Fazura bakal bertudung?

Pada: Sabtu, 26 Disember 2015

Terkenal kerana ‘kimK’, wanita ini teringin jadikan Fazura model tudung

Vii Narza, nama Nur Atiqah Annuar di akaun Instagram, kini menyimpan impian menjadikan pelakon Nur Fazura sebagai duta perniagaan tudungnya lapor The Malay Mail.

Bekas pramugari itu mengakui isu #kimK yang menimpa dirinya beberapa minggu lalu sedikit sebanyak memberi hikmah dan rahmat yang baik kepada publisiti perniagaan tudungnya yang dibina kecil-kecilan sejak 2008.


“Kalau ditakdirkan saya berjaya dan dapat butik sendiri, kenapa tidak kalau saya ambil Fazura jadi duta saya?

“Apa salahnya sebab semua orang nak jadi macam Fazura, dia sangat cantik.

“Saya memang tak ada masalah, sebab saya memang peminat dia dan jujur saya impikan dia dapat pakai tudung rekaan saya.

“Kalaulah betul dia pakai, saya sangat gembira sebab kita [bersama Fazura] dapat bekerjasama dengan baik,” kata
 Vii Narza teringin ambil Fazura jadi model tudung

Pada awalnya hanya diikuti 366 orang, dalam tempoh beberapa hari sahaja, Atiqah menerima lebih 27,000 rakan maya atas simpati ramai. Kini, pengikutnya di media sosial itu lebih 30,000 orang.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..