Suami Hanez Suraya tak benarkan bekas isteri jumpa anak-anak?

Pada: Selasa, 1 Disember 2015
Ingat lagi tak gosip antara Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan yang begitu panas suatu ketika dahulu? Sampaikan ada 'press conference' bagai. Siapa yang tidak ingat, terutamanya kepada ahli kelab anti pencaras. Bukanlah nak diungkit atau sengaja nak 'provoke', masing-masing dah mulakan hidup baharu pun, tetapi timbul cerita bahawa Hanez Suraya dan Romie tidak membenarkan Liyana Manan (bekas isteri) berjumpa anak-anaknya.


Semuanya terbongkar apabila Liyana Manan telah memuatnaik status bahawa beliau sangat gembira apabila terserempak dengan anak-anaknya di pusat beli belah baru-baru ini. Liyana Manan mengakui teramat rindukan anak-anaknya setelah berbulan-bulan tidak berjumpa. Apabila membaca luahan hati Liyana Manan, hati mana yang tidak sayu. Sedangkan seharian tidak berjumpa anak pun ada ibu yang boleh sasau, inikan pula berbulan-bulan, sedangkan mereka bukannya tinggal berjauhan antara satu sama lain. Dengar khabarnya, Romie tidak membenarkan Liyana bertemu dengan anak-anaknya dan atas alasan apa, tidak dapat dipastikan.

Berbalik kepada insiden terserempak anak-anak Liyana bersama-sama Romie dan Hanez Suraya, anak-anaknya pada ketika itu seperti tidak 'excited' sebagai mana Liyana, mungkin juga kerana tidak berjumpa berbulan-bulan lamanya. Anak kedua Liyana pula dikhabarkan seakan-akan tidak mengenali Liyana sebagai ibu kandungnya dan bersembunyi di belakang Romie. Hanez Suraya pula dikhabarkan seperti tersenyum sinis, tak tahulah kebenarannya. Kasihan Liyana Manan. Sudahlah kisah sensasinya dipaparkan di media ketika itu, menangis di kaca televisyen, hilang suami, takkanlah anak-anak pun tidak dapat berjumpa? -sumber Forum Cari

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..