Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kun Anta versi Imam Muda Asyraf

Ahad, 31 Mei 2015

6 Gambar Ummi Nazeera bertudung

Ummi Nazeera akui yang dia kini lebih selesa bertudung di dalam menjalankan aktiviti sehariannya seperti berlakon. Namun Ummi akui dia juga kena berhati-hati dengan batas berlakon selepas ini.
“Alhamdulilah, perubahan yang saya alami sekarang ini telah memberikan respon yang lebih positif dalam kehidupan serta karier saya. Apabila saya di set penggambaran, cara percakapan oleh krew produksi lebih tertib dan berhati-hati serta sentiasa memohon kebenaran saya, sama ada babak itu saya selesa atau pun tidak,”

6 Gambar terkini Heliza Helmi yang cun!

Pesan Siti Nurhaliza terhadap fitnah bercerai dengan suami!


Pesanan Datuk Siti Dan Datuk K Untuk Blogger Tak Sekolah
Baru-baru ini Dato Siti Nurhaliza memuatnaik satu posting tentang luahan rasa kecewanya terhadap sebuah blog tempatan yang menyebarkan fitnah kononnya beliau sudah bercerai dengan Datuk K.

Hari ini penyanyi berkenaan memuatnaik satu gambar terbaharu di laman Instagram bersama suaminya dengan kapsyen sempoi ‘blogger tak sekolah’.
“Bila tak ready ini la jadinya..suami saya plak sempat buat pose utk ‘blogger tak sekolah’ tuu. Terima kasih semua yg prihatin pada kami berdua.. Doakan yg baik2 buat kami kerana doa yang baik itu akan kembali kepada Kalian semula… Bulan ramadhan pun semakin dekat.. Sama-samalah menginsafi diri dan memohon petunjuk hidayah kepada Allah SWT.. Kita hambaNYA yg lemah & tak sempurna??,”

Kamal Adli ada hubungi Zizan Razak untuk...

Jumaat, 29 Mei 2015

Kamal Adli mengakui yang dia ada menghubungi Zizan Razak gara-gara gosip yang dikatakan dia adalah punca keretakan hubungan Zizan dengan Emma Membong beberapa bulan lalu.

Kamal tampil untuk menjelaskan keadaan itu bagi membuktikan dia bukanlah punca sebenar dalam keretakan berkenaan.
“Masa mula-mula gosip mengatakan saya punca mereka ada masalah dalam hubungan cinta, saya terus menghubungi Zizan bagi perjelaskan serta clear things apa yang berlaku. Saya tak mahu Zizan percaya akan gosip itu.

“Lagipun ketika gosip dan isu ini berlaku memang saya, Zizan dan Emma menjalani penggambaran sebuah drama bersama dan saya tahu ketika itu mereka memang ada masalah tetapi saya sendiri tidak tahu apa sebabnya.

“Namun saya nak tegaskan disini saya mula rapat dengannya selepas hubungan cinta mereka berakhir,”

“Saya dan Zizan baik-baik sahaja. Hubungan kami sama seperti dahulu dan tiada masalah,” -Kamal petikan portal Murai.

Mia Ahmad akui bercinta dengan Syarul Ridzwan tapi... (10 gambar couple)

Akhirnya Mia Ahmad mengakui yang dia dengan Syarul Ridzwan kini adalah sepasang kekasih. Namun pengakuan ini sebenarnya adalah.

Pakaian Jubah Yatt dikritik ketika main boling! (gambar)


Agak menyedihkan apabila Yatt Hamzah telah dikritik kerana berpakaian jubah ketika bermain bowling. Kerana tidak bersesuaian dan tepat pada waktu dan tempatnya.

Ada juga pihak yang memberikan pandangan positif mengenai hal itu.

Buat admin, tidak menjadi kesalahan buat Yatt memakai pakaian berkenaan, jika dianggapnya selesa dan menjadi tuntutan agama, apa salahnya dia memakai pakaian seperti itu kan.

Rahsia Enot hilang 40kg dalam masa 4 bulan!

Satu perkembangan terbaik daripada Enot dimana berat badannya menurun sebanyak 40 kilogram. Rahsianya dengan pengambilan produk berjenama Izeara sejak 4 bulan yang lalu.

Kini Enot dengan rasminya menjadi duta produk berkenaan.
“Sebelum ini, berat badan saya adalah 138 kilogram. Pada awalnya, saya hanya menggunakan Izeara selama seminggu sahaja, secara suka-suka. Selepas itu, saya merasakan perubahan atas tubuh badan saya. Saya rasa lebih ringan. Jadi saya menggunakannya Izeara 6 Inch Body Serum Extra Power secara konsisten dan kini berat badan saya turun kepada 98 kilogram. Kini saya mahu mendapatkan kembali berat saya semasa di zaman anak dara dahulu, 75 kilogram,”

“Syukur saya dipilih sebagai duta Izeara. Selain itu, saya juga menjadi stokes. Saya tahu dengan keadaan badan saya yang berukuran ‘tembam’ sebegini, pastinya akan ada kata-kata negatif yang singgah apabila saya dipilih menjadi duta produk sebegini. Tetapi bagi saya, mudah sahaja. Saya hanya membiarkan keyboard warrior ini melakukan kerja mereka dan saya hanya menjalankan kehidupan saya seperti biasa,” kata Enot memetik portal Murai

Norman, Abby semakin rapat, ini komen Memey..

Khamis, 28 Mei 2015


Dengarnya hubungan Norman Hakim dengan bekas isterinya, Abby Abadi kini semakin rapat dan ini juga mendapat reaksi dari isteri Norman sendiri, Memey Suhaiza yang turut merasainya.
“Bila hubungan lebih baik ini lagilah saya tidak risau sebab semuanya di depan mata dan kami sentiasa bersama. Kalau ada perkara yang berkenaan anak-anak pun, kami sentiasa berkomunikasi. Jadi bila kami makin rapat ini, tidaklah risau”

“Kalau dulu mungkinlah saya berfikir pasal perkara ini, sekarang tidak lagi. Saya tak perlu memikirkan perkara negatif. Kita pun sudah ada anak jadi fokus itu lebih kepada anak dan keluarga. Semuanya baik saja, malah anak-anak saya dan anak-anak abang (Norman) (bersama Abby) pun rapat”

“Kami pun selalu berjumpa, jadi saya mahu fikir perkara yang bahagia saja, tak mahu fikir negatif sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Buat masa sekarang, kita hanya mampu doakan yang terbaik untuk diri kita sendiri,” -Memey petikan sisipan BH Plus.

Fathia Latiff berbogel untuk fiilem Darah Panas!


Fathia Latiff Bogel Dalam Filem Darah Panas
Fathia Latiff merasa bengang apabila salah satu tajuk didalam artikel di sebuah portal tempatan telah sedikit sebanyak mencalarkan imejnya apabila ia menjadi bualan ramai di media sosial.

Kandungan artikel tersebut menyatakan bahawa Fathia Latiff harus melakonkan babak yang memerlukan beliau untuk tampil tanpa seurat benang di dalam filem terbaru lakonan beliau, Darah Panas. Walaubagaimanapun babak tersebut dilakukan melalui kaedah camera-trick.

Pengarah filem Darah Panas, Arjin Uppal tidak menafikan terdapat beberapa adegan panas membabitkan Fathia dalam filem ke-2 arahannya, bagaimanapun ia tidaklah keterlaluan.
Ada ketika saya terpaksa menghalau kru produksi untuk memberikan keselesaan Fathia melakonkan adegan panas yang diperlukan. Hanya tinggal saya, Fathia dan pengarah fotografi saja. Saya rasa adegan yang dilakukan tidaklah keterlaluan.
Kali ini Fathia Latiff melakonkan watak sebagai seorang pelacur bernama Syahana.

Aidil suka menipu! - Rita Rudaini

Isu nombor yang dikatakan milik isteri Aidil Zafuan, Zarema masih lagi hangat diperkatakan. Rita Rudaini mengakui dia tidak berniat memalukan mana-mana pihak diatas tindakannya menyebarkan nombor berkenaan di laman Instagram miliknya, bahkan ianya hanya satu perkongsian berita kehidupannya.
“Saya hanya mahu cerita masalah saya kepada sahabat-sahabat laman sosial. Tapi saya pelik juga, Aidil ada nombor saya. Kenapa tidak menghubungi menggunakan nombor sendiri? Saya lantang sebab benar. Saya tidak akan bercakap bohong selagi benda itu betul,”

“Kalau hendak menjemput kan (majlis akikah) boleh menghantar mesej. Tidak perlulah hubungi banyak kali kalau tidak diangkat. Kenapa suka menipu sedangkan hari jadi anak pun dia tidak telefon atau menghantar mesej. Cukup-cukuplah hendak ‘cover’ tindakan isterinya itu,” kata Rita lagi.
Sementara itu, menurut Aidil Zafuan pula, dia sudah cuba menghubungi Rita Rudaini beberapa kali sebelum ini menggunakan nombornya namun tidak dijawab. Lebih menghampakan Aidil lagi, kehadiran dirinya daripada Johor untuk keluar bersama anak-anak pada hari jadi mereka tidak kesampaian.
“Dua minggu sebelum, saya sudah ingatkan Rita Rudaini untuk bertemu anak-anak. Tetapi apabila tiba hari kejadian, pengawal keselamatan tidak membenarkan saya memasuki rumah Rita dan Rita juga memberitahu mereka tidak berada di rumah”

“Saya sangat kecewa kerana inisiatif saya dari Johor untuk berjumpa anak tidak kesampaian. Saya masih lagi simpan hadiah hari jadi anak. Saya mahu berjumpa dia sendiri,” jelas Aidil

Kena fitnah cerai, ini jawapan Siti Nurhaliza..

Kasihan Dato' Siti Nurhaliza. Ada juga penyebar fitnah yang kurang selesa melihat kebahagian Siti dengan suaminya Datuk K sehinggakan sanggup menyebarkan berita dimana Siti telah bercerai dengan Datuk K.
“Ya Allah, hanya Dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan fitnah ini. Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb,” ulas penyanyi ini melalui gambar repost Instagram kakak iparnya, Rozi
.Dan ini komen Rozi di Instagram miliknya.
“Saya dah terima ni beberapa hari lalu tetapi saya buat tak endah sebab berasa sangat-sangat kasihan malah hairan dengan keupayaan, kesediaan orang yang buat tajuk, buat cerita, buat fitnah, dan disebar-sebar lagi, dan kemudian jadi bahan sebaran tanpa putus,”

Sekitar pernikahan Azza AF1 (28 gambar)

Sekitar majlis pernikahan Alif Ehsan A Rahim dan isterinya yang juga pelajar Akademi Fantasia musim pertama, Azariah Suaymi (Azza AF1), pada 24 Mei yang lalu.

Majlis berlangsung di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. -gambar Facebook Official Photographer & Cinematographer by PEVEYHACK PRODUCTION

Keluarga bahagia Anne Ngasri (14 gambar)

Rabu, 27 Mei 2015


Rindukan dengan kelibat Anne Ngasri yang kini cukup bahagia dengan keluarga besarnya. Jom lihat sekitar beberapa hari dan minggu ini yang dilakukan Anne. -gambar Instagram AnneNgasri.

Azharina Azhar seorang lesbian? (PANAS)

Dengarnya ada ura-ura mengatakan yang penyanyi, Azharina Azhar seorang lesbian, isu ini timbul apabila dia kelihatan berjalan agak mesra dengan seorang wanita berambut pendek.

Namun Azharina yang memetik portal Murai, menafikan sekeras-kerasnya hal itu dan memberitahu wanita berkenaan merupakan adik kandungnya sendiri
"Dari dulu lagi orang bercakap buruk mengenai saya. Ada yang katakan saya dibela lelaki kaya selepas bercerai, ada pula yang menuding jari menuduh saya seorang lesbian apabila saya berjalan mesra berdua bersama seorang wanita berambut pendek sedangkan wanita itu adalah adik saya sendiri.

"Perkara ini membuatkan keluarga saya terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh pihak tak bertanggungjawab. Namun begitu, keluarga saya tahu siapa saya sebenarnya," jelas Azharina

Nash Lefthanded meninggal dunia?

Macam-macam khabar angin yang diperolehi, setelah pelbagai cerita khabar angin artis meninggal dunia sebelum ini timbul pula khabar dimana Nash Lefthanded yang meninggal dunia.

Namun Nash dikatakan masih lagi hidup dan seterusnya menafikan khabar angin itu.
"Ramai juga yang menghubungi saya kerana dakwaan ini. Alhamdulillah, saya masih hidup. Saya memang sihat dan tak ada masalah apa apa. Siapalah yang buat dan bawa cerita sebegitu?

"Soal mati janganlah dibuat main. Kepada yang menyebarkan cerita berkenaan, jangan buat macam ini. Saya tak berdendam atau simpan perasaan apa apa. Saya maafkan sesiapa yang membawa cerita palsu ini. Semoga kita semua diberkati-Nya.

"Apapun terima kasih kepada yang menghubungi saya untuk bertanyakan kesahihan cerita ini. Ada juga yang sayang saya," -Nash petikan Bharian

Aidil mampu bayar RM20 sehari untuk Rita


Aidil Zafuan hanya mampu beri RM20 sehari kepada Rita Rudaini
Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak mengaku di Mahkamah Tinggi Syariah di Isnin lalu, hanya mampu memberi RM20 sehari sebagai perbelanjaan makan dan minum kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini.

Dia berkata, jumlah tersebut adalah RM10 untuk perbelanjaan makan dan minum pada sebelah siang dan RM10 untuk sebelah malam.

Ketika ditanya peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita tentang perbelanjaan sarapan dan minum petang untuk Rita, Mohd. Aidil Zafuan berkata, dia jarang bersarapan dan tidak makan lewat malam.

Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga menyifatkan jumlah sebanyak RM43 sehari yang dicadangkan Mohd. Zaidi sebagai perbelanjaan makan dan minum untuk bekas isterinya itu adalah di luar kemampuannya.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 39, memohon tuntutan nafkah yang meliputi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam yang berjumlah RM50 sehari.

Mohd. Aidil Zafuan juga me­negaskan dia hanya mampu memberi RM1,000 sebagai perbelanjaan tersebut setiap bulan berbanding RM1,500 sebulan yang dituntut Rita.

Dia berkata demikian semasa disoal balas oleh Mohd. Zaidi dalam prosiding perbicaraan tuntutan tunggakan nafkah berjumlah RM102,000 yang difailkan Rita pada 20 Januari tahun lalu.

Rita mengemukakan tuntutan itu bagi tempoh 20 bulan dari tarikh Mohd. Aidil Zafuan yang diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie, meninggalkannya pada Januari 2012 hingga dia diceraikan pada Ogos 2013.

Tuntutan tersebut meliputi makan dan minum sebanyak RM30,000, bil utiliti (RM12,000), pakaian dan keperluan diri (RM10,000), kos pe­ngangkutan (RM20,000) dan sewa rumah (RM30,000).

Dalam pada itu, Mohd. Aidil Zafuan juga mengaku sepanjang tempoh 20 bulan tersebut dia tidak pernah membeli bahan mentah untuk dimasak oleh Rita, tidak pernah membawanya makan di luar ataupun membeli pakaian untuk bekas isterinya itu.

Namun dalam afidavit keterangan bertulis pemain bola sepak kebangsaan itu, dia memberitahu telah memperuntukkan RM2,000 atau RM3,000 sebulan selain RM4,000 setiap kali musim perayaan untuk Rita dan anak-anaknya sejak tinggal berasingan.

Katanya, dia akan memaklumkan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rita jika telah memasukkan sejumlah wang dalam akaun milik pelakon itu namun tiada maklum balas daripadanya sama ada telah menerima wang berkenaan.

Mohd. Aidil Zafuan berkata, bekas isterinya itu tidak pernah memaklumkan kepadanya sama ada wang berkenaan tidak mencukupi untuk perbelanjaan dan keperluannya.

Dalam pada itu, ketika disoal peguam sama ada Mohd. Aidil Zafuan tahu bahawa Rita tidak menghalalkan nafkah yang tidak diberi olehnya, pemain JDT itu berkata dia tidak tahu.

Hakim Syarie Mawardi Che Man yang mendengar prosiding kes tersebut menetapkan perbicaraan bersambung 14 September ini.

Terdahulu beliau menetapkan 1 Julai untuk hujahan kedua-dua pihak bagi kes tuntutan mutaah RM300,000 oleh Rita lapor Utusan Malaysia.

Inilah bakal suami Hetty Sarlene (6 gambar)

Selasa, 26 Mei 2015

Memang ramai juga lelaki yang pernah mendampingi Hetty Sarlene ni kan. Banyak gambar dia dengan teman lelakinya dulu-dulu tersebar.

Kini tip top dengan Mat Salleh pula. Dan yang pasti, mereka berdua dalam perancangan nak mendirikan rumahtangga aka kahwin pada bulan Jun ini.

Kalau benar, baguslah kan, semoga itu yang terbaik yang sewajarnya dilakukan.

Pakaian sendat dan ketat Ziana dapat kecaman (10 gambar)


Silap pakai pakaian sikit oleh golongan artis dah mula ada orang baik akan menegur di laman sosial. Dan ini lah yang terjadi buat Ziana Zain yang memakai pakaian rekaan Rizman Ruzaini di Cannes, France untuk satu festival Islamic Fashion Festival (IFF).

Pakaian yang dipakai oleh Ziana dikecam kerana sendat dan ketat. Dan sekaligus tidak bersesuaian dengan fesyen muslimah sebenar yang dikehendaki syarak.

Fouziah bicara saat romantik ketika mengandung...

Fouziah Gous berkongsi cerita paling romantik dalam hidupnya bergelar isteri mengandung. Saat indah ini dikatakan juga dilakukan bersama suaminya.
"Bayangkan sejak berbadan dua ini, setiap malam sebelum tidur dia akan sapukan minyak di kaki saya selain mengusap perut. Pendek kata, apa saja permintaan saya ketika ini pasti dipenuhi. Macam puterilah ibaratnya. Perempuan mengandung memang kuat makan. Mintalah apa saja, dia akan layan dan penuhi,"

"Anak pertama ini, saya dan suami terima saja rezeki yang akan dikurniakan kepada kami nanti. Tak ada nak 'gaduh' mahukan anak lelaki atau perempuan. Janji sihat dan cukup sifat," -Fouziah Gous petikan portal Bharian

Yana Samsuddin mengandung? ini jawapan suaminya..

Dalam program rancangan TV, Galaksi baru-baru ini telah menghebohkan berita dimana Yana Samsuddin dikatakan hamil. Namun tiada pengakuan daripada empunya badan ketika itu.

Bagi suaminya Fadzil Zahari menafikan yang isterinya itu hamil buat masa ini seperti yang dihebahkan di laman-laman sosial.

“Actually, Ajak just point macam tu saja. Sebetulnya, belum lagi,” jelas Fadzil

Punca Raja Farah sah bercerai talak satu (PANAS)


Raja Farah Raja Aziz, 27, bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin, semalam.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Raja Farah yang ditemui selepas prosiding berkata, dia dan Megat bercerai secara baik tetapi dengan bersyarat yang enggan didedahkan.

Sebab utama Anita Sarawak bersara dari bernyanyi!

Isnin, 25 Mei 2015

Noorkumalasari, mengesahkan kakaknya, Anita Sarawak, kini sudah bersara daripada bidang nyanyian kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaan hartanah bersama suaminya, Mahathir di Las Vegas.

“Ketika itu saya memberitahunya ada pihak mahu membuat tawaran mengadakan persembahan, tetapi dia memaklumkan sudah tidak menyanyi. Saya terkejut dan bertanya sekali lagi untuk mengesahkan perkara itu, dia menjawab memang betul dan dia gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang (berniaga)”

“Kebiasaannya dia (Anita) yang akan hubungi saya kerana ia lebih mudah. Dia juga memaklumkan belum mahu pulang ke Malaysia dan Singapura kerana sibuk dengan urusan perniagaan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, Noorkumalasari menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa kakaknya itu sudah bercerai dan bertudung. Apa pun, semoga apa yang dilakukan Anita dipermudahkan. Kami pasti ramai peminat setia penyanyi ini tidak sabar menantikan Anita Sarawak kembali ke Malaysia.

Kekasih baru Ana Dahlia? (3 gambar)


Dengarnya bekas isteri Chef Riz, Ana Dahlia dah bertemu kekasih barunya. Tak dipastikan siapa jejaka yang selalu dimuatnaik gambar bersama mereka berdua di laman sosial Instagram milik Ana ni.

Diharap berbahagialah yer Ana.

Kun Anta versi Neelofa (video)


Kun Anta Versi Neelofa
Memetik Utusan.biz, Neelofa yang baru-baru ini tampil mempersona dalam program meletop kini khabarnya sedang menikmati percutian bersama keluarganya di Thailand.

Setelah berhijab semakin jelita gadis yang berasal dari kelantan ini apatah lagi membawa lagi viral di laman Social Kun Anta.

Wow bentuk badan Nabil Ahmad terkini! (2 gambar)

Wah dengar khabar yang badan Nabil Ahmad kini dah sasah. Nak jadi bina badan yang sepertinya selebriti lain pun dah mula ke arah itu.

Bagi Nabil dia bukan nak menunjuk-nunjuk badannya yang baru dibina tu, tapi kawan-kawannya yang memuatnaik gambar bersama dia.

Laporan Polis Aidil hanyalah sandiwara! -Rita Rudaini

Agak menarik apabila dakwaan pada Khamis minggu lalu dimana Aidil Zafuan telah membuat laporan polis dek kerana di ganggu adalah bersifat sandiwara dan bermotifkan samar-samar seperti yang diperkatakan oleh Rita Rudaini melalui portal Bharian Sabtu lalu.
“Saya tak dedahkan pun nombor yang tertera di laman Instagram itu milik siapa. Tapi dia (Aidil) dengan sendirinya memberitahu itu nombor isterinya. Kenapa pula isteri dia perlu menyimpan nombor saya di dalam telefon bimbitnya sedangkan antara kami tiada kaitan. Tak perlulah nak simpan nombor saya”

“Saya tak angkat panggilan nombor berkenaan yang didakwa nombor isterinya. Panggilan berkenaan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan bukannya panggilan biasa. Tak kiralah nak jemput saya ke majlis cukur jambul ke atau majlis sembelih lembu berekor-ekor sekalipun, kenapa tak hubungi dengan panggilan biasa atau hantar mesej sahaja?”

“Dia sendiri mengaku kepada saya, isterinya suka mengganggu saya. Isterinya pernah berpuluh kali menghubungi saya. Saya pun tak tahu apa motif isterinya nak buat begitu. Dia pernah cerita perangai isterinya sejak mereka belum berkahwin lagi,” katanya

Sekitar Majlis Resepsi Fad Bocey (16 gambar)


Resepsi Fad Bocey dan Nur Syahirah
Setelah sah bergelar suami isteri pada 14 Mac lalu, baru-baru ini telah berlangsung majlis resepsi Fad Bocey dan isterinya, Nur Syahirah di Casa Heliconia, Kuala Lumpur dengan cukup meriah dan turut dihadiri rakan selebriti.

Sumber lain memberitahu yang isteri Fad kini khabarnya telah pun hamil. Tahniah diucapkan kepada Fad di atas berita gembira tersebut.

Nasha Aziz dah bertudung? (2 gambar)


Dengar khabar yang Nasha Aziz kini dah bertudung. Tak tahu kebenaran ceritanya tapi ada orang ternampak dia bertelekung dan berhijab ketika menghadiri majlis ilmu pengajian berkitab Habib Ali.

Ada juga cerita yang Nasha sanggup ubah suai keretanya di bahagian belakang untuk memudahkan dia bersolat ketika waktu shooting filem/drama.

Shikin Maembong selamat melahirkan anak (3 gambar)

Sabtu, 23 Mei 2015

Tahniah buat isteri Chef Riz, Shikin Maembong yang selamat melahirkan anak sulung mereka berjantina perempuan. Chef Riz agak terkejut dan berasa bersyukur kerana doanya termakbul kerana dikurniakan cahaya mata secepat ini walhal mereka berkahwin pada 5 Disember tahun lalu.

Aidil buat laporan terhadap Rita Rudaini?

Pendedahan gangguan yang dikatakan nombor telefon Zarema isteri Aidil Zafuan terhadap Rita Rudaini sudah mendapat jawapannya. Aidil akui dia menggunakan nombor Zarema untuk menghubungi anak-anaknya.

Petang semalam, Aidil ada memuatnaik gambar dia membuat laporan polis tetapi tidak dinyatakan laporan berkenaan berkaitan Rita atau bukan.

Adik kembarnya, Zaquan Adha juga turut mengomen gambar yang dimuatnaik oleh Aidil itu dan sepertinya mengambarkan pelakunya ada lah Rita Rudaini.

Hmm macamana selepas ini?..
“Be strong Aidil Zafuan, Zarema Zainal. Orang tak suka tengok kita bahagia, jangan minta simpati orang untuk jatuhkan orang lain. Diam tidak bermakna kita salah. Ingatan untuk diri sendiri juga,” -Zaquan

Hafiz, Nureffey bakal berkahwin pada..

Hafiz Suip telah mengesahkan bakal bernikah dengan Nureffy Jasreel, 22 tahun, pada 14 Mei 2016. Tarikh itu dipilih sempena tarikh lahir tunangnya itu.
“Sebelum ini kami bertunang pada ulang tahun kelahiran saya (27 Februari) dan untuk bernikah, tarikh lahir dia pula dipilih,” -Hafiz
Menurut Hafiz lagi, sehingga kini mereka masih belum membuat sebarang persiapan kerana Nureffy perlu fokus terhadap pengajiannya dalam jurusan perakaunan.

Comelnya anak ke-3 Ajak Shiro (11 gambar)

Jumaat, 22 Mei 2015



Ajak Shiro telah menimang anak ke-3nya pada 25 Mac 2015, nama anaknya ke-3 itu adalah Nada Soffea. Sebelum ini 2 abangnya bernama Mohd Jad Thaqif dan Mohd Had Thaqif. -gambar The Photolicious.com

Dayana cemburu Sakinah hamil anak ke-2?

Rasanya memang ramai dah mengetahui yang isteri ke-2 Ashraf Muslim, Wan Sakinah kini berbadan dua. Namun itu juga menimbulkan reaksi yang didakwa pelbagai pihak isteri pertama Ashraf, Dayana terasa sedih kerana terguris akibat komen-komen di laman sosial.

Namun Dayana menafikan hal itu sebaliknya dia berasa amat gembira dengan berita kehamilan Sakinah itu. Buat masa ini, Dayana dan Sakinah dilayan sama adil dengan Ashraf dan sangat bahagia dengan apa yang mereka miliki sekarang.

Zarema Zainal ganggu Rita Rudaini?


Ada menerima sepucuk emel daripada pembaca yang mendakwa bahawa Rita Rudaini menerusi laman Instagramnya mengakui bahawa dia sedang di’skodeng’ oleh seseorang.

Shuib bakal timang anak ke-3 (gambar)


Tahniah kepada Shuib Sepahtu yang bakal menimang cahaya mata ke-3 nya tidak lama lagi. Dimana Sarah Raisudin diberitakan telah hamil yang disampaikan sendiri melalui Shuib di Instagram miliknya baru-baru ini.

Sekitar baby shower Elaine Daly (7 gambar)

Khamis, 21 Mei 2015


Baru-baru ini berlangsung satu majlis Baby Shower untuk meraihkan kehamilan Elaine Daly dan suaminya, Nick Borden yang berlangsung di Happikiddo Quill City Mall. Difahamkan juga, tidak lama lagi Elaine Daly akan bersalin.

Selebriti yang turut sama-sama meraihkan adalah Fazura, Ning Baizura, Hans Issac dan ramai lagi.

Faralyna Idris kini bertudung dan hamil (5 gambar)

Alhamdulillah kini pelakon Faralyna Idris sudah bertudung/berhijab. Penghijrahaan Fara ini ditambah lagi dengan berita gembira dimana dia juga berbadan dua anak sulong hasil perkahwinannya dengan Fikri.

Usia kandungannya itu dikhabarkan mencecah belasan minggu atau 3-4 bulan.

Betty Benafe hamil/mengandung (video)

Tahniah Betty Benafe yang dikhabarkan kini hamil/mengandung anak ke-2. Akui Betty dia sebenarnya enggan memberitahu hal ini kerana usia kandungannya itu masih lagi diperingkat awal.

Usia 30 tahun tapi gigi pun sudah tak ada! -Rozita Che Wan (7 gambar)


Wah bukan main berseri lagi melihat Rozita Che Wan yang berusia 42 tahun mengayakan dan menjadi duta untuk produk Rysya baru-baru ini.

Isteri Fad mengandung anak sulung (gambar)

Dengar khabar yang isteri kepada pelawak, Fad Bocey, Nur Syahira telah mengandung/hamil 4 minggu. Berita baik itu disampaikan sendiri oleh Fad melalui Instagram miliknya baru-baru ini

Tasha Shila semakin kurus & dah couple balik! (video)

Rabu, 20 Mei 2015

Inilah jawapan Tasha Shila yang difahamkan dia kini semakin kurang berat badan. Dengar kata lagi, Tasha dan peninju Muay Thai, dah berpaut kembali, dengan memuatnaik gambar mereka bersama semalam di Instagram milik Tasha sendiri.-video mStar


video

Abam Bocey kecil hati sindirian Ogy Ahmad Daud!

Ogy Ahmad Daud memang lantang berkata, sekali berkata memang kurang bertapis, adakalanya ada juga rakan artis yang makan hati dengan katanya.

Terbaru Abam Bocey telah dikritik oleh Ogy untuk rancan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Akui Abam dia terasa dengan dakwaan Ogy yang menganggap kumpulan Bocey sengaja menggunakan Abam sebagai objek utama persembahan mereka untuk meraih undi dan menang sesuatu pertandingan.
“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect. Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” -Abam
Dan inilah kata-kata pedas Ogy yang dilemparkannya itu.
“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocey ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”

“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah. Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih,” -Ogy Ahmad Daud

Maria Farida sambut harijadi anaknya (14 gambar)


Semalam, Maria Farida ada mengadakan satu majlis sambutan ulang tahung anaknya, Mizan Ashley yang ke-18. Majlis diadakan disebuah cafe tidak diketahui lokasinya.

Rakan artis lain juga turut diundang bersama-sama meraihkan.

Andy Flop Poppy belasah isteri pertama? (gosip)

Baru-baru ini kecoh apabila seorang vokalis kumpulan yang pernah popular dahulu mengakui yang dirinya sudah berkahwin lain namun kenyataan isteri pertama yang tidak merestui perkahwinan itu mengundang konflik baru antara mereka.

Dibawah ini adalah screenshot perbualan antara dua orang teman rapat kepada isteri pertama penyanyi ini yang menceritakan keadaan wanita itu yang kini seakan diabaikan oleh suaminya selain menerima penderaan fizikal kerana memberikan kenyataan media.
andy flop poppy belasah isteri pertama sampai keguguran

Fesyen hijab pelik Melly Goeslaw (2 gambar)

Selasa, 19 Mei 2015

Apa yang tak kena dengan gambar Emelda Rosemila ni?


Apa yang tak kena dengan gambar diatas ni, Emelda Rosemila. Mungkin dianggap biasa-biasa sahaja sebab hitam dan putih. Jika nak diikutkan gambar sebenar kat bawah ni..

Tapi rasanya bukanlah kekal penampilan Emelda ni, untuk lakonan kot.

Ella pernah jalani rawatan kesuburan

Memetik laporan Bharian Bpop, Ella mengakui pernah menjalani rawatan kesuburan bagi mendapatkan cahaya mata. Namun, Ella yang berkahwin pada Julai 2012 lalu sehingga kini masih lagi terus mencuba dan berserah kepadaNya.

Ella juga mendedahkan dia pernah timbul keinginan untuk mendapatkan anak angkat tetapi terpaksa menangguhkan dahulu hasrat tersebut memandangkan kesibukan. Ella tidak mahu anak tersebut tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari dirinya.

Berat badan Zain Saidin naik! (gambar)

Dengar khabar yang Zain Saidin kini sudah bertambah berat badan, tak pasti berapa kilogram tapi melihat gambar terbarunya yang dimuatnaik diatas ini sepertinya kelihatannya tak sampai 10kg.

Tak tahu pula kalau size bajunya yang dipakai tu kecil dan menampakkan sangat kegempalan Zain yang sebenar. Kiki

Farhan ex-Abby kahwin selamat bernikah lagi (7 gambar)


Tahniah bekas suami kepada Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan telah selamat bernikah lagi dengan seorang janda anak satu, Noriah Mat Isa pada 15 Mei lalu.

Farhan juga mengakui untuk menafikan perkahwinannya dengan Noriah adalah bukan mengikis duitnya seperti yang digembar gemburkan sebelum ini oleh sesetengah pihak, perkahwinannya adalah kerana cinta.