Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rahim Maarof terkini (3 gambar)

Jumaat, 27 Februari 2015

Memetik portal Cari, kelibat Rahim Maarof dikatakan telah muncul untuk sebuah saluran Astro Saluran Red untuk filem My Heart in Malaysia. Memang ramai tidak menyangka namun itu lah kekuatan pelakon vateran yang masih lagi berbisa dan boleh dijadikan icon pelakon contoh untuk pelakon muda yang lain.

Kenyataan Awie tidak masuk akal! -Rozana

Isteri Awie, Rozana Misbun menyifatkan dakwaan penyanyi itu beliau 'merompak' anak-anak mereka dari sekolah pada 9 Februari lalu sebagai tidak masuk akal. Rozana berkata, istilah 'merompak' tidak boleh diguna pakai dalam insiden berkenaan.
"Ia langsung tidak relevan. Anak-anak adalah darah daging saya. Saya ibu kandung mereka.

"Cuba fikir, macam mana saya mahu memaklumkan kepada dia terlebih dulu. Ini kerana setiap kali saya beritahu mahu mengambil anak-anak, mereka akan sepantas kilat dibawa lari.

"Tidak perlu dia (Awie) canang di media mengenai keraguan terhadap polis berpakaian preman. Rujuk saja ke Balai Polis Melawati untuk mendapatkan butiran anggota terbabit,"

Rozana berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman yang mendakwa Rozana mengambil dua anak mereka, Putra Ahmad Rezzki, 7; dan Puteri Qasseh Antasha, 5, tanpa pengetahuannya.

Awie menggunakan istilah 'rompak' ketika menjelaskan tindakan isterinya itu mengambil anak mereka dari sekolah. -Bharian

Nubhan AF6 bakal bergelar jutawan muda?

Wah bukan main sukses dah Nubhan Ahmad sekarang. Katanya dia kini dah jadi CEO untuk syarikat atas namanya, Nubhan Ventures.

Syarikat dia ini mengeluarkan produk bedak asas untuk lelaki dan juga wanita dengan diberi nama, Juwita Divine Sexy Foundation.

Nabila Huda bengang dengan Facebook!

Nabila Huda bengang apabila ada segelintir pihak mengambil kesempatan dengan mewujudkan profile palsu Facebook yang tertera nama dan gambar milik Nabila.

profile Facebook berkenaan bukanlah satu namun banyak lagi yang beranak pinak dengan manggunakan identiti Nabila.

Punca Hafiz Suip ulang alik ke hospital

Dengar khabar yang Hafiz Suip kini terpaksa ulang alik ke hospital akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya bulan lalu.

Kini Hafiz dikhabarkan menjalani rawatan susulan selama setahun walaupun sebenarnya sudah pulih, namun memerlukan 100% sembuh daripada itu.

Jaafar Onn serah diri kepada Allah SWT

Khamis, 26 Februari 2015

Kasihan Jaafar Onn dah la isu sabun belum selesai, kini timbul pula isu dia dikaitkan dalam sebuah video yang dikatakan ISIS Malaysia.

Sekeping gambar yang menunjukan wajah Jaafar telah menarik perhatian empunya badan untuk tampil memberikan komen.

Jaafar dengan hati yang berlapang hanya mampu berserah kepada Allah SWT.

Sasha Saidin mirip Elsa Frrozen? kata anda?

Bila bercakap mengenai watak Elsa di dalam filem animasi Frozen pastinya ramai kanak-kanak yang meminatinya. Sasha Saidin juga tidak ketinggalan apabila dia kelihatan seperti Elsa di dalam penampilan terbarunya.

Namun bagi Sasha ianya bukannya kemahuannya, dia sengaja mewarnakan rambutnya untuk sebuah watak. Namun tidak menyangka ramai yang mengandaikan dia mengikuti watak Elsa.

Emma Maembong merajuk lagi dengan Zizan?


Emma Merajuk Lagi Dengan Zizan
Dengarnya Emma Maembong merajuk lagi. Ini dibuktikan Emma sering memuatnaik gambar yang memberikan gambaran hubungan mereka sebenarnya ada masalah.

Tak dipastikan gaduh betul atau gaduh manja. Tapi ramai yang menganggap hubungan masalah mereka tidak seharusnya dikongsikan di laman sosial kerana ianya sudah menjadi public figure.

Atau gosip yang melanda Zizan dengan pegawai Astro baru-baru ini membuatkan Emma kini di dalam dilema?


Imej terbaharu Lufya terkini (gambar dan video)

Imej Terbaru Lufya Bertudung
Dengarnya Lufya Omar kini sudah bertampil tudung/hijab dan ianya menjadi niat buat Lufya yang mahu berhijab sejak dahulu lagi dan bukannya gosip yang kononnya dia mempunyai hubungan dengan seorang kerabat diraja.

Bahkan Lufya juga bimbang jika periuk nasinya sebagai anak seni akan menyusut namun dia bakal hadapinya ini dengan kesabaran kerana kebenaran.

Punca pelakon Shah Iskandar menjadi kurus..

Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz menjelaskan bahawa penyusutan drastik berat badannya adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru yang dialaminya baru-baru ini, bukan kerana mengambil dadah seperti didakwa pihak tertentu.

Sambil menyatakan beliau tidak terkesan dengan tohmahan yang dilemparkan, Shah menjelaskan jangkitan itu telah disahkan oleh doktor hasil pemeriksaan di hospital.
"Sudah menjadi lumrah industri hiburan untuk timbulnya gosip sebegini jadi saya enggan terlalu ambil pusing khabar angin yang saya tahu tak benar. Saya sendiri kurang pasti berapa kilo berat badan yang turun kerana sakit ini.

"Bagaimanapun saya maafkan pihak yang telah sebarkan gosip yang boleh memusnahkan karier saya itu. Mungkin dalam tak sedar saya ada membuatkan pihak itu marah atau kecewa tetapi bukan cara saya untuk mengaibkan orang kalau saya sendiri yang marah atau kecewa kerana saya tidak dibesarkan begitu.

"Pada mulanya saya sendiri tidak menerima hakikat yang saya sakit kerana terlalu fokus pada kerjaya. Namun akhirnya saya mengalah dan diarahkan untuk dikuarantin selama tujuh hari. Itupun saya minta kebenaran daripada doktor untuk dikuarantin di rumah sendiri," -Shah petikan portal Bharian

Zahiril, Shera Aiyob tunai umrah (7 gambar)

Rabu, 25 Februari 2015


Baru-baru ini pasangan suami isteri, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob telah mengerjakan ibadah Umrah selama 12 hari. Namun kepermegian mereka tidak diikuti bersama anak sulun mereka Nadi Anaqi, dan kemungkinan dijaga oleh nenek dan atuknya.

Zizan ada hubungan dengan pegawai Astro?

Aik apa status hubungan Zizan Razak dengan Emma Maembong sekarang? adakah sudah menjadi kawan rapat. Namun gosip yang kali ini timbul adalah Zizan dikatakan mempunyai hubungan dengan seoarang pegawai stesen Astro.

Dan difahamkan lagi pegawai berkenaan mampu memberikan kelebihan dan tawaran kerja yang lebih baik untuk Zizan.

Gosip yang melanda Zizan itu mendapat perhatian pegawai berkenaan yang tampil menafikan hal itu.

Siti Elizad bakal berkahwin dengan duda anak....

Siti Elizad mengakui yang dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihannya yang juga berstatus duda dua anak. Lelaki berkenaan bekerja di sebuah syarikat automotif permotoran berkuasa tinggi, Harley Davidson.

Nama lelaki berkenaan adalah Shamsul Baharin Rahman, yang berusia 43 tahun.

Menurut Elizad dia mengenali lelaki berkenaan sudah lama dan mahu mengakhiri perkenalan itu dengan sebuah ikatan yang sah.

Panas! Yatt Hamzah failkan permohonan cerai!

Semalam kita digemparkan dengan sebuah berita dimana rumahtangga Yatt Hamzah kian retak. Yatt memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib di Mahkamah Rendah Syariah Gombak semalam.

Menurut portal Bharian Peguam Syarie telah menyerahkan saman kepada defendan (Mutalib) pada 10 Februari lalu.

Namun Abdul Mutalib memaklumkan mahkamah untuk menarik semula kes untuk bagi mendapatkan khidmat kaunseling dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Pasangan ini berkahwin pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suci Hanania Malika.

*status handphone aplikasi Whatsapp milik Mutalib

Awek baru Johan Asaari? (gambar)

Selasa, 24 Februari 2015

Dengarnya gambar dibawah sangat mesra sekali diantara Johan Asaari dengan seorang wanita mat salleh yang tidak diketahui identiti nya.

Gambar diambil ketika Johan pergi bercuti baru-baru ini disebuah pulau peranginan. Mungkin sekadar kawan biasa je kot.

Wah hadiah istimewa Che Ta untuk Zain..

Baru-baru ini berlangsungnya satu majlis harijadi ke-31 Zain Saidin yang berlangsung di Flora Terrace, Hampshire Place dengan bertemakan Glam Black dan dihadiri oleh teman rapat dan ahli keluarga.

Paling istimewa adalah hadiah daripada isteri Zain, Rozita Che Wan iaitu pakej menunaikan fardhu umrah yang bakal dilakukan pada 25 Februari ini (esok).
"Kami akan pergi berdua ke sana. Ia umrah pertama saya dan isteri saya sudah beberapa kali mengerjakan umrah," -Zain

Kekasih baharu Uqasha Senrose anak kepada hartawan? (7 gambar)

Pelakon cantik, Uqasha Senrose kini digosipkan menjalinkan hubungan dengan seorang anak bergelar hartawan tempatan. Gosip ini timbul apabila sebuah akbar mingguan pada hari Ahad lalu mendakwa yang Uqasha pernah keluar bersama orang itu.

Sekitar pernikahan Zul Huzaimy, Ernawati (22 gambar)


Tahniah! Inilah dia hari yang sangat dinanti oleh Zul Huzaimy dan juga Nur Ernawati untuk diikatkan sebagai pasangan suami isteri yang sah yang berlangsung pada 20 Februari yang lalu.

Turut hadir anak sulung Zul, Awal Haziq. Zul menjadi duda sejak tahun 2010 yang lalu kerana bercerai. -gambar lookitlove.com

Komen Ashraf mengenai gosip Dayana hamil anak sulung

Dengar cerita yang isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana hamil anak sulung. Ini di andaikan pelbagai pihak apabila status Dayana pada Instagram miliknya di salah ertikan.

"Selamat tinggal Ramadhan =( Ya Allah..Izinkan kami bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan..InsyaAllah.. #Happy3rdAniversarysayang #satusyawal #throwbacktigatahunlepas Tq sayang @ashrafmuslim for being there through thick and thin.. Tq @wansakinah for understanding me n being the best ibu for Sarah Ashraf Tq ayah ,mak, mertua and my siblings for supporting me all this while..love u guys soo much.. Doakan Sarah Ashraf dapat adik baru tahun ni..InsyaAllah..amiin.. Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.." petikan caption Instagram Dayana


Namun Ashraf yang memetik portal MediaHiburan menyangkal perkara akhir tahun lalu itu dan mahu mendoakan agar isteri pertamanya itu hamil kelak.
"Isteri saya, Dayana belum hamil lagi. Doakan sahaja. Pada saya blog-blog hiburan yang ada sekarang ini senang sahaja buat cerita. Itu yang dinamakan fitnah bila menyebarkan sesuatu yang tidak benar." -Ashraf

Red Carpet di Anugerah MeleTOP ERA (31 gambar)

Isnin, 23 Februari 2015

Jom layan fesyen dan barisan selebriti yang hadir di karpet merah untuk acara Anugerah MeleTOP ERA (AME 2015) yang bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu. -gambar Rotikaya

Zero dituduh berlagak?

Nama Zero kini kian popular dimana mereka sudah menjadi juara bagi program realiti Maharaja Lawak Mega 2014 yang lalu. Namun ada dengar kata-kata yang kurang tidak senang buat mereka dilemparkan.

Memetik portal Utusan, gosip ini timbul apabila seorang pengurus sebuah acara mendakwa yang mereka kini berlagak. Ini berikutan sejak menjadi juara, mereka sepertinya susah untuk berurusan.

Sebelum ini, pengurus berkenaan ada berurusan dengan mereka untuk sebuah acara, namun belum ada kata sepakat atau persetujuan yang dibuat.

Tidak dipastikan silap siapa disini, harap ianya cuma salah faham kecil. Mungkin Zero ada perancangannya yang tersendiri selepas ini.

Zack X-Factor selamat berkahwin (10 gambar)

Mengikut sebuah portal gosip tempatan, khabarnya pelakon Zachary atau nama popularnya Zack X-Factor telah selamat berkahwin dengan pasangannya, Jeniffer Caterina Gilbert.

Kemungkinan mereka kahwin pada Tahun Baru Cina yang lalu yakni 20hb Februari yang lalu. Tahniah buat kedua-duanya.

Lisa Surihani hamil anak kembar?

Ramai yang dah mengetahui yang Lisa Surihani kini hamil anak sulung hasil perkahwinnnya dengan Yusry. Namun ramai tidak tahu Lisa hamil anak tunggal atau kembar.

Memetik portal Utusan semalam, Lisa difahamkan hamil anak kembar. Hal ini dikatakan disembunyikan atau dirahsiakan daripada pengetahuan umum, dan hanya pihak terdekat sahaja yang tahu.

Dalam hal lain menyebut, ada gosip yang mengatakan Lisa dan Yusry menggunakan kaedah tabung uji IVF dalam usaha mendapatkan anak mereka ini. Namun gosip ini sepertinya sangat liar dan tidak berasas.

Jika benar, mungkin usaha mereka itu patut disokong disebabkan ianya tidak bercanggah pun dengan agama Islam dan sistem perundangan negara.

Tarikh pernikahan Amir Raja Lawak..

Amir Raja Lawak akan menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya, Nur Intan Syafinaz dengan memilih tarikh 15 Mac ini dimana majlis resepsi diadakan selepas solat Asar di kediaman tunangnya di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Memetik portal mStar, Amir sudah mengedarkan kad jemputan perkahwinan mereka dan menjangka hampir 500 orang akan menghadirinya.

"Alhamdulillah semuanya sudah hampir siap bagi saya pihak lelaki tidak banyak yang perlu disiapkan cuma dulang hantaran dan duit kenduri sahaja.

"Kami belum buat keputusan nak beri berapa dulang kerana saya dengar ibu saya ingin buat penambahan lagi," -Amir
Amir turut memberi wang hantaran sebanyak RM13,000 kepada pihak pengantin perempuan.

Surat panas peminat kepada Sepahtu!

Ahad, 22 Februari 2015

Selepas Nabil, kali ini giliran kumpulan Sepahtu pula mahu menarik diri dari terus menyertai Maharaja Lawak Mega pada edisi akan datang.

Sepucuk surat dikirimkan yang didakwa seorang peminat MLM sejurus selepas Sepahtu mengumumkan persaraan tersebut. Surat itu berbunyi begini:

Surat mana ada bunyi, tetapi sebaliknya surat itu ditulis begini:

Kehadapan Sepahtu,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana akhirnya awak berdua mengambil keputusan untuk bersara dari Maharaja Lawak Mega di tahun-tahun mendatang. Saya memikirkan pada mulanya, mungkin saudara berdua bercadang nak buat kumpulan susulan Sepahtigasuku, atau mungkin kumpulan baru Bersepah-sepah selepas tak menang di Maharaja Lawak Mega tempohari. Nasib baik sangkaan saya meleset, seperti melesetnya ekonomi negara dan politik tempatan masa kini.

Namun begitu, ITU JE? Begitulah reaksi saya bila membaca berita yang ditulis di Rotikaya.com semalam.

Ya, ITU JE KE? (sound efek suara bergema di sini)

Sepahtu,

Selain dari bersara dari Maharaja Lawak Mega yang akan datang, saya juga mencadangkan awak berdua:

1. Bersara terus dari dunia lawak secara keseluruhan. Bila Sepahtu buat lawak, saya tengok orang lain semua ketawa begini:

“Hahahahahahahah kahkahkahkahakah adoyai kelakar betul. Fazura bagi lima bintang. Haahahahahahah”

tapi saya cuma mampu gelak satu harakat saja. ‘Ha’. Kadang-kadang ‘heh’.

Dengan kata lain, Sepahtu, awak tak kelakar.

2. Berdasarkan rupa paras dan bakat yang awak berdua ada, saya cadangkan supaya awak berdua masuk uji bakat menggantikan tempat peragut yang kerjanya hanya meragut Wan Maimunah. Bosan juga tengok peragut yang sama.

3. Bersara dari dunia hiburan secara keseluruhan. Kalau dah bersara dari dunia lawak, apa lagi yang tinggal selain menyanyi dan berlakon. Nak menyanyi, mampu ke awak lawan penyanyi hebat seperti Jaclyn Vector, Hafiz Suaip, kumpulan Fourteen, dan Siti Norhaliza? Tak mampu kan? Nak berlakon…. lakonan awak ok sikit je dari lakonan kayu Lisa Surihani. Dah tiada tempat untuk awak dalam dunia hiburan ni. Tumpukan saja pada menjadi ayah/suami/abang/anak/teman lelaki/ketua kaum yang baik. Ok?

Diharap, sekiranya Sepahtu menerima cadangan kami ini, berbaloilah bagi mereka yang melanggan Astro Warna untuk tengok Maharaja Lawak Mega tahun hadapan. Dapatlah mereka ketawa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, bukan gelak paksa dek kerana dah bayar bil Astro bulanan; rugi pulak kalau tak gelak.

Atau Sepahtu boleh mohon menjadi penulis laman web yang popular masa kini, Seterika macam tu nama laman web tu (tak ingat). Mereka pun tak kurang kelakar hambarnya.

Sekian, pecah cawan pegawai tadbir, kalau berkenan silalah share.

Gossip: Zul Ariffin dituduh berlagak, sombong!

Jumaat, 20 Februari 2015

Dengarnya pelakon Zul Ariffin didakwa berlagak dan sombong. Ini didakwa atas sendiri oleh Zul memetik portal Utusan, dimana dia kerap menolak permintaan pelbagai pihak untuk hadir ke mana-mana majlis.

Zul terpaksa menolak kerana undangan yang diterimanya hampir kesemuanya adalah 'merepek' dan tiada kena mengena dengan dirinya.
“Kebanyakan undangan yang diterima langsung tidak boleh diterima akal. Saya beri contoh, jemputan untuk majlis memperkenalkan kasut wanita?

“Tentu sekali undangan seumpama itu tidak saya terima kerana tidak ada kena mengena dengan kerja saya malah langsung tidak sesuai dengan saya,”

“Sebenarnya saya sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai cerita yang ditokok tambah apabila nama sedang berada di puncak,”
Zul juga menafikan yang dia enggan beramah mesra dengan peminatnya.
“Dakwaan mengatakan saya sombong tidak benar. Sejujurnya saya menghargai kehadiran mereka (peminat), " -Zul

Azwan Ali report polis isu sabun Jaafar Onn

Azwan Ali menegaskan menjadi mangsa jenayah siber dan menafikan telah memuat naik foto Jaafar Onn sendang mandi buih sabun. Sehubungan itu Azwan atau lebih dikenali sebagai diva AA, telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada petang Rabu.

Azwan membuat laporan polis ke atas pihak berkenaan berhubung gambar pelakon Jaafar Onn yang dikaitkan dengan dirinya.
"Saya tidak pernah memuatnaik foto pelakon tersebut di instagram , twitter serta blog milik saya. Apa yang boleh saya katakan saya telah menjadi mangsa jenayah siber.

"Saya tidak tahu apa motif pihak yang tidak bertanggungjawab itu berbuat demikian dan saya juga tidak tahu bagaimana mereka melakukannya.

"Apa yang boleh saya katakan, ini adalah satu fitnah yang sengaja dilakukan untuk mengaibkan diri saya. Disebabkan itu saya telah membuat laporan polis. Berani kerana benar dan takut kerana salah," katanya.
Tambah Azwan, dia tidak akan teragak-agak untuk menyaman pihak tidak bertanggungjawab yang telah mencetuskan jenayah siber tersebut.

Terdahulu, Azwan Ali telah membuat dakwaan disihir seorang selebriti tua dan lembut menerusi program hiburan Melodi.

Bagaimanapun kenyataannya itu telah dimanupulasi oleh pihak tertentu dengan mengaitkan dakwaan Azwan dengan pelakon Jaafar Onn sehingga tersebarnya foto yang kononnya dimuatnaik oleh pengacara sensasi tersebut.
"Saya tidak pernah sebut siapa artis tua dan lembut itu dan saya juga tidak boleh halang masyarakat luar daripada membuat sebarang spekulasi. Itu hak mereka," katanya lagi memetik portal Murai.

Pra perkahwinan Zul Huzaimy, Ernawati (12 gambar)

Rabu, 18 Februari 2015


Gambar ini adalah pra perkahwinan Zul Huzaimy dengan bakal isterinya, Nur Ernawati. Mereka akan diijabkabulkan pada Jumaat ini, 20 Februari.

Anak sulung Zul juga turut bersama menjadi orang ke-3 di dalam foto berkenaan.-gambar lookitlove.com

Siti Nurhaliza wanita ke-3 terkaya dengan aset berjumlah...

Dato' Siti Nurhaliza yang pernah memenangi 200 anugerah tempatan dan pelbagai anugerah luar semenjak menjadi anak seni, kini dikhabarkan dimana dia adalah wanita ke-3 terkaya di Malaysia dengan anggaran aset yang dimilikinya kini berjumlah RM50 juta menerusi portal savemoney.com.

Dengan label sebagai penyanyi no.1 Negara, Siti juga mempunyai perniagaannya sendiri yang dinamakan sempena namanya, SimplySiti.

Jaafar Onn = bapok tua tidak sedar diri

Jaafar Onn Bapok Tua Tak Sedar Diri - Azwan Ali
Azwan Ali menerusi akaun Twitternya pada Isnin telah memuat naik beberapa keping foto pelakon Jaafar Onn sedang mandi buih.

Menurut sumber yang mengirimkan foto-foto Azwan ‘menyerang’ Jaafar kepada Astro Gempak semalam, Azwan pada mulanya dilihat memuat naik tiga keping foto Jaafar di akaun twitternya namun telah memadam dua daripadanya.

Liza Hanim hamil anak ke.... (gambar scan)

Tahniah juga diucapkan kepada penyanyi, Liza Hanim yang dikhabarkan kini hamil anak ke-4 dimana usia kandungannya itu kini adalah 11 minggu atau nak masuk 3 bulan sudah.

Semalam Liza Hanim telah memuatkan status serta gambar tentang berita kehamilan serta kandungan bayinya menerusi laman sosial instagramnnya, @lizahanim1979 semalam.

Tahniah, Elly Hamil anak sulung

Memetik portal MediaHiburan, Elly Mazlein kini disahkan hamil anak sulung. Ini dibuktikan lagi dengan text yang diberikan oleh Elly melalui perisian Whatsapp dan gambar imbasan scan.

"Assalamualaikum sayang, alhamdulillah akak 'pregnant'. 'Gestational age' satu bulan dua minggu. Doakan akak ya," ujarnya ringkas kepada Media Hiburan.

"Jantina anak memang belum boleh tahu lagi. Tapi akak tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Asal sahaja anak dalam kandungan sihat dan selamat," _Elly

Rita Rudaini terima SMS rindu seseorang!

Selasa, 17 Februari 2015

Rita Rudaini kini sudah ada teman istimewa ke? dengarnya satu screen shoot SMS yang dilampirkan ke dalam laman Instagram miliknya menjadi perbualan hangat apabila ada seseorang rindu pada dia.

Mungkin SMS berkenaan adalah sangat penting sehinggakan Rita memberitahu kepada followernya di Instagram. Namun ianya seperti teka teki yang tidak diketahui siapa orangnya.

Semestinya nama bekas suami, Aidil tetap dikaitkan dengan ‘watak misteri’ itu namun kebenarannya hanya Rita sahaja yang tahu.

Komen Nora Danish video IS Malaysia papar wajahnya!

Agak mengejutkan apabila gambar Nora Danish dijadikan bahan ugutan yang dibuat oleh kumpulan yang didakwa IS Malaysia. Nora yang dikhabarkan berita itu agak terkejut dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

Tidak diketahui apa tujuan mereka menayangkan gambar Nora berkenaan, adakah sangat meminati Nora atau sebaliknya yakni tidak mahu artis menanyangkan aurat mereka.

Eizlan, Vie Santie sah cerai talak satu!

Rumah tangga yang dibina pelakon Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun selama tujuh tahun akhirnya musnah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu.

Perceraian mereka disahkan oleh Makamah Syariah Gombak Timur, Ampang pada Isnin, semalam. Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.

Vie Santie selaku plantif juga bersetuju tidak akan membuat tuntutan mutaah manakala nafkah edah pula akan diberikan mengikut budi bicara Eizlan.

Tahniah! Almy Nadia selamat lahirkan baby girl (gambar)

Tahniah kepada pasangan selebriti, Almy Nadia dan Fizz Fairuz dimana Almy selamat melahirkan anak sulung mereka semalam. Anak sulung berjantina perempuan itu dilahirkan di Hospital Columbia, Setapak sekitar 6.49 petang, 16/2/2015.

Bayi perempuan itu seberat 3.25kg, namun nama dan wajahnya tidak didedahkan kepada umum lagi menurut ayahnya, Fizz.

Gambar siapa ni? isteri dia cantik sangat (20 gambar)

Isnin, 16 Februari 2015

Gambar Adiela Safiyanni, Isteri Pemandu Lori
Kisah seorang wanita cantik bersama seorang lelaki biasa-biasa yang bekerja sebagai pemandu lori telah tersebar luas dan menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Wanita ini merupakan seorang model beberapa jenis tudung. Apa pun, mari kita saksikan beberapa gambar isteri pemandu lori, Adiela Syafiyanni yang dipaparkan di bawah ini buat tatapan anda.

Video sangat romantik dari Yana Samsudin, Fadzil

Inilah video hasil pengantin baru Yana Samsudin & Fadzil Zahari yang dikatakan cukup menyentuh hati dan perasaan.

Paling mengharukan bila sampai part Fadzil pesan pada Yana supaya menjadi isteri yang mendengar kata. Yana pula berharap dia mati dulu sebelum Fadzil kerana tak sanggup kehilangan orang yang disayangi.

Bayi comel anak kepada Ana Raffali (gambar)

Gambar Bayi Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah

Hari Khamis yang lalu, Ana Raffali selamat melahirkan anak lelaki sulung dia dengan suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah yang mendirikan rumahtangga pada Februari 2012 yang lalu.

Ana memberitahu berita baik itu di laman sosial Instagramnya semalam. Tambah Ana, bayi lelaki itu dilahirkan secara normal.

Rita Rudaini sedih anaknya diganggu?

Berita Rita Rudaini Mengamuk Bila Tahu Aidil Dapat Baby Baru
Dengarnya Rita Rudaini mengamuk apabila mendapat tahu yang Aidil Zafuan bergelar ayah, dimana isterinya Zarema telah melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup comel.

Melihat status Rita di laman sosialnya, sepertinya Rita agak tidak berpuas hati dimana keluarga bekas suaminya itu, dikatakan menyibuk dan menganggu emosi anak-anaknya.

Punca Sarimah Ibrahim cerai dengan Adrew

gambar nourarahmat fg

Rasanya ramai yang dah tahu Sarimah Ibrahim yang pernah berkahwin dengan jejaka kelahiran Australia, Andrew John Browning telah sah bercerai.

Mereka berpisah secara baik dan sah setelah diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah beberapa hari lalu. Sebelum itu, Andrew sudah melafazkan cerai di kediaman mereka sekitar bulan Mei 2009 yang lalu.
“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009″

“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh. “Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan,” -Sarimah petikan Hmetro.
Sarimah bakal mendirikan rumahtangga semula dengan pasanganya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April ini.

TMJ guna 'haha' untuk kenyataan rasmi

Sabtu, 14 Februari 2015

Apabila TMJ Guna`Haha’ Dalam Kenyataan Rasmi

Buat julung kali, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggunakan perkataan `haha’ yang sering digunakan oleh masyarakat sebagai ayat ketawa dalam kenyataan rasmi baginda semalam.

TMJ menggunakan ayat itu sewaktu membuat kenyataan terhadap pihak yang sentiasa memandang negatif terhadap pembangunan bola sepak Johor termasuk yang gembira dengan kekalahan Harimau Selatan dalam aksi kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) baru-baru ini.

Sekitar pernikahan Yana Samsudin, Fadzil Bahri (60 gambar)


Dengan sekali lafaz, pelakon Norliana Bt Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin telah sah menjadi isteri kepada Fadzil Bahri B Dato Dr Zahari sebentar tadi di kediaman keluarga pihak perempuan di Yong Peng, Johor.

Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran sebanyak RM50,000. Pihak lelaki menyediakan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh hantaran daripada pihak perempuan.

Pernikahan ini disempurnakan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalaris B Abd Hamid. Majlis ini diadakan secara sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga, sanak saudara, kenalan rapat dan wartawan sahaja.

Manakala majlis persandingan pasangan ini akan diadakan secara besar-besaran pada esok di Dataran Gemilang Yong Peng.-info MediaHiburan | gambar Facebook Fadzil Zahari

Punca sebenar Saiful Apek enggan sertai MLM

Jumaat, 13 Februari 2015

Punca sebenar mengapa pelawak lagenda, Saiful Apek enggan menyertai MaharajaLawak Mega musim hadapan yang ditawarkan kepadanya walaupun program berkenaan memberikan hadiah cukup lumayan dalam sebuah pertandingan program realiti.
"Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?

Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut... cukuplah tu,"
Saiful juga mengulas perbezaan pelawak sekarang dan dahulu ketika zaman-zaman Senario.
"Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu... kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.

"Sekarang buat show lima minit sahaja dah boleh dapat RM500,000. Namun, apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai," -Saiful Apek petikan portal mStar

Adik perempuan kembar Scha al Yahya (gambar)


Gambar Adik Perempuan Kembar Scha Al-Yahya
Scha Al-Yahya sebenarnya mempunyai seorang adik perempuan kembar yang hampir sama dengan raut wajahnya tetapi berbeza ketinggian dan cara senyuman diantara mereka berdua.

Apapun, mari kita lihat gambar adik perempuan kembar Scha Al-Yahya yang dipaparkan di bawah ini, seiras atau tidak.

Punca sebenar Syaiful Melati tunda perkahwinan!

Difahamkan salah seorang ahli kumpulan pelawak Zero, Syaiful akan menangguhkan proses untuk berumahtangga aka kahwin dengan pasangannya.

Keputusan Syaiful atau panggilan Melati itu dibuat adalah dasar kerjaya atau kemungkinan mendapat pelbagai tawaran.

Namun ramai yang terkilan, kerana hasrat Syaiful itu seharusnya dibuat terlebih dahulu, kerana itu adalah niat pertama mereka dan tidak menjadi kesalahan jika sudah berkahwin dan kekal sebagai seorang pelawak.
Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu. Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu…Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu. -Syaiful

Apa yang tak kena dengan gambar Hisyam Hamid, isteri ni?

Jika selalu kita melihat ramai selebriti di kalangan golongan wanita bertudung, namun kali ini isteri kepada pelakon Hisyam Hamid yang juga pelakon drama Ariana Rose dan Cinta Ibadah dikhabarkan telah berhijab.

Isteri beliau, Mel mengakui yang dia mengenakan hijab baru-baru ini dimana terjadi sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.

“Betul, itu adalah penampilan terbaru saya yang mana mula mengenakan hijab semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura. Alhamdullilah niat saya ini dipermudahkan oleh Allah”

“Bukan paksaan daripada sesiapa tetapi ia datang dari diri sendiri. Suami sangat gembira melihat perubahan dan penampilan baru saya,” Mel petikan MediaHiburan

Sekitar resepsi Leez Rosli, Aepul (13 gambar)

Mari layan gambar resepsi pelakon, Leez Rosli dan Aepul (Drama Band) yang berlangsung beberapa hari lalu. Mereka sebenarnya sudah bergelar suami isteri pada bulan Disember 2014 lagi.