Isu masuk Islam, ini komen Marsha Londoh

Pada: Ahad, 6 Disember 2015

Isu peluk Islam, ini komen Marsha Milan Londoh
Marsha Milan Londoh enggan mengulas lanjut tentang khabar angin bahawa dia telah memeluk agama Islam.
“Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya.

“Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Tetapi sudah tentu setiap doa daripada peminat dan orang di sekeliling sangat membantu. Saya sangat menghargai kebaikan orang yang sentiasa berdoa buat diri saya,” ujarnya memetik laporan Kosmo!.

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..