Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fizz Fairuz komen pihak bidas majlis akikah anaknya

Khamis, 30 April 2015

Memang ada pihak yang sengaja nak menghentam pasangan suami isteri, Fizz Fairuz dengan Almy Nadia diatas tindakan mereka yang kononnya tidak ikut sunnah dan membazir mengenai majlis akikah anak sulung mereka, Nur Afrina Arianna hujung minggu lalu.

Fizz tampil membidas kenyataan dengki sesetengah pihak itu. Dan pandangan itu sama seperti yang admin tulis sebelum ini. Ikut kemampuan dan ianya untuk sekali seumur hidup anaknya itu, dan tidak bercanggah dengan syariat.
“Itu merupakan rezeki buat puteri sulungnya yang pertama Nur Afrina Arianna, rezeki saya yang termampu. Kalau kita buat di kampung pun tetap sama, di mana saya perlu buat selawat, panggil pelajar-pelajar tahfiz, tahlil, marhaban dan itu adalah benda yang sama seperti mana yang saya lakukan di sini”

“Kenapa orang tak pertikaikan kalau kita buat di kampung dan kalau dipertikaikan apa yang saya buat itu membazir, tidak perlulah adanya lagi anugerah-anugerah atau majlis-majlis di Malaysia ini, tak payah buat sebab itu pun membazir,”

“Kita bukan kira membazir ataupun tidak, tetapi itu adalah di atas kemampuan. Saya mampu saya buat dan sekiranya saya melakukan majlis ini di kampung pun saya kena sembelih 2 ekor kambing, buat marhaban dan sebagainya. Benda ini perkara biasa”

“Tiap-tiap tahun orang akan bersalin, dapat baby dan apabila selepas pantang akan buat majlis akikah. Akikah ini benda yang wujud kita kena buat. Jadi orang luar yang cuba mempertikaikan dia itu tidak bertamadun”

“Kita tak menunjuk tetapi benda ini di ‘highlight’ terlalu besar oleh media. Saya ini artis bila kita buat majlis kita panggil wartawan. Mungkin ‘highlight’ itu yang nampak mewah, meriah dan besar. Buat untuk anak saya dan sebenarnya kita buat bersederhana sahaja, mungkin dekorassi yang menarik”

“Benda itu biasa sahaja dan saya telah mengehadkan apa-apa yang ada. Dibuat sekadar yang termampu. Anak pertama kita begitu ghairah untuk meraikannya. Saya seronok sangat dan buatlah apa yang nak buat. Kalau nak bertelagah benda-benda macam ini rasanya tak berguna”

“Benda ini tiada isu pun, kalau nak bercakap Malaysia hak bersuara, bersuaralah tapi jangan lebih-lebih sangat,” Fizz

Perkembangan terkini anak bongsu Lisdawati (video)


Apa perkembangan terbaru anak Lisdawati yang bongsu ni, nak tahu. Dah nak masuk usia setahun Jun nanti, Ahmad Nur Fyrdaus dah pandai berjalan. Aksi itu dirakam sendiri oleh Lisdawati melalui laman sosial miliknya beberapa minggu lalu.

Bila Siti Nurhaliza main Dubsmash (video lawak)

video

Bukan main lagi kan bila Dato' Siti Nurhaliza dan rakan-rakannya merakamkan video aplikasi smarphone yang menjadi viral buat masa ini Dubsmash. Suara akan berubah bila anda edit video itu.

Ditinggalkan Suami Selepas Sebulan Berkahwin!

Penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini iaitu Cita Citata rupa-rupanya seorang janda muda yang hanya melalui bahagia perkahwinan selama sebulan akibat ditinggalkan suami.

Cita atau nama sebenarnya Cita Rahayu, 21, berkata, dia sebelum ini tidak bercakap secara terbuka mengenai statusnya itu kerana ia tidak pernah ditanya oleh pihak media di negaranya, Indonesia.
“Apabila ditanya adakah saya sudah mempunyai teman lelaki sudah tentu saya jawab tidak.

“Soalan sama ada saya solo atau pun sudah berkahwin tidak pernah ditanya namun sekiranya ada pertanyaan, pasti saya akan jawab dengan jujur, saya seorang janda,”

“Saya berkahwin pada usia 18 tahun dan rumah tangga kami bertahan selama sebulan sebelum dia menghilangkan diri.

“Dia langsung tidak pernah menghubungi saya sejak itu untuk menyelesaikan kes perceraian kami di mahkamah syariah sehinggalah dia tiba-tiba muncul membuat kenyataan kepada pihak media tentang perkahwinan kami,”

“Saya tidak pernah menyesal berkahwin muda dan diceraikan kerana kejadian itu meninggalkan banyak hikmah kepada saya terutamanya tentang karier saya.

“Jika bukan kerana diceraikan saya tidak dapat kekuatan untuk berhijrah ke Jakarta dan berada pada tahap sekarang,” -Cita Rahayu petikan portal mStar

Bila Yana Samsudin bertudung (4 gambar)


Alhamdulillah, selebriti Yana Samsudin kini dah bertudung. Imej terbahrunya ini telah menjadi perhatian apabila dia muncul untuk program Wanita Hari Ini (WHI) TV3 semalam.

Fiza Elite keguguran pada usia...

Rabu, 29 April 2015

Adam (AF) memberitahu isterinya, aktres Fiza Halim mengalami keguguran anak pertama mereka pada penghujung Mac lalu selepas disahkan hamil tujuh minggu.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 32, berkata, biarpun sedih namun mereka reda dengan ketentuan Illahi selain menganggap masih belum rezeki memiliki cahaya mata untuk perkahwinan berkenaan.
"Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran.

"Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu," katanya kepada mStar Online.

Alasan Mariani Ismail tidak lagi bertudung (video)

Agak pelik bila mendengar komen pelakon vateran, Mariani Ismail mengenai alasan dia masih lagi tidak mahu bertudung dalam usia 80 tahun.

Kita doakan yang terbaik lah untuk Mariani kan. Dua kali ke Makkah tu. -video mStar

Sekitar hari jadi anak sulung Dynas Mokhtar (22 gambar)

Jom lihat sekitar sambutan hari jadi anak sulung Dynas Mokhtar iaitu Khyra Khalyssa yang kini mencecah 5 tahun usianya pada hari Isnin lalu. Tema bagi majlis ini adalah 'Princess Power Barbie' dan turut dihadiri oleh rakan artis yang lain seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Faradhiya dan ramai lagi.

Nina Iskandar buka tudung! (gambar)

Agak mengejutkan apabila Nina Iskandar berani memuatnaik gambar dia tidak bertudung. Dan itu akhirnya mendapat reaksi yang negatif daripada peminat setianya di Instagram.

Dan ramai beranggapan juga penghijraanya tidak ikhlas dan bukan untuk memperbaiki diri. Alasan kebiasaan yang hanya menjadi tanggapan bersama oleh Nina, 'saya manusia biasa..'

Penampilan terkini Salwa Razak yang mengejutkan (2 gambar)

Selasa, 28 April 2015

Artis seksi satu masa dahulu, Salwa Razak kini sudah bertukar penampilan. Dia kini bertudung dan mengekalkan pemakaian berkenaan.

Statusnya juga mengambarkan yang dia benar-benar nekad untuk berubah. Apa-apa pun doakan agar dia istiqamah dengan jalan hidup barunya ini.

Majlis akikah anak Fizz, Almy dikecam!

Apa la manusia ni, sikit-sikit nak dengki, nak jadi ostaj/ostajah Facebook, biarkan lah Fizz Fairuz dan Almy Nadia nak buat majlis akikah dan cukur jambul anak mereka. Mereka buat pun sekali seumur hidup untuk anak mereka tu bukan setiap bulan.

Admin tak nampak apa yang mudaratnya majlis berkenaan, masih nampak seperti normal dan kebiasaan majlis mengikut kemampuan.

Lagi pula mereka berdua pelakon, sudah semestinya nak buat majlis besar-besaran untuk rakan-rakan artis dan juga keluarga kedua-dua pihak tambahan lagi tetamu kehormat di Raja yang hadir ketika itu.

Bila Nur Fathia bertudung memang cun (3 gambar)

Cantiknya bila Nurfathia Latif ni bertudung. Tak dipastikan untuk sebuah drama atau tajaan sebuah kedai butik. Namun buat masa ini ianya bukanlah pemakaian yang kekal, hanya saje-saje, masih lagi seksi sekarang ni.

Komen Juliana Evans mengenai Zizan Razak terkini

Juliana Evans dan Zizan Razak pernah menjalinkan hubungan satu masa dahulu. Dan hubungan mereka sudah lama terputus dan akhirnya Emma Maembong mengambil alih sebagai kekasih romantis Zizan.

Namun ianya juga musnah di pukul ombak. Dan akhirnya Zizan ketemui dengan gadis golongan biasa kelahiran Kuala Terengganu.

Juliana yang telah tiba di negara ini sejak akhir tahun lalu mengakui tidak pernah berjumpa Zizan walaupun dia menghadapi krisis dengan Emma.
“Jujurnya, bukannya saya sengaja mengelak atau tidak mahu berjumpa dengannya tetapi kami memang tidak pernah terserempak mahupun bertemu walaupun dalam mana-mana majlis anugerah sebelum ini.

“Walaupun kami pernah rapat sebelum ini, namun, apa sahaja yang berlaku kepada dirinya ketika ini bukan lagi menjadi perkara penting untuk saya ambil tahu lagi.

“Apa yang saya boleh katakan di sini adalah untuk mendoakan yang terbaik untuknya dalam apa jua bidang dan perkara yang dilakukannya termasuk perkahwinannya,” -Juliana petikan portal Murai

Ini kah kekasih hati Fazura? (2 gambar)

Isnin, 27 April 2015

Dengarnya Fazura ada menjalinkan hubungan dengan aktor dari Filipina, Piolo Pascual seperti yang digembar gemburkan oleh media di sana.

Mereka dikatakan menjadi tumpuan apabila bertemu di ASEAN International Film Festival and Awards (AIFFA) 2015 baru-baru ini.

Menurut portal Murai, Piolo sebenarnya single walaupun dah ada anak bujang umur 18 tahun. Tidak ada kenyataan rasmi Fazura mengenai hal ini, kalau bercinta harap jejaka-jejaka di luar sana jangan la sedih ah.

Biodata bakal isteri Zizan Razak (4 gambar)

Biodata Bakal Isteri Zizan, Nor Edura Diyana Hisham
Seperti sedia maklum, hubungan cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak sudah pun berakhir kerana tiada jodoh. Pada masa yang sama, Zizan telah mengumumkan akan berkahwin dengan gadis lain pada bulan Jun 2015 yang juga berasal sekampung dengannya dari Terengganu. Berikut adalah butiran peribadi bakal isteri Zizan Razak iaitu Nor Edura Diyana Hisham. Semoga mereka akan disatukan nanti, amin.

Ajai tak kisah tayang badan tegapnya (10 gambar)


Difahamkan laman sosial Ajai kini dipenuhi bentuk badannya yang masih dalam pembinaan bentuk badan. Namun ada juga kecaman daripada pengikutnya mengenai tindakan Ajai memuatnaik gambar seperti itu.

Bagi Ajai dia tidak kisah dengan persepsi pengikutnya asalkan dia tidak berbogel.

Ekin AF3 hamil (gambar baby bump)

Tahniah Ekin AF3 yang juga isteri kepada Yazer kini dikhabarkan hamil anak sulung mereka. Usia kandungannya itu sudah mencecah 4 bulan.

"Biasalah kehamilan pertama, saya mengalami pengalaman yang agak teruk. Makan pun tak lalu dan muntah teruk. Saya juga lekas nak cirit birit kerana alah susu. Badan pun jadi lesu sampaikan ibu dari Sabah datang KL kerana risaukan kesihatan serta keadaan saya

"Saya juga alah kepada bau. Bayangkan suami saya datang dekat pun ditanya sudah mandi ke belum. Padahal dia sudah mandi dan saya selamba tanya habis kenapa bau busuk.

"Saya juga tak tahan dengan bau minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Begitu juga bau rokok, bau tandas dan bau mulut orang. Saya akan rasa macam nak termuntah," kata Ekin petikan Bharian

Hanez Suraya tunai ibadah Umrah (32 gambar)

Alhamdulillah, Hanez Suraya telah mengerjakan ibadah Umrah dua minggu lalu sehingga semalam (26/4). Namun kepermergiannya tidak ditemani oleh suaminya, Romie dan juga anak tirinya kemungkinan Hanez pergi dengan ahli keluarganya. Cantikkan bila Hanez Suraya bertudung.. -Instagram HanezSuraya

Almy, Fizz dedah wajah anak (38 gambar akikah)

Akhirnya pasangan suami isteri, Almy Nadia dan Fizz Fairuz sudah bersedia menampakkan wajah anaknya Nur Afrina Arianna yang kini berusia 2 bulan ketika majlis cukur jambulnya.

Almy sebelum ini risau dengan kutukan jika dia mendedahkan wajah anaknya pada awal kelahirannya lalu. -Instagram FizzFairuz

Sekitar pernikahan Sam Bunkface (14 gambar)

Ahad, 26 April 2015

Sam Bunkface selamat bergelar suami (gambar)

Sabtu, 25 April 2015

Hanya sekali lafaz, vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharum, 28, dan Aida Azira Hussin, 28, selamat diijabkabulkan dalam majlis sederhana di Dewan Sapura, Mines Resort City pada 9.24 pagi.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Ustaz Mohd Ramizi dan berwalikan abang kandung Aida, Azree Husin dengan disaksikan keluarga dan sahabat handai.

Aida menerima mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah dan telekung, manakala jumlah hantaran dirahsiakan.

Sam pula menerima tiga dulang hantaran iaitu cincin, senaskah Al Quran serta sejadah. Majlis persandingan diadakan di lokasi sama tengah hari ini. -HarianMetro

Punca Rozita Che Wan malas mahu berlakon lagi..

Terkejut juga mendengar kenyataan Rozita Che Wan baru-baru ini setelah mendapat cahaya mata sulungnya bersama Zain Saidin. Dia akui malas mahu berlakon lagi kerana disebabkan kerjayanya yang lain seperti penerbitan dan perniagaan online.

Ogy A. Daud sindir Zahida Rafik guna botox (mesti baca)

Dalam rancngan Ya Ke yang ditayangkan baru-baru ini di TV3 ada mana host rancangan berkenaan iaitu AG dan Ogy Ahmad Daud telah digandingkan bersama untuk setiap tetamu selebriti yang berbeza setiap minggu, rancangan ini sebenarnya adalah sesi soal jawab secara spontan.

Namun jemputan selebriti seperti Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid, Maria Farida, Zahida Rafiq, Sherry, Kilafairy dan Adira. Sehinggalah giliran Zahida yang ditanyakan oleh Ogy dengan soalan panas dimana dia kerap dihubungkaitkan dengan golongan VVIP.

Sehinggalah soalan paling panas bertanyakan soal botox yang ditujukan oleh Ogy kepada Zahida. Zahida menjawab persoalan itu, namun dipotong oleh Ogy dengan ucapan, ''bukan ke menggubah ciptaan maha pencipta itu berdosa besar' bahkan Ogy dikatakan bangga kerana wajahnya tidak menggunakan botox, tapi neutral.

Siapa tidak termakan hati dengan kenyataan Ogy seperti ini kan. Dah lah live.. -gambar Forum Cari

Kaka punca putus cinta Tasha-Hans? ini komen Kaka

Jumaat, 24 April 2015

Hubungan Tasha Shila dengan kekasihnya Hans Wong yang putus bulan lalu telah dihangatkan semula apabila Kaka Azraff dituduh oleh Tasha sebagai punca mereka putus melalui sebuah sisipan akhabar.

Tasha memberitahu yang Kaka sengaja rapat dengan Hans yang ketika itu di dalam ambang putus cinta. Kaka sengaja mesej Hans untuk keluar bersama-sama.

Kaka berasa terkilan dengan tuduhan itu dan mengakui tiada kaitan dengan episod duka itu.
"Saya tidak sangka Tasha menuduh saya sebegitu. Saya pernah berborak dengan Hans di sebuah majlis, tetapi kami borak biasa sahaja.

"Selepas itu saya tidak pernah berhubung apatah lagi mahu berbalas mesej dengan kekasih dia.

"Bagi saya tuduhan Tasha terhadap saya itu melampau dan hanya mahu mencari publisiti murahan,"

"Walaupun ia satu fitnah yang tidak boleh diterima akal, saya positifkan diri bahawa ia satu publisiti untuk menaikkan nama saya.

"Tambahan pula sekarang ini saya sibuk mempromosikan lagu Bukan Hal Aku. Dan yang penting, apabila isu ini timbul, ia memberi pengajaran besar buat diri saya agar berhati-hati memilih kawan," ujarnya.

Mereka ini semua NONSENSE! -Johan R

Johan mengakui yang dia tidak mahu diwawancara atau disoal oleh blogger. Kerana dia beranggapan blogger adalah penulis yang tidak beretika.

Johan beranggapan demikian disebabkan segelintir blogger mudah membuat kesimpulan sendiri tanpa menanyakan hal sebenar hanya sekadar merujuk laman sosial.

Sepertinya Johan enggan berterima kasih kepada blogger yang banyak mempopularkan dirinya sehingga berada ditahap ini.

Ada pihak lain juga beranggapan Johan tak perlu takbur dengan pencapaian yang dimilikinya sekarang, kerana sebagai anak seni dia harus menerima hakikat publisiti dan gosip adalah benda yang rapat dengan mereka.

Dan ini kenyataan Johan di portal mStar semalam.

Bercinta? Rossa akui rapat dengan Afgan..

Dengarnya Afgan dan Rossa menjalinkan hubungan cinta. Gosip ini timbul apabila mereka kelihatan sangat rapat. Namun Rossa menafikan mereka menjalinkan hubungan cinta kekasih sebaliknya cinta sebagai kawan sahaja.
"Apabila timbulnya cerita kami bercinta, saya rasa seperti kelakar juga kerana saya menganggap Afgan seperti adik saya kerana beliau jauh lebih muda daripada saya.

"Kami sudah mula rapat sejak lima tahun lalu, namun mungkin tidak semua pihak mengetahui hal itu yang menyebabkan timbulnya gosip ini. Saya adalah satu-satunya wanita dalam kumpulan kami yang terdiri daripada lima orang.

"Mereka yang juga orang dalam industri seni juga sering kali berkunjung ke rumah saya untuk melepak dan mengadakan barbeku bersama-sama,"

"Saya pasti semua sedia maklum bahawa segolongan besar peminat Afgan terdiri daripada kaum wanita dan rata-rata mereka mengetahui kami sememangnya rapat dan tidak mempercayai kontroversi itu.

"Jika saya kembali bercinta pun, saya menginginkan lelaki yang lebih berusia daripada saya. Antara ciri lain yang saya mahukan adalah lelaki itu perlu lebih bijak, berakhlak dan lebih berwibawa daripada diri saya," -Rossa petikan Bharian

Kahwin tahun ni? ini komen Shaheizy Sam..

Benarkan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kini menjalinkan hubungan cinta? Buat Sam dia mengakui yang Syatilla adalah wanita paling rapat dengannya sekarang.

Menurut portal AstroGempak, Sam tidak mahu merahsiakan hubungan diantara mereka bah kan buat masa ini cukuplah sekadar kawan terlebih dahulu dan belum merancang untuk lebih jauh namun tidak menafi akan berkahwin tidak lama lagi.
“Memang Syatilla wanita paling rapat dalam hidup saya sekarang. Bukan niat saya untuk merahsiakan hubungan kami, tetapi saya lebih selesa kami berkawan dahulu.

“Apa yang boleh saya katakan, Syatilla seorang wanita yang menyenangkan. Dia seorang yang sempoi, dengan sesiapa pun dia boleh ‘masuk’.

“Dia jenis yang ajak minum dekat kedai mamak pun tak kisah,”

“Saya dapat merasakan jodoh saya dah dekat. Doakan yang terbaik. Jemputan akan diberikan selepas semuanya ‘confirm’.

"Buat masa ini, biarlah saya simpan dahulu siapa wanita yang bakal saya kahwini itu,” -Sam

Akim harus bertanggungjawab! -Stacy

Sudah ramai yang tahu Akim dan Stacy adalah pasangan kekasih dari melihat mereka bersama-sama sejak 6 tahun yang lalu. Namun bila soal kahwin ditanya, mereka sepertinya ada sesuatu yang menghalang.

Menurut sebuah laporan temubual, Stacy yang ditemui semalam mengakui bukan faktor agama yang berbeza menghalang mereka untuk berkahwin.
“Kami masih lagi berkawan. Belum ke arah fasa yang seterusnya lagi.

“Disebabkan hubungan itu belum betul-betul serius lagi jadi tak perlu rasanya kalau nak bergambar bersama apatah lagi berkongsi gambar kami berdua di laman sosial. Tambahan saya perempuan dan tahu batas saya.

“Lagipun, dia (Akim) yang buka cerita dulu dan apabila sekarang orang asyik bertanya tentang hubungan kami, dia tanggung sendiri.

“Namun, saya tahu dia sekadar menjawab pertanyaan dan mahu berkongsi berita baik itu kepada umum,”

“Saya tak mahu komen tentang perkara itu kerana ia sensitif. Sama ada betul atau tidak tentang itu, biarlah hanya kami saja yang tahu,” katanya.

Siapa gadis bertuah cium Tun Dr Mahathir ni? (7 gambar)

Khamis, 23 April 2015


Ini adalah cucu Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga anak kepada Mukhriz iaitu Meera Alyanna. Ramai tidak menyangka Meera adalah cucu kepada orang yang paling disayangi oleh rakyat Malaysia.

Gambar Selfie nya bersama menunjukkan kemesraan mereka tidak terkata.

Jaclyn Victor hamil anak sulung!

Dikhabarkan yang Jaclyn Victor sedang hamil anak sulung Shawn Rivera. Berita ini diberitahu sendiri oleh Jaclyn melalui laman sosial Facebook miliknya.

Jaclyn dan suaminya berkahwin pada 19 Julai tahun lalu di Philadelphia, Amerika Syarikat. Menurut portal Bharian, sepanjang berbadan dua, Jaclyn juga bijak menyembunyikan perutnya di hadapan khalayak dengan memakai baju longgar.

Black dedah wajah individu gelar anaknya beruk (gambar)

Aduh apa la buruknya manusia yang suka menghina ciptaan Tuhan ni. Anak Black Hanafiah pernah dicela dengan panggilan beruk kepada anaknya oleh seorang indvidu di dalam laman Instagram.

Semalam portal mStar melaporkan yang Black sudah mengenal pasti manusia berkenaan yang masih lagi menuntut di salah sebuah universiti tempatan.

Black bagaimanapun sudah membuat laporan polis mengenai kes ini namun memohon manusia berkenaan memohon maaf dalam masa terdekat jika gagal akan disaman.

Ni lah dia bakal isteri Zizan Razak (6 gambar)


Dengarnya ini lah bakal isteri Zizan Razak. Namun gadis yang berasal dari Kuala Terengganu itu masih lagi menjadi tanda tanya kerana sebelum ini Zizan enggan mendedahkan identitinya.

Namun ada seseorang ini mendakwa dia kenal dengan gadis berkenaan, namanya Nor Edura Diyana Hisham. Berumur 24 tahun dan masih lagi belajar di IPTA.

Siti Sarah hamil anak ke-3? (gambar hamil)

Rabu, 22 April 2015

Memetik portal Utusan, Siti Sarah isteri kepada Shuib Sepahtu hamil anak ke-3. Namun belum disahihkan lagi empunya badan. Buat masa ini cuma ada sekeping gambar yang diambil dari isntagram milik Shuib yang menunjukkan perut Siti Sarah.

Itu pun gambar awal bulan Mac lalu. Kalau betul, tahniahlah kan, kami juga tumpang gembira. :)

Pelakon pegang hp sahaja dapat RM17.85 juta!

Bintang filem James Bond, Daniel Craig menerima bayaran £3.3 juta (RM17.85 juta) dengan hanya memegang sebuah telefon bimbit.

Portal Mirror melaporkan kandungan emel yang dikirimkan Sony Pictures mendedahkan Daniel Craig mendapat bayaran itu daripada syarikat elektronik itu kerana menggunakan telefon bimbit mereka bagi model Sony Xperia dalam filem Skyfall.

Dalam filem SkyFall, Bond menulis pesanan teks menggunakan telefon Xperia yang tertera “EWA FLIGHT 226 9pm” yang merujuk kepada penerbangan yang dinaiki musuhnya.

Dengan kejayaan penampilan produk dalam filem berkenaan, Sony mahukan perjanjian yang sama untuk filem Spectre yang bakal ditayang pada tahun ini.

Bagaimanapun, pesaingnya Samsung menawarkan lebih banyak untuk menyediakan telefon sebagai kemunculan dalam filem 007 itu.

Ia menyebabkan penerbit filem Bond, Barbara Broccoli meminta bayaran tambahan daripada Sony bagi menampilkan produk keluaran syarikat itu di dalam filem, seperti yang diperkatakan pihak pemasaran syarikat produksi itu, George Leon kepada pengerusi bersama Sony Pictures, Amy Pascal menerusi satu kiriman emel.

Dafi bergaduh? ini jawapan dia..

Dengar cerita Dafi dan pegurusnya AFeeq bergaduh. Dan desas desus mengatakan syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment yang dimiliki mereka berdua sejak 5 tahun lalu juga akan dibubarkan tidak lama lagi.

Namun memetik portal Utusan, Dafi menafikan hal itu dan semuanya dalam keadaan baik sahaja.
“Saya dengar juga kononnya kami bergaduh sehingga menyebabkan dia tidak ikut saya lagi. Soalnya di bawah Afeeq juga sudah ada lima artis lain yang perlu dia jaga. Jadi, saya dan dia memang sudah bersetuju untuk mengambil seorang pagi pembantu peribadi. Memang mustahil untuk dia ikut saya setiap masa,”

“Kalau ada yang mengenali saya memang saya seorang yang sangat menitikberatkan hubungan. Jika saya tidak boleh bekerja dengan seseorang maka saya tidak akan paksa diri.

“Hubungan saya dengan Afeeq tidak ada masalah. Mungkin spekulasi ini timbul bila dia tidak lagi ikut saya, tetapi kami ada syarikat yang diusahakan bersama jadi sebenarnya kami berdua agak sibuk,”

“Saya sangat fokus bila bekerja, jadi saya tidak akan campuradukkan kisah peribadi dan kerja.

“Soal ini memang saya dan Afeeq sudah berbincang yang kononnya kami bergaduh, memandangkan tidak benar jadi kami hanya ketawakan sahaja,” -Dafi

Terlajak laris mohon maaf kerna berjubah nmpk tote!

Jubah putih yang dipakai Datuk Aliff Syukri mengundang perbualan orang ramai apabila dilihat sedikit jarang sehingga menampakkan bahagian bawah.

Datuk dengan tagline 'Terlajak Laris' itu memadam foto tersebut setelah sedar ia menerima banyak komen yang negatif dari pengguna laman sosial.

Tidak berhenti disitu, Datuk Aliff yang mengaku cuai meminta maaf dan disertakan dengan gambar baru yang dimuat naik (atas).

AG Hot FM timang anak ke-4 (4 gambar)


Deejay Hot FM, AG dikhabarkan telah menimang anak ke-4 dimana isterinya telah selamat ebrsalin pada 18 April lalu.

Bayi itu dilahirkan pada jam 1 pagi dan berjantina lelaki.

Filem sekarang tidak releven! - Liyana Jasmay

Selasa, 21 April 2015

Liyana Jasmay menyifatkan filem-filem tempatan pada masa kini tidak lagi relevan kerana penceritaannya tidak mengikut perkembangan semasa.

Liyana berkata, keadaan itu membuatkan golongan remaja tidak berminat menonton filem tempatan sekali gus menjadi punca utama karya seni kurang mendapat sambutan.
"Apa yang saya lihat, filem kita tidak relevan dengan isu atau trend zaman sekarang.

"Kalau ikut trend pun, lepas dua tahun baru ditayangkan, jadi dah tak 'in' dan macam mana nak tarik orang muda menonton filem itu? Mereka mahukan filem yang trendy.

"Selain itu, konsep pemasaran juga amat penting bagi menarik perhatian ramai. Tetapi sayangnya kebanyakan penggiat seni… mereka kurang mengutamakan perkara itu," katanya.

Bocey dah lupa diri? naikkan harga?

Nama Bocey kini dikenali ramai dan popularitinya juga meningkat selepas seorang ahlinya menang anugerah ABPBH. Namun ada yang kurang senang untuk didengar, dimana ada dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kumpulan ini sudah menaikkan harga persembahan mereka dan mula lupa asal usul/lupa diri.

Sebelum ini mereka bertiga, Abam, Fard dan Acey telah memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung, namun dalam hal ini (lupa diri) Abam yang tampil menjelaskan isu itu dan menafikan hal itu sekeras-kerasnya.
“Saya menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap kami kerana setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menyuarakan pendapat berkenaan lupa diri. Kami sendiri terkejut apabila ada yang bertanyakan sama ada kami lupa diri”

“Sebagai artis, kami rasa kami cuba sedaya upaya untuk melayan peminat sama rata tetapi tidak tahu pula jika ada pihak yang terasa hati dengan tindakan kami tanpa disedari. Malah pihak yang mengenali kami pastinya tidak akan percaya gosip ini kerana tahu kami bukanlah seperti yang didakwa,” jelas Abam.

Amar Baharin ditumbuk dimuka sampai perlu dijahit!

Difahamkan Amar Baharin cedera di muka bahagian keningnya apabila ditumbuk oleh kawannya untuk satu babak set pengambaran dalam drama Jalan Cinta ke Syurga pada hujung minggu lalu.

Menurut portal mStar, kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung, dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka, seorang pelakon baharu bernama Redza sehingga memerlukan jahitan susulan.
"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.

"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit,"

"Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih.

"Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut," -Amar

Pu**mak punya Zul Ariffin -Peminat


Peminat Dakwa Zul Ariffin Poyo
Dengarnya ada seorang peminat yang telah tidak berpuas hati dengan Zul Arifin. Tambahannya lagi dia menyesal menyokong kerjaya Zul sehingga menang anugerah di ABPBH yang lalu.

Punca dakwaan ini keluar disebabkan keengganan Zul untuk bergambar bersama. Bahkan kesungguhan mereka mengomen juga membuktikan mereka ikhlas dalam mengundi Zul tapi sebaliknya yang mereka dapat. Sehinggakan memaki hamun Zul melalui laman sosial mereka dan membuatkan mereka kini membenci Zul.

Gambar komen itu sempat di snapshot melalui sebuah blog hiburan tempatan.

Neelofa tak bertudung dalam filem Pilot Cafe!

Isu tidak berhijab pelakon Neelofa dalam filem terbaru Pilot Cafe sekali lagi mendapat perhatian peminat dunia hiburam tempatan kerana secara jelasnya Neelofa yang dikenali kini sememangnya menjaga batas dan auratnya itu.

Memetik sebuah blog hiburan, bertemunya di majlis tayangan filem Pilot Cafe baru-baru ini, dia menjelaskan bahawa filem lakonannya itu telah menjalani penggambaran pada tahun 2013. Seperti yang telah kita ketahui pula, Neelofa mula berhijrah sekitar Julai 2014 yang lalu.
“Bila saya memuat naik poster filem ke Instagram saya, ada peminat yang bercakap kenapa nak letak gambar saya yang tak bertudung di situ. Hari ini saya akan jelaskan yang pertama ialah penggambaran filem Pilot Cafe dijalankan pada tahun 2013″

“Manakala yang kedua filem ini juga melibatkan banyak pihak & yang ketiga saya bersyukur filem ini keluar sekarang, sebab orang boleh tengok saya di dua sisi yang berbeza,

“Dua tahun lepas saya cukup berbeza dengan yang sekarang ini dan sebagai manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan tidak adil untuk orang itu mengkritik, menghukum atau menghakimi sesiapa. Sesiapa sahaja boleh berubah bila-bila masa sahaja”

“Untuk peminat-peminat semua kalau saya boleh edit perkara yang lepas sudah tentu saya akan lakukannya sekarang. Apa yang boleh saya lakukan sekarang ialah belajar daripada pengalaman yang lepas,” tambahnya.

Saya tiada keinginan untuk bercinta! -Fahrin

Isnin, 20 April 2015

Difahamkan yang Fahrin Ahmad ada bergambar berdua-duaan dengan pelakon Izreen Azminda baru-baru ini.

Hanya kerana gambar itu dimuat naik di laman sosial menyebabkan ada pihak mengatakan mereka bercinta sedangkan baik Fahrin mahupun Izreen mengakui, mereka hanya berkawan semata-mata dan untuk pengambaran drama.

Bagaimanapun ketika diusik mengenai kekasih, Fahrin tidak mahu menjawab persoalan sebaliknya mengakui, perkara berkaitan soal hati itu masih kabur memandangkan dia mahu keputusan yang dibuat itu untuk masa depan itu benar-benar tepat.

“Mungkin dia kekasih dalam kalangan orang yang saya kenal,"

"Buat masa sekarang ini, saya tidak ada keinginan untuk bercinta. -Fahrin petikan portal Utusan

Sekitar sambutan ulang tahun ke-6 perkahwinan Yatt Hamzah (66 gambar)


Yatt Hamzah dan suaminya Abdul Mutalib telah mengambil ikhtibar daripada pergolakkan rumahtangga mereka setelah melakukan lawatan ke Syria baru-baru ini. Mereka ditemui dengan kelihatan bahagia sekali disamping anak mereka Suci Hanania Malika, 5, pada majlis kesyukuran sempena ulang tahun ke-6 perkahwinannya dan sambutan hari lahir anaknya di Casa Club, Kampung Batu Muda, turut kelihatan Heliza.

Sekitar Amy Search berada di sekolah Tahfiz (9 gambar)

Khabarnya Amy Search kini telah membuka sekolah tahfiz yang diusahakan bersama dengan sahabatnya untuk sahamnya di akhirat kelak.

Adegan main tepung Emma, Kamal Adli (3 gambar)


Emma Maembong dan Kamal Adli Main Tepung
Penafian dari kamal Adli mengenai status hubungannya dengan Emma Maembong akhirnya terjawab. Apabila Emma dan rakan-rakannya menyambut hari jadi Kamal baru-baru ini.

Melalui laman Instagram milik Emma, dia telah memuat naik sekeping foto ‘mandi tepung’ ketika sambutan hari lahir Kamal.

Dalam pada menyambut birthday Kamal, Emma Maembong turut tak lupa mengucapkan selamat harijadi kepada bekas kekasihnya, Zizan Razak yang menyambut ulangtahunnya bersama keluarga tersayang.

Pelakon Kak Limah meninggal dunia sebab..

Salam takziah buat keluarga pelakon filem Hantu Kak Limah, Azwan Annuar yang berusia 38 tahun yang meninggal dunia pagi semalam.

Arwah dikatakan meninggal disebabkan sakit di bahagian belakang badannya. Arwah mengadu kesakitan sejak tiga minggu yang lalu memetik portal Murai.

Jenazah Azwan dikebumikan di Tanah Perkuburuan Islam di Kepong selepas solat Asar.
"Sebelum ini arwah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit teruk. Dia ada mengadu sakit belakang dan pergi berurut.

"Malangnya, arwah enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah dinasihati oleh keluarga. Dia juga berpesan supaya merahsiakan masalah kesihatannya," -Norzaleha Saleh, kakak tiri.

Zulin Aziz geram ramai tak kenali dia bila bertudung!

Ahad, 19 April 2015

Akui pelakon Zulin Aziz yang dia masih tidak pandai memakai tudung, namun akan belajar sebaik mungkin untuk ke arah itu.

Namun ada juga pihak yang tidak mengenalinya selepas dia bertudung ini sehinggakan dia geram-geram manja kerana hal itu. Apa-apa pun kita doakan sahaja semoga dia istiqamah dalam pemakaian tudung. -video mStar

video

Anak perempuan David Beckham (6 gambar)

Ini lah wajah terkini anak perempuan David Beckham iaitu Harper, gambar diambil ketika mereka menghadiri satu majlis fashion di ‎Burberry‬'s show.

Zizie dedah perangai sebenar suaminya..


 Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi gambar-gambar Zizie di laman Instgram (IG) milik Zizie.

Antara ‘pengikat kasih’ mereka adalah permainan maya, Candy Crush yang digilai oleh Bung Mokhtar hmmm.