibat memuatnaik gambar wallpaper yang sedih-sedih.

Hanez memetik portal mStar semalam, enggan menjawab spikulasi itu lebih lanjut dengan usia kandungannya kini mencecah usia 4 bulan.

Zizan Razak marah Shaheizy Sam di set shooting...

Rabu, 29 Julai 2015

Pelakon Shaheizy Sam dikhabarkan mengambil keputusan menolak tawaran berlakon dengan pelawak Zizan Razak walaupun mereka berdua bakal muncul dalam sebuah filem aksi, Polis Evo.

Semuanya bermula apabila dalam salah satu utama menerusi filem Polis Evo, Zizan Razak dikatakan telah bertindak kasar menegur dan memarahi Shaheizy Sam sewaktu di set penggambaran.

Tapi semuanya hanya rekaan semata-mata yang telah dirancang oleh pihak produksi sewaktu mereka berdua bergandingan untuk menyelamatkan seorang wanita yang dikenali dengan nama Maya yang terperangkap ketika rumahnya terbakar.

Menurut Zizan Razak, adegan pertelingkahan dengan Sam adalah antara babak paling sukar dilakukan memandangka ia adalah kali pertama dia berhadapan dengan situasi tersebut, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pelakon hebat seperti Sam.

Malah Shaheizy Sam sempat berjenaka Polis Evo merupakan filem terakhir dia bergandingan dengan Zizan Razak kerana tindakan pelawak kelahiran negeri Terengganu memarahinya. -AstroGempak

Nor Albaniah berani berbikini seksi.. (7 gambar)

Pelakon Cinta Ibadah, Nor Albaniah yang juga pelakon paling top pada era 90-an membuat kejutan apabila berani mempamerkan aksi berbikini ketika beriadah di tepi pantai tidak diketahui.

Dia menerima banyak kecaman memandangkan aksinya itu tidak sesuai untuk usianya yang kini dah lanjut.

KPDNKK bakal siasat Pereka Fesyen, Fairuz Ramdan sebab.. PANAS!

Ni admin dapat email daripada seorang yang mahu dikenali sebagai Shasha. Dia telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada pereka fesyen terkenal, Fairuz Ramdan yang dikatakan gagal untuk memenuhi kehendak pelanggan sehinggakan pelanggannya membuat laporan KPDNKK.

Ini lah antara isinya itu..

Sekitar baby shower Jaclyn Victor (33 gambar)

Jaclyn Victor telah diraikan dalam sambutan baby shower yang sangat meriah kelmarin sebelum dia dijangka melahirkan bayi sulungnyasekitar Ogos depan. -gambar Instagram.com/Camoraarts

Komen ayah isu Puteri Balqis berbikini yang mengejutkan..

Beberapa hari lalu, pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis ada memuatnaik gambar dia berbikini, dan ianya menjadi viral sehinggakan ramai yang tampil memberikan komen.

Ayah Balqis, Azizi Aziz pula tampil semalam di portal mStar dengan menyatakan yang mereka enggan peduli dengan komen-komen berkenaan anaknya itu.
"Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri," katanya menerusi mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

"Dia digelar dengan pelbagai gelaran tetapi dia tenang membaca semua komen tersebut. Dia okay," katanya.

Hasnul Rahmat akui pegang patung anjing dan Jesus..

Selasa, 28 Julai 2015


Enggan membiarkan tindakan memuat naik gambarnya memegang patung anjing dan Jesus disalah anggap, Pelakon Tanda Putera, Hasnul Rahmat, 36, memadam entri itu selepas ia menjadi viral.

Hasnul menjelaskan beliau tidak terkejut apabila gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu mendapat reaksi negatif oleh banyak pihak. Beliau menjelaskan tindakan beliau hanya dilakukan secara spontan tanpa maksud tertentu atau mahu menimbulkan kontroversi.

Jadi artis menjamin masa depan.. - Rozita Che Wan

Akui Rozita Che Wan atau Che Ta yang hidupnya sebagai selebriti sudah menjamin sebuah kehidupan yang selesa dan senang. Bahkan pernah mendapat pendapatan RM60,000 sebulan hasil dari lakonan dan beberapa bayaran pengiklanan.

Che Ta berkata demikian ketika menjadi tetamu program hlive! Apa Kata Malaysia?
“Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang,”

“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki,” -Che Ta

Hafiz Suip beraya dengan tunang (28 gambar)

Sambutan hari jadi Lara Alana pertama (12 gambar)

Komen Nora Danish dituduh pakai lambang Dajjal (2 gambar)

Kecoh beberapa hari lalu, Nora Danish memuatnaik gambar dia melukis di lehernya menyerupai lambang iluminati atau freemason di lehernya.

Ramai yang mengecam dan menuduh Nora mengamalkan fahaman itu, namun Nora menegaskan ianya tiada kena mengena dengan fahaman songsang itu.

Puteri Balqis berbikini, ramai tampil beri komen.. (5 gambar)

Isnin, 27 Julai 2015

Pelakon kanak-kanak yang popular ketika ini, Puteri Balqis, 8 tahun, membuat kejutan apabila memuatnaik gambar berbikini dirinya ketika bercuti di salah sebuah peranginan dalam negara.

Ramai yang menasihati dan ada juga yang mengkritik cara ibu bapanya mendidik. Namun ada juga yang beranggapan sebaliknya, memandangkan Balqis masih kecil dan bukanlah perlu menjadi isu untuk diperbesarkan.

Bagi anda?

Nur Fazura selar individu Instagram dengan Iblis!.. (4 gambar)

Rozita Che Wan telah memuat naik kembali gambar anak lelakinya, Aniq Ezra di akaun Instagram beliau. Gambar itu pada asalnya bertujuan untuk mengucapkan "selamat bergembira" kepada anak lelakinya yang sedang bercuti di Singapura.

Dalam gambar asal, anak lelaki Rozita Che Wan telah menulis caption yang berbunyi "When n**s say I'm lucky , I say that I'm blessed" di akaun Instagramnya

Pelakon jelita Fazura telah membuat teguran secara terbuka kepada Che Ta tentang penggunaan perkataan 'n' itu di ruangan komen Instagram Che Ta.

Kekasih Adeline Tsen? (12 gambar)

Pelakon dan model Adeline Tsen ada pergi bercuti baru-baru ini di Pulau Phuket dan sekitar Bangkok dengan ditemani mengikut sumber lelaki berkenaan adalah model dari negara Uzbekistan, Sherzod Yusuf.

Melihat kemesraan mereka, sepertinya mereka kini sedang bercinta. Sebelum itu juga mereka ada menyambut Hari Raya bersama-sama.

Adeline difahamkan sedia menjadi isteri untuk seorang jejaka Melayu dan Islam. Walaupun Sherzod bukan berketuruan Melayu namun dia beragama Islam. Mungkin sudah waktunya mereka berkahwin tidak lama lagi, kita harapkan ianya berlaku kelak. :)

Zahida Rafik tayang paha di kecam... (5 gambar)

Zahida Rafik dikecam dan diberikan teguran pengikutnya berikutan pendedahan berani mati Zahida menampakkan pahanya di majlis-majlis hari Raya yang lalu.

Zahida juga sempat membalas komen berkenaan. Namun sebagai rakyat Malaysia yang perihatin, mereka mendoakan agar Zahida tidak lagi berbuat seperti ini di lain masa. :)

Sakinah serang Ayda Jebat di lokasi.. PANAS!

Sharifah Sakinah menyerang dan menyelar Ayda Jebat sebagai seorang yang 'plastik' dan bermuka-muka dan berkata yang Ayda suka mengata dirinya dibelakang. Plastik yang dimaksudkan adalah bukan memakai botox atau ubatan lain mencantikann bentuk fizikal namun lebih kepada memburuk-burukkan orang. Ayda difahamkan kelihatan pucat dan bingung dengan serangan Sakinah itu.

Kejadian ini berlaku di satu set lokasi temuramah yang berlangsung selama 5 minit dan ianya berlaku secara spontan. Namun ianya sudah dirancang awal sebagai prank untuk satu rancngan yang direka dan didalangi oleh team Melodi Raya untuk menyampaikan anugerah khas kepada Ayda Jebat iaitu anugerah pelakon wanita popular baru-baru ini. ha ha ha.

Sekitar Hari Raya Diana Amir (32 gambar)

Ahad, 26 Julai 2015

Hari Raya Lisdawati, Fauzi Nawawi (11 gambar)

Syaiful Zero dah berkahwin.. (3 gambar)


Syaiful Zero sudah pun sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya hatinya, Ashura Rudy di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, pada tarikh 24 Julai yang lalu.

Syaiful atau mesra dipanggil Melati telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000.

"OH MEDIA THE ANJINGSS" TAK DE TELOR! - Azwan Ali (video)

Azwan Ali ada pergi ke SKMM baru-baru ini untuk mereportkan hal mengenai sebuah blog yang memburukkan namanya, iaitu OhMedia. Ini dibuktikan lagi dengan video Azwan di tempat SKMM.

Sekitar Hari Raya Ayu Raudhah (26 gambar)

Jumaat, 24 Julai 2015

Sebab mengapa Syatilla Melvin kini berambut pendek.. (37 gambar)

Ramai tertanya-tanya kenapa Syatilla Melvin kini berambut pendek. Namun Syatilla menafikan dia berbuat demikian atas sebab putus cinta kepada seorang pelakon popular iaitu Shaheizy Sam tapi kerana dia sudah lama berhajat demikian.

Sebab mengapa Norman Hakim berbadan tegap..

Ramai dah nampak badan sasa dan tegap Norman Hakim namun tidak ramai yang mengetahui apa sebab dia berbuat demikian walaupun dah berumahtangga.

Norman memberitahu ianya adalah minatnya dari bangku sekolah lagi dan kini dah berumahtangga ianya dijadikan satu ibadat iaitu seorang muslim yang menjagakan kesihatan.
“Sebelum menceburi bidang seni, saya memang aktif bersukan sejak di bangku sekolah. Memang minat itu sudah ada dalam diri sejak dahulu lagi. Jadi apabila masuk dalam bidang seni, saya teruskan minat ini, termasuk dalam sukan bina badan”

“Selain minat, saya juga niatkan ia sebagai ibadat. Jadi apabila kita berniat begitu, tidak timbul perasaan riak atau menunjuk-nunjuk. Anak-anak pun suka tengok bapa mereka dalam fizikal seperti adiwira. Mereka selalu minta saya tunjuk otot lengan,” kata Norman kepada BH Plus.

Hari Raya Nurfazura dan berselendang (18 gambar)

Siapa baby perempuan dengan Zizie Ezzete ni? (2 gambar)

Walaupun sudah berkahwin bertahun-tahun, pasangan, Datuk Bung Mokhtar dengan Zizie Ezzete belum dikurniakan cahaya mata.

Namun baru-baru ini, mereka mengambil ikthiar untuk menjaga anak angkat perempuan yang diberikan gelaran Baby J.

Dengan kehadiran anak ini, maka hidup pasangan ini akan lebih bahagia dengan ditemani oleh anak yang comel.

Sekitar Hari Raya Shila Amzah (15 gambar)

Khamis, 23 Julai 2015

Qi Razali, Nelydia Senrose bakal bertunang tahun ini?

Dengar khabar yang Qi Razali dan Nelydia Senrose bakal menamatkan zaman bujang mereka dengan bertunang. Namun tidak diketahui bila dan tarikh mereka melakukan hari bermakna itu.
"Adalah buat sikit-sikit tu. Segalanya masih dalam proses. Insya-ALLAH, jika berkesempatan kami juga akan tengok-tengok cincin nanti,"

"Apa pun kita raya dahulu, selepas itu tengoklah macam mana. Saya tiada niat nak sorok atau buat senyap-senyap, apabila sudah tiba masanya saya akan kongsi dengan semua," -Qi Razali petikan portal SinarHarian

Sekitar Hari Raya Lisa Surihani, Yusry (11 gambar)

Azwan Ali kutuk mangsa kemalangan jalan raya.. Sadis!

Agak kertelaluan Diva Azwan Ali ni. Sampai mangsa dan yang telah pergi di dalam nahas jalan raya dijadikan bahan kutukannya. Apalah nak jadi dengan Azwan ni.

Ucapkan lah takziah ke, ucap Inallilahi ke. Tak sepatutnya perkataan itu dikeluarkan olehnya dengan menggunakan medium laman sosial yang bebas dan terhad tu. Nak kena akta hasutan kot Azwan ni.

Akim, Stacy beraya bersama (3 gambar)

Nora Danish bergaduh dengan bekas isteri Nedim..

Rabu, 22 Julai 2015

Dengar cerita yang Nora Danish kini berbalas-balas post di instagram dengan wanita bernama Nabilah Khan yang juga bekas isteri kepada Nedim Nazri yang juga kekasih Nora sendiri.

Perang post ini berlaku beberapa hari lalu. Bermula dari Nabilah dan seterusnya Nora.
“Real women don't need to steal a person's husband they go out and get their own! #justsaying.” -Nabilah
Namun post-post berkenaan sudah dipadam oleh Nora Danish yang sepertinya enggan memanjangkan lagi isu ini. Ye la bulan baik kan, tak baik gaduh-gaduh, bulan kemaafan sesaudara iman. :)

Sekitar Hari Raya Rozita Che Wan, Zain Saidin (26 gambar)

Kilafairy melakukan aktiviti pelik di pagi 1 Syawal..

Kilafairy mengakui yang dia ada buat sesuatu yang pelik di pagi 1 Syawal. Jarang-jarang sekali orang Muslim melakukannya. Kalau korang nak tahu, jom tonton video dia di bawah ini. -video mStar

Sektiar Hari Raya Neelofa (29 gambar)

Tudung Zara Zya tidak laku sebab dia tak bertudung..

Pelakon Zara Zya terpaksa memeperlahankan perniagaan tudungnya kerana kurang mendapat sambutan peminat berbanding produk makanan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, perkara tersebut disebabkan ramai pembeli tidak gemar membeli tudung yang dijual artis yang tidak memakai tudung.
"Saya perlahankan penjualan tudung kerana sambutan agak kurang, mungkin mereka tak suka artis yang tidak bertudung menjual tudung. Lagi pula saya sibuk dengan produk makanan dan tiada orang yang uruskan tudung itu,"
Bagaimanapun, Zara berkata, dia menumpukan perhatian kepada penjualan biskut raya dan sambal yang lebih mendapat sambutan peminat-peminatnya. -mStar

Sekitar Hari Raya Diana Danielle, Farid Kamil (12 gambar)

Nabil bersepah kat airport ni! - Azwan Ali

Selasa, 21 Julai 2015

Dengarnya Azwan Ali kecewa apabila Nabil Ahmad tidak menegurnya ketika mereka berada di lapangan terbang. Sehinggakan Azwan berang dengan sikap Nabil itu dengan mengata dirinya di laman Twitter.

Mungkin Nabil tidak perasan atau tidak kenal sangat dengan Diva ni kan. Manalah tahu, bersangka baik sahaja.




Sekitar Hari Raya Liyana Jasmay (15 gambar)


Sekitar Hari Raya Memey, Norman Hakim (53 gambar)

Sekitar Hari Raya Irma Hasmie (8 gambar)