Neelofa dedah rahsia menjadi jutawan muda..

Pada: Khamis, 31 Disember 2015

Neelofa kongsi tips jadi jutawan
Media antarabangsa BBC baru-baru ini melaporkan, jenama tudung miliknya sekeluarga, Naelofar Hijab meraih jualan RM50 juta tahun 2015, dua kali ganda jumlah sasaran asal.

Baru berusia 26 tahun dan bergelar jutawan muda, pelakon Neelofa berkongsi tips untuk menjadi usahawan berjaya di usia belum mencecah 30-an.

Mengenakan harga tidak melebihi RM100 setiap satu produk, Naelofar Hijab bukan sahaja memiliki 700 pengedar seluruh Malaysia, malah di Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda, dan Amerika Syarikat, selain menguasai pasaran tudung di Internet.


“Mulakan dengan mimpi. Ya, bermimpilah!

“Kalau tiada mimpi, memang susah hendak memulakan sesuatu. Apa juga yang kita buat tanpa mimpi dan matlamat yang jelas, ia tidak akan menjadi sebab kita tiada fokus kepadanya,

“Saya selalu berkongsi hal berkaitan bisnes di Facebook, Twitter dan Instagram dan ia mendapat sambutan.

“Secara tak langsung pengikut saya akan tahu bagaimana cara saya bekerja.

“Saya rasa dengan cara itu saya boleh memberi semula kepada masyarakat dan ia sesuatu yang membahagiakan,” kata Noor Neelofa Mohd Nor dipetik laporan Utusan Malaysia

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..