Inilah sebabnya kenapa Adira kahwin dan sanggup menjadi madu...

Pada: Rabu, 23 Disember 2015
Adira mengakui yang dia sudah berkahwin dan menjadi isteri ke-2 kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu, 37 di Songkhla, Thailand awal bulan Disember.

Mereka bernikah disana kerana atas sebab kesukaran urusan dokumentasi di negara ini memetik portal Utusan.

“Kami mengambil keputusan bernikah selepas hanya tiga ming­gu berkenalan. Jadi, agak sukar bagi pihak saya dan suami untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia, apatah lagi perkahwinan kami membabitkan poligami.

“Cara terbaik adalah berkahwin di negara jiran. Ya, saya kini sudah menjadi isteri orang dan status sebagai isteri ke­dua tidak memberi masalah kepada diri saya,”

“Sekarang ini, setelah lebih tiga minggu berkahwin, saya ambil keputusan untuk umumkan cerita sebenarnya bahawa memang benar saya sudah berkahwin. Saya tidak kisah dengan apa juga tanggapan orang kerana apa yang penting perkahwinan kami ini mendapat restu daripada seluruh keluarga.

“Saya pilih untuk menunggu pihak satu lagi (suami) yang bersuara dahulu. Dan bila sudah dapat lampu hijau daripada suami, saya kongsi perkara ini dengan semua orang,

“Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin dan menjadi isteri kedua kerana patah hati dengan apa yang berlaku sebelum ini. Soal putus tunang itu persoalan lain dan saya tidak lagi mengingatinya. Saya yakin ini jodoh yang sudah ditentukan dan saya terima dengan hati yang terbuka meskipun perkenalan dengan suami amat singkat sekali,” katanya.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..