Bekas isteri dedah sikap, Ezany malu dengan Datin Paduka K tapi...

Pada: Khamis, 31 Disember 2015
Isteri Ezany Nizariff, Lizda Nuryanti dedah cerita sebenar isu curang dan lari bersama lelaki lain
Pelakon Ezany Nizariff mendakwa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin membuat pendedahan kepada media mengenai masalah rumah tangga mereka selepas cinta dia terhadap seorang lelaki ditolak.

Walaupun tidak tahu kenapa pendedahan itu dibuat, namun dia menyifatkan tindakan Lizda adalah lucu dan tidak bijak.


"Setelah lama dia menghilang, tidak hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraan cerai nusyuz, hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan anak sementara, tiba-tiba dia muncul dengan kenyataan media yang kurang bijak.

"Saya tahu dia kecewa apabila lelaki harapan yang kononnya mahu bernikah dengannya meninggalkan dia dan berkahwin dengan orang lain membuatkan dia berani keluarkan kenyataan kepada media memburukkan saya pula,

"Apabila menuduh saya tidak beri nafkah dan majlis kahwin ditanggung oleh dia sepenuhnya, saya tak nampak di mana logiknya itu kerana ketika kami berkahwin, dia tiada duit.

"Kalau saya tak beri nafkah, macam mana dia boleh hidup senang? Takkan setiap kali nak bagi nafkah, saya perlu membuat penyata gaji?

"Bagi saya, senang sahaja, buktikan apa yang dia katakan itu betul. Kerana saya juga ada bukti mengenai kecurangannya itu,

"Jujurnya saya malu dengan dia (Datin Paduka K) kerana dia juga terkena tempias gara-gara masalah saya dan Lizda. Sedangkan kami baru kenal rapat," tuturnya memetik portal mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..