Zahirah Macwilson dipanggil sial sebab..

Pada: Selasa, 8 Disember 2015
Kasihan juga melihat nasib Zahirah Macwilson apabila dia digelar sial, perampas dan lain-lain lagi sejak menjalinkan hubungan dengan Zul Ariffin. Zahirah mengulas lanjut mengenai hal itu dengan rasa sedihnya dan mahu berdiam diri selepas ini.

“Saya tidak mahu nampak menunjuk atau meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan kesan cakar penculik di lengan dalam Instagram sebagai bukti membela diri. Begitu juga kisahnya gambar-gambar Ayda dipadam di Instagram Zul. Itu semua hak Zul bukan atas arahan saya, tapi entahlah, semuanya salah saya.

“Apa sahaja kenyataan saya, mereka (pembenci) akan tukarkan ia menjadi negatif. Jadi, lebih baik sekiranya saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Mula-mula, saya sedih juga baca komen-komen pembenci”

“Sebagai contoh ada yang kata saya sial, sengaja mencederakan diri dan sebagainya. Kalau boleh, saya tidak mahu kontroversi yang terjadi menggugat minat saya untuk terus berlakon,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..