Punca Sharifah Haslinda menarik balik fail perceraian dengan Datuk Seri

Pada: Jumaat, 4 Disember 2015
Sharifah Haslinda semalam menarik balik fail perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Reezal Merican di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Namun kedua-duanya tidak hadir ke mahkamah tersebut dan hanya diwakili oleh peguam mereka.

Peguam Sharifah, memaklumkan, anak guamnya berhasrat untuk menarik balik permohonan cerai itu kerana sedang meneruskan perbincangan lanjut dengan defendan (suami).

Sebelum itu, Sharifah Haslinda memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 1 Oktober lalu.

Pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Lynn mendirikan rumah tangga dengan ahli Parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua dan dikurniakan empat cahaya mata.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..