Sekitar resepsi Mila AF (73 gambar)

Pada: Isnin, 21 Disember 2015
Majlis Persandingan Juara Akademi Fantasia Kelima (AF5), Norsyarmilla Jirin bersama pasangan, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, berlangsung penuh meriah di Dewan Mutiara Hotel TH, tengah hari semalam.

Majlis itu dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk sanak saudara, kenalan dan peminat yang tiba seawal jam 10 pagi untuk menyaksikan pasangan pengantin. Mila, 28, dan suami, Ahmad Ailis, 36, yang tiba di dewan kira-kira jam 2 petang menaiki kereta mewah, disambut paluan kompang dan penari kebudayaan Seri Lembayung Sari.

Pasangan itu sebelum ini diijabkabulkan di Kuala Lumpur 11 November lalu. Ahmad Ailis menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,001 berserta wang hantaran RM23,128.70 dengan pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan. -Bharian | gambar Instagram Mila_jirin

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..