Siti Nordiana mohon maaf setelah menjadi juara..

Pada: Jumaat, 18 Disember 2015

Siti Nordiana mohon maaf
Juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana, 31, atau Nana, meminta maaf atas kegagalannya menjawab panggilan telefon atau membalas mesej ucapan tahniah yang diberikan kepadanya berikutan kemenangan yang diraihnya malam tadi.

Sepanjang minggu ini, jadual seninya padat dan masih belum sempat untuk berehat setelah mengharungi minggu yang meletihkan demi menjayakan pentas akhir Gegar Vaganza.

“Hari ini dan esok saya perlu menghadiri sesi rakaman beberapa program terbitan Astro. Seharian saya berada di sini untuk menjayakannya. Nak bercakap pasal letih, memang tak terkata. Tak nak mengeluh, takut nanti dikata tak bersyukur.

“Sejak malam tadi, telefon saya tidak berhenti berdering. Beribu-ribu mesej dan panggilan diterima. Hanya boleh menjawab jika berkelapangan. Jadi, minta maaf sangat-sangat kepada ahli keluarga, peminat, rakan media atau sesiapa sahaja yang telah menghubungi tetapi tidak dibalas oleh saya,” katanya memetik portal Utusan

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..