Betty Benafe selamat melahirkan anak (2 gambar anak)

Pada: Rabu, 16 Disember 2015
Betty Banafe, melahirkan anak keduanya jam 3 pagi semalam di Hospital Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Bayi lelaki seberat 3.3 kilogram yang diberi nama Bruce Dean Dargus itu dilahirkan secara normal.


"Alhamdulillah proses kelahirannya sangat mudah dan lancar. Semuanya dipermudahkan. Nampaknya, Julia anak sulung saya sudah ada teman dan adik baharu.

"Tarikh hari (15.12.2015) juga sangat cantik untuk diingati. Harapnya, mereka akan berkawan baik, menyayangi di antara satu sama lain serta menjadi anak yang soleh serta solehah," katanya melalui Instagram miliknya.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..