Inilah dia tunang Sheila Abdull (2 gambar)

Pada: Rabu, 23 Disember 2015
Penyanyi Sheila Abdull, 27, selamat melangsungkan pertunangan dengan anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir, 26, pada 20 Disember lalu di Taman Ihsan Jaya, Johor Bahru.

"Mengikut perancangan, kami akan bertunang selama setahun. Panjang jodoh dan umur, kami akan berkahwin selepas tempoh itu.

"Majlis perkahwinan kami juga akan diadakan di Johor Bahru berikutan ramai sanak-saudara saya yang tinggal di sana. "Majlis di pihak lelaki pula mungkin dilangsungkan di ibu kota kerana kebanyakan keluarga bakal suami berada di Kuala Lumpur,"

"Walaupun Ammar muda setahun daripada saya, dia sebenarnya sangat matang," kata Sheila petikan Bharian

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..