Hanez selamat melahirkan anak

Pada: Rabu, 30 Disember 2015
Pelakon, Hanez Suraya selamat melahirkan cahaya mata sulung bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam tadi.

Bayi perempuan hasil perkongsian hidup dengan Romie Razin Adilha sejak Mac lalu dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Syukur Isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami. Bayi ini dilahirkan secara normal. Keadaan isteri saya pun okay," kata suami Hanez, Romie memetik Bharian.

Hanez turut rapat dengan dua anak Romie hasil perkahwinan pertamanya dulu.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..