Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jawapan muktamad hubungan Tasha Shila dengan Hans...

Selasa, 31 Mac 2015

Desas desus yang hubungan Tasha Shila dengan kekasihnya Hans kini sudah menemui jawapan yang sebenarnya. Shila tampil memberikan kenyataan bagi mengakhiri spikulasi yang bermain.
“Kami dah tiada apa-apa hubungan, sebelum ini pun kami berkawan rapat saya anggap ini adalah suratan takdir dan masing-masing telah pun buat haluan sendiri”

“Kalau perpisahan kami disebabkan oleh orang ketiga, hal itu saya saya enggan komen dan tidak mahu mengulas lanjut,” -Tasha Shila

Benjy bakal berdepan hukuman mati mandatori...

Apa nak jadi dengan nasib Benjy yang ditahan semalam akibat disyaki terbabit dengan satu rangkaian sindiket dadah dimana mereka dalam perancangan perpindahan makmal dadah mereka dari Kuala Lumpur ke Pagoh.

Polis Muar telah menemui pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu selain menemui dadah seberat 1.3kg di tempat yang sama.

Oleh itu Benjy terpaksa ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Anita Sarawak, Mahathir Abdullah cerai?

Ada sebuah laporan yang mengatakan Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir Abdullah berpisah adalah tidak benar. Ini disangkal sendiri oleh adik kandung Anita, Noorkumalasari yang ditemui baru-baru ini.
“Anita Sarawak Tidak Pernah Cerai, Itu Fitnah!

“Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar.

“Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya,” -Noorkumalasari

Pelawak terkenal minta gambar bogel - Sasha

Mungkin kita mengandaikan seorang pelawak popular seorang ni, tapi harap-harap bukan dia. Semalam, ada seorang wanita tampil mendedahkan ada seorang pelawak terkenal seorang playboy.

Sasha bukan nama sebenar tampil berbuat demikian bagi mengelakkan ramai lagi wanita menjadi mangsa penipuannya.

Yatt Hamzah menyesal bercerai...

Yatt Hamzah menyedari tindakannya memfailkan kes perceraiannya adalah sesuatu yang tidak wajar kerana masalah rumah tangga yang dihadapi masih boleh diselamatkan.

Yatt menyesali tindakan itu selepas pulang dari misi kemanusiaan di Syria pada akhir Februari lalu.
"Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

"Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun," -Yatt

Scha panik.. apa terjadi dengan Lara Alana...

Isnin, 30 Mac 2015

Scha Alyahya memberitahu beberapa kali berada dalam keadaan cemas apabila anaknya Lara Alana yang kini berusia 7 bulan tersedak susu.

Scha, 32, berkata, selepas kejadian pertama, dia dan suaminya pengacara Awal Ashaari belajar sedikit sebanyak tentang teknik apabila berhadapan dengan situasi tersebut.
"Sepanjang tujuh bulan menjaga Lara ada beberapa kali dia buat kami panik apabila tersedak susu.

"Saya takut sangat melihat keadaan itu kerana Lara susah nak bernafas, nasib baik juga ketika itu saya berada dengan dia.

"Bahaya kalau kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur dan kita tidak berada disamping dia,"

"Ia memang perkara biasa bagi kanak-kanak tetapi bahaya dan selalu kita dengan bayi meninggal dunia kerana tersedak susu.

"Sebab itu juga saya risau untuk tinggalkan dia bersendirian biarpun sedang tidur," -Scha

Erra, Emran bersama-sama sambut harijadi Aleesya (10 gambar)


Baru-baru ini bersamaan 29 Mac, Erra Fazira dan juga bekas suaminya, Engku Emran telah bersama-sama menyambut hari ulang tahun Engku Aleesya. Tidak diketahui dimana lokasi mereka ketika itu, namun sepertinya hubungan kedua-duanya baik-baik sahaja untuk melihat anak mereka sentiasa gembira bersama mereka.

Sekitar pernikahan, resespsi Sharifah Sakinah (141 gambar)

Tahniah kepada Sharifah Sakinah yang kini bergelar isteri yang sah kepada pilot, Aliff Adha yang diadakan pada hari Sabtu, di Hotel Shangri-La, Putrajaya.

Sharifah menerima 7 dulang hantaran (tujuh pasang kasut jenama Adidas koleksi terbaharu), manakala pihak lelaki menerima 9 dulang (sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola) daripada Sharifah. -Instagram SharifahSakinah

Awal Ashaari terkini selepas kemalangan (4 gambar)

Ayat romantis Zamarul kepada Diana

Sabtu, 28 Mac 2015


Wah bukan main lagi Zamarul Hisyam nak pikat semula bekas isterinya, Diana Rafah. Mereka ni dah sah bercerai pada bulan Januari lalu. Mungkin Zamarul nak tunggu waktu eddah Diana kot, dan kemungkinan nak rujuk semula.

Mungkin dalam waktu perceraian ni mereka dah berfikir panjang dan mula belajar erti kesilapan. kita doakan agar mereka berdua bersatu semula. :)

Zizan Razak sindir Emma Maembong? ini ayat sindiran itu...

Bar-baru ini Zizan ada memuatnaik gambar dia dengan seorang wanita Thailand bergambar untuk sesi photographi untuk promosi produk. Namun dalam caption gambar berkenaan sepertinya Zizan menyindir Emma Maembong.
Namun tidak dimaksudkan secara langsung cara sindirian itu. Ada sedikit lawak yang diselitkan bersama.

Aku: kau tak paham ke aku tak nak kau

Dia: Awak please saya suka awak saya nak awak menjadi suami saya yang sah

Aku: dahla aku nak balik bye

Jejaka misteri yang bersama Shila Amzah...

Jumaat, 27 Mac 2015

Siapa kah jejaka yang memandu di sebelah Shila Amzah yang di 'blur' kan wajahnya dengan memandu kereta mewah, Porsche. Bahkan Shila juga membuat status yang agak mengejutkan.

Namun setelah diteliti, jejaka itu adalah ayahnya sendiri, Nd Lala. Kuikui..

sekitar harijadi Memey Suhaiza (21 gambar)

Baru-baru ini Memey telah menyambut hari ulang tahunnya ke-27 dengan diraihkan oleh suami tercinta, Norman Hakim dan beberapa tetamu undangan termasuk penyanyi, Ella dan Fynn Jamal.

Dengarnya, sambutan ini adalah kejutan buat Memey dan hadiah dari Norman tidak diketahui buat masa ini. -gambar thephotolicious

Sharnaaz minta maaf dengan Nelydia berhubung isu....

Dengarnya kisah yang membuatkan pelakon Sharnaaz dengan Nelydia ketika berlakon bersama-sama untuk drama 60 episod Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) dengan bergambar bersama dan mesra di instagram telah mengundang ketidakpuasanhati kekasih Nelydia, Qi Razali.

Dan akhirnya ianya sudah tiada apa-apa lagi erti, bila Sharnaaz tampil memetik portal Utusan memohon maaf dan mereka lakukan hanyalah untuk mempromosikan drama berkenaan sahaja.
“Saya sudah minta maaf. Rasanya sudah tidak apa-apa yang perlu diperkatakan lagi. Mesra kami hanya untuk drama. Cara itu yang kami rasa boleh mempromosikan drama.

“Ternyata semuanya berhasil dengan keikhlasan dan komitmen yang saya berikan dalam menjayakan drama tersebut. Saya cukup bertuah kerana Nelydia seorang yang senang memberi kerjasama,”

“Jangan lagi salah tafsir semua adegan mesra kami. Tidak baik untuk pembangunan kerjaya kami. Saya mahu jadi seorang pelakon yang berkualiti dan berbakat. Biar orang akan kenal lakonan dan drama kita sampai bila-bila.

“Memang, kalau berlakon, saya akan berikan yang terbaik. Untuk kemenangan malam ini, memang saya tidak pernah menyangka. Kerja keras saya nampaknya berbaloi. Saya amat menghargai pada mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.

“Kalau nak tahu, saya sebenarnya tidak suka pada Nelydia apabila mula digandingkan dahulu,”
Dan ini komen Nelydia pula..
“Keadaan sudah kembali normal. Jangan timbulkan apa-apa lagi. Lihat sahaja, selepas kontroversi berlaku, saya dan Sharnaaz masih boleh berlakon bersama. Tidak pernah ada rasa kekok.

“Tidak dinafikan, keserasian antara saya dan Sharnaaz memang mudah dicapai dalam setiap drama. Setiap tanggungjawab yang diberikan, saya jalankan dengan baik.

“Sharnaaz juga merupakan pelakon yang berkualiti dan mampu melakonkan setiap watak dengan baik. Dia faham dan tahu apa yang saya cuba sampaikan kepadanya walau tidak terdapat dalam skrip,”

Sekitar majlis harijadi Emelda Rosemila (9 gambar)

Emelda Rosemila telah mengadakan sambutan ulang tahun kelahirannya ke-35 baru-baru ini di sebuah restoran. Ramai tetamu yang hadir ketika itu.

Namun suaminya, Adlin Aman Ramli tidak kelihatan sama sekali ketika majlis yang penuh bermakna itu. Mungkin disebabkan kesibukan kerjayanya kot yang menghalang dia untuk pergi ke majlis itu.

Mungkin dorang sambut secara berdua selepas ini.

Hadiah ulang tahun pertama Zarema kepada Aidil Zafuan.. jeng3..

Khamis, 26 Mac 2015

Setahun berlalu, Zarema Zainal yang juga isteri kepada Aidil Zafuan telah menghadiahkan suaminya itu sebuah vespa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Memang sangat romantik melihat hadiah ini apatah lagi mereka kini dikurniakan seorang anak sulung sebagai hadiah yang lebih jauh bermakna.

Emma, Kamal Adli kahwin tahun ini? ini jawapan Emma..

Gosip yang mengatakan Emma Maembong kini rapat dengan Kamal Adli adalah mengarut. Tambahan lagi timbul desas desus mereka bakal berkahwin pada tahun ini.

Tambahan lagi Emma menafikan yang dia pernah berjumpa dengan keluarga Adli.

Ajak Shiro timang anak ke-3, istimewa anak ini adalah.. (gambar)

Tahniah Ajak Shiro yang selamat menimang anak ke-3 yang juga bayi berjantina perempuan pada 25 Mac yang lalu. Ini juga satu kekuasaan Allah dimana anaknya yang ke-3 itu berkongsi hari lahir yang sama anak pertama dan kedua.

Bayi perempuan yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan isteri Ajak, Afifah Amin pada jam 1.00 tengah hari secara normal.
“Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah… Hari ini tepat jam 1 petang isteri saya selamat bersalin dan hadiahkan saya seorang anak perempuan.

“Lagi satu saya nak bgtau… Wife saya bagi hadiah ni pada hari yg sama… Walaupun bukan kembar dan dia bersalin normal Jad 25Mac10, Had25Mac13 dan harini adalah 25Mac15… Terima kasih pd semuanya… Alhamdulillah. #sayaajakdansayatidaksombong.“ tulisnya di Instagram
.

Ini lah bakal suami Lana Nordin (2 gambar)


Semalam Lana Nordin telah membuat sidang media untuk memperkenalkan suaminya dan tarikh perkahwinnya. Lana memeilih 15 Mei depan untuk bergelar isteri kepada pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie.

Lana memberitahu yang dia dengan David berkenalan pada bulan Oktober 2014 yang lalu.

"Biarpun perkenalan kami singkat tetapi itu bukan soal utama kerana paling penting kami serasi dan paling penting dia memahami tentang Islam.

"Saya dan David mahu mempercepatkan perkahwinan ini kerana tidak mahu menunggu lama dan kami masing-masing pun sudah bersedia,"
Dalam pada itu, Lana memberitahu, David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie, 35, memeluk agama Islam pada 5 Disember tahun lalu dan turut dibantu oleh rakan baiknya, pelakon Lisdawati. -petikan mStar

Keluarga Aziz M. Osman terkini (5 gambar)

Rabu, 25 Mac 2015


Inilah kehidupan terkini pengarah terkenal, Aziz M. Osman dengan isteri dari perkahwinannya yang ke-2, Puteri Lily Lokman dengan dikurniakan seorang anak perempuan.

Namun buat Aziz, perceraiannya dengan isteri pertamanya, Aliah Lee bukanlah sesuatu yang sukar dilupakan apatah lagi 15 tahun bersama berumahtangga dengan akhirnya bercerai dengan cara yang baik.

Julia Ziegler akui Malaysia banyak korup (video)

Dengarnya Julia Ziegler ada memberikan satu jawapan dimana jawapan berkenaan berkaitan dengan Negara. Video yang diambil itu dikatakan mempunyai 55 soalan spontan dan ianya dijawab dengan baik oleh Julia.

Soalan berkaitan Negara itu dikatakan sendiri oleh Julia pada minit durasi 2.14-2.30. Korang dengar je la kata dia ni.

#Panas,cantik,banyak Korup,dan my hometown

Punca Nora Danish kata kanak-kanak jangan biadap!

Nora Danish dikatakan bengang dengan kanak-kanak yang masih dibawah umur menjadi biadab apabila melayari laman sosial. Ini dibangkitkan Nora berkaitan komen biadap dan lucah oleh segelintir kanak-kanak yang tidak dipantau oleh ibubapa mereka.

Sebab Aiman, Fathia tangguh perkahwinan

Selasa, 24 Mac 2015

Dengarnya Aiman Hakim dan Nur Fathia dengarnya akan menanguhkan perkahwinan mereka diataskan sebab terikat dengan kontrak pengiklanan.

Ini berikutan kontrak berkenaan memaksa Aiman berstatus solo buat masa ini.
"Kami tiada masalah lain kerana keluarga kami sudah kenal masing-masing cuma masalah jadual kerja yang padat dan masih dalam kontrak iklan.

"Saya ada kontrak dengan Garnier selama lima tahun dan Fathia pula terikat dengan produk kosmetik Avon. Bukan tidak boleh kahwin tetapi perlu beritahu awal-awal kerana mereka perlu tukar branding iklan tersebut," -Aiman

Sekitar majlis akikah anak Diana Amir (16 gambar)

Kenchana Dewi selamat melahirkan anak sulung (gambar bayi)

Tahniah buat pelakon Kenchana Dewi yang selamat melahirkan anak perempuan pada awal bulan ini di Hospital dekat Seremban, Negeri Sembelan.

Ini adalah anak pertama Kenchana dimana hasil perkahwinannnya yang ke-2. Perkahwinan pertama Kenchana dikurniakan 3 orang anak iaitu G Patkieswaran, 22, Tashvetha Devi, 13, dan Mishalin Devi, 12.

Doakan yang terbaik untuk kami - Diana Rafah

Diana Rafar dan Zamarul Hisham seperti sedia maklum sudah mengambil keputusan untuk bercerai talak satu pada Januari lalu, namun tidak sangka masih ramai pihak yang sangat sayangkan hubungan mereka dan ini telah membuatkan perkara tersebut turut menyentuh hati Diana Rafar.
“Jika mahu cakap bab rujuk semula, saya rasa pihak lelaki lebih hak untuk bersuara. Bagi saya, jika ada rezeki, bersatu balik. Saya terima sahaja qada dan qadar daripada Allah. Doakan yang terbaik buat kami,” -Diana ketika ditemubual oleh rancngan Melodi
Selain itu, Diana Rafar juga menjelaskan ketika dia berada di dalam situasi sebegini, barulah dia mengerti bahawa peminat yang menyokongnya selama ini betul-betul menyanyanginya kerana ada di antara mereka yang mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

Sekitar malam berinai Sharifah Sakinah

28 Mac ini adalah perkahwinan buat Sharifah Sakinah, dan baru-baru ini dia telah membuat satu majlis malam berinai di kediamannya dengan dihadiri rakan selebriti seperti Elfira Loy, Nabila Huda, Tasha Shilla, Marsha, Jihan Muse, Siti Saleha dan ramai lagi.-gambar PelangiPutih Films

Bakal Suami Lana Nordin? (gambar)

Isnin, 23 Mac 2015

Betul ke ini kekasih Lana Nordin. Dengarnya ini cinta baharunya adalah bakal suaminya yang akan diumumkan pada 25 Mac ini untuk sidang perkahwinannya yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

Dengarnya juga jejaka ini berasal daripada negara Uncle Sam, Amerika Syarikat dan kini menetap di Singapura.

Berikut bukti gambar David McKienzie, atlit skuad bola tampar USA sukan Olimpik 2012, mungkin bakal suami Lana Nordin. Adakah McKienzie? tunggu..~

Zara Zya lesbian?

Dengarnya pelakon, Zara Zya yang terkenal melalui drama Love You Mr Arrogant kini digosipkan dimana dia kini mengadakan hubungan sejenis aka lesbian

Gosip ini timbul apabila Zara dikatakan enggan bergaul dengan lelaki. Memetik sisipan akhbar tempatan, Zara hanya mampu gelak besar.

Zara akui ianya isu lapuk, baginya dia hanya wanita biasa yang masih mempunyai keinginan mencintai kaum lelaki dan waras untuk dijadikan kekasih.

Buat masa ini Zara mengakui dirinya masih lagi belum mempunyai buah hati. Dan berserah kepada Allah untuk mempercayai jodohnya pasti ada kelak.

Punca Black enggan dedahkan wajah anaknya lagi..

Black memberitahu yang dia enggan memdedahkan wajah penuh anakknya terlalu kerap, Khaleef Dayaan bagi memastikan anaknya itu membesar secara sihat dan normal.

Ini diberitahu Black melalui sisipan Bharian dibuat atas bimbang anaknya menjadi tempias kerjayanya kelak.
"Saya tidak mahu terlalu mendedahkan anak saya di sosial media dan sebagainya kerana ingin dia membesar seperti lelaki normal saja.

"Seperti sekarang pun saya tidak mendedahkan gambar penuh wajah anak saya. Benar saya dan isteri berjanji untuk memuat naik gambar anak selepas 44 hari maka kami pun menunaikan janji kami," -Black

Sekitar pertunangan Hanis Zalikha (6 gambar)

Tahniah buat Hanis Zalikha yang kini tunang kepada Hairul Azreen yang diadakan semalam. Mereka memilih untuk berkahwin pada 5 Jun nanti.

Luahan hati Wan Sakinah..

Ahad, 22 Mac 2015

Ini adalah luahan isteri ke-2 Ashraf Muslim, Wan Sakinah yang di muatnaik di laman sosial miliknya. Dengan membaca luahannya ini mungkin ditujukan untuk memberikan persepsi maksud sebenar poligami yang dialaminya kini.

Apa-apa pun fikir positif terhadap luahan Sakinah ini..

Status hubungan sekarang Alyah, Ramli MS...

Mungkin sudah ramai yang membuat andaian yang Alyah dengan Datuk Ramli MS kini sudah berpisah setelah dua tahun berkahwin akibat satu konflik yang melanda mereka baru-baru ini. Namun ianya satu andaian yang sangat meleset sekali. Alyah mengakui yang dia masih lagi isteri kepada Datuk Ramli Ms dan ini dinyatakan di dalam laman sosialnya baru-baru ini.

Sebab kenapa Chef Wan tangguh buka restoran 1 Market by Chef Wan

Sabtu, 21 Mac 2015

Datuk Chef Wan terpaksa menangguhkan hasrat untuk membuka restoran '1 Market by Chef Wan' di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya kerana keadaan ekonomi negara kurang baik.

Chef Wan berkata, rakan kongsi dan pelabur memutuskan penangguhan tersebut selepas membuat kajian selama lima bulan di pusat beli belah tersebut yang mendapati perniagaan di situ kurang memberangsangkan.

Kekasih Ramona Zamzam berasal dari Palestin (gambar kekasih)

Jumaat, 20 Mac 2015


Romana Zamzam baru-baru ini memperkenalkan kekasihnya. Nama kekasihnya itu adalah Rami yang berketurunan Arab Palestin.

Mereka berkenalan di dalam kolej sebagai rakan sekolej.

Nabil Ahmad timang anak ke-2 (2 gambar)


Tahniah Nabil Ahmad dan Nazirah Ayub yang menimang anak ke-2 nya semalam jam 1 tengahari di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara memetik portal Bharian.

Anak ke-2 nya itu berjantina perempuan dengan berat 3.2kg dilahirkan secara pembedahan. Jaclyn Victor dan suami adalah selebriti yang awal melawat anak Nabil.

Sesi fotostudio anak Diana Amir versi Arab (10 gambar)


Sesi fotostudio anak Radhi OAG (8 gambar)

Radhi dan isterinya, Nur Shahira Ayu telah menyambut kelahiran bayi sulung mereka. Nur Aishah pada 30 Januari lalu. Dan baru-baru ini mereka menjalankan sesi gambar studio anak mereka. Jom layan.-gambar Camora Arts

33 gambar anak Fasha Sandha

Khamis, 19 Mac 2015

Dah nak masuk usia 5 bulan dah anak ke-2 Fasha Sandha, Jejai iaitu Putri Raysha Jemaima. Selain Putera Rayfal yang nak berumur 3 tahun pada bulan Mac ini.-Instagram fashasandha

Zul Ariffin, Gayatri bercuti ke pulau Bali (6 gambar)

Tak dipastikan samaada Zul Ariffn dan kekaishnya, Gayatri Su Lin bercuti di Pulau Bali adalah berdua atau dengan kawan-kawan atau ahli keluarga mereka. Yang penting kita berfikiran positif sahajalah kan.

Untuk informasi lain, Zul juga belum lagi mahu berniat untuk berkahwin pada tahun ini, ini berikutan kesibukan kerjanya yang amat padat.

Romie kuat cemburu jika Hanez Suraya...

Suami mana tak cemburu jika si isteri berlakon dengan lelaki yang bukan muhrim dia kan. Itulah suami Hanez Suraya, Romie Razin yang mengakui yang dia seorang yang kuat cemburu.

Namun nasihat Romie agar Hanez kena pandai jaga hati suaminya itu.

Bila Rozita Che Wan bertudung, jualan tudung makin laris!

Dengar khabar setelah Rozita Che Wan memakai tudung, perniagaan tudungnya sangat laris dan menerima beberapa tempahan daripada orang ramai. Tudung Zeyta En Raudah yang juga dimiliki bersama oleh adik beliau, Ayu Raudhah sejak 2012 menjadi rebutan dan hangat di pasaran buat masa ini.

Memetik portal ManggaOnline, mereka berdua ditemui selepas acara ‘Sepetang Di Maghribi – Anugerah Hijabi Mestika’, majlis minum petang sempena pencarian cover girl majalah Hijab Fesyen.

Kereta Ferrari Zizan Razak remuk?

gambar palsu yang digembar gemburkan kereta milik Zizan Razak

Kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa.

Pembantu peribadinya, Izwan mengesahkan perkara itu dan memberitahu Zizan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Vince AF kini bergelar ayah (5 gambar)

Rabu, 18 Mac 2015

Tahniah ditas perkhabaran kelahiran anak sulung untuk Vince Chong, juara Akademi Fantasia musim pertama. Isteri beliau, Fiona selamar melahirkan anak perempuan bernama Eva Heidi Chong beberapa hari lalu dan kini sudah kembali ke kediaman mereka.

Zulin Aziz kini bertudung (gambar)

Alhamdulillah, seorang lagi selebriti tempatan kini bertudung. Farah Azleenda atau nama popularnya, Zulin Aziz kini telah bertudung. Bagi Zulin ianya bukan paksaan dan trend untuk bertudung namun untuk mematuhi tuntutan agama yang telah diperintahkan Allah SWT.

Malahan Zulin juga tidak bimbang sekiranya rezekinya selepas dia bertudung berkurang atau sebaliknya.

"Saya rasa mengapa melengahkan perkara baik dan kenapa meletakkan tudung sebagai halangan dalam bekerja. Saya turut meminta pandangan ustaz berhubung hal ini dan beliau menasihatkan saya untuk meneruskan niat itu.

"Tudung itu bukan sekadar fesyen kerana ia adalah perkara wajib. Namun saya akui masih baru bertudung dan bukanlah berubah secara drastik serta menjaga tingkah laku bersesuaian dengan imej bertudung ini," -Zulin petikan portal Bharian

Sesi fotografi anak Diana Amir (7 gambar)


Akhirnya Diana Amir sudah bersedia untuk memberikan tatapan wajah anak sulungnya kepada orang ramai. Anak sulungnya bernama Khaulah Al Azwar bermaksud bidadari besi

Sesi fotografi dijalankan di kediaman Diana dekat Setia Perdana dengan tema ‘Newborn, Kids & Family Potrait. -gambar Instagram Camora Arts

Rohana Jalil komen isu Wak Doyok komen lucah IG Kilafairy

Hangat masih diperkatakan apabila Wak Doyok memberikan komen berbaur lucah kepada gambar yang dimuatnaik oleh Kilafairy telah mendapat perhatian ibu Kila sendiri, Rohana Jalil.

Memetik poral mStar, Rohana membidas tindakan Wak Doyok itu kerana bimbang boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap orang ramai.
"Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

"Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini,"

"Saya dulu pun berkawan rapat dengan rakan artis lelaki seperti Jaafar Onn tu, itu pun saya selalu diingatkan oleh emak supaya jangan pergi kemana-mana berdua kerana takut orang pandang serong.

"Bagi saya memang perlu jaga batasannya, walaupun lelaki itu lembut sekalipun dia tetap bukan muhrim," -Rohan
a

Emma Maembong, Kamal Adli kini rapat? bercinta? (17 gambar)

Selasa, 17 Mac 2015

Dengarnya memetik portal Utusan, Emma Maembong dengan kamal Adli kini kian rapat. Namun ada juga kedenagaran yang mereka kini hangat bercinta.

Mengikut sumber yang rapat dengan Emma, memang benar wanita tersebut selesa berkawan dengan Kamal. Walaupun dia tak mengesahkan pasangan itu bercinta tetapi mengakui kedua-duanya selesa berkawan rapat.

Menariknya, semua ini berlaku dengan pantas apabila Emma sudah tawar hati dengan Zizan. Apabila mereka sah putus cinta beberapa bulan lalu, Kamal menjadi tempat Emma meluahkan perasaanya.

Erin Malek sedih...

Erin Malek yang kini difahamkan hamil anak sulung kembar cukup gembira dengan keadaannya sekarang, namun dia juga rasa sedih apabila gambar scan ultrasound anaknya itu tersebar di internet.

Erin bukan tidak mahu menghebahkan kepada semuanya mengenai gambar itu, namun ianya masih lagi dalam peringkat awal kelahiran.