Lebih senang buat konsert dari kahwin - Rossa

Pada: Selasa, 29 Disember 2015

Rossa kata buat konsert lagi senang dari berkahwin
Sudah pun berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2009, sehingga kini Datuk Rossa masih belum dilihat berjumpa pengganti malah dalam masa yang sama mengakui tidak tahu bilakah dirinya mahu berkahwin lagi.

Biarpun banyak gosip timbul dengan beberapa lelaki namun belum ada pengesahan bilakah mahu bergelar isteri semula lapor sebuah blog tempatan.
“Saya sendiri ngak tahu bilakah mahu berkahwin lagi. Sebenarnya, lebih mudah membuat persembahan konsert berbanding memilih calon sesuai untuk berkahwin. Dalam hal ini, saya tidak mahu terburu-buru buat keputusan. Urusan jodoh saya serah pada takdir menentukannya”

“Saya harap, jodoh itu hadir pada waktu yang tepat dengan calon yang juga tepat,” kata Rossa menjelaskan situasinya ketika ini.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..