Bekas isteri dedah perangai sebenar Ezany untuk bercerai

Pada: Rabu, 30 Disember 2015
Isteri Ezany Nizariff, Lizda Nuryanti dedah cerita sebenar isu curang dan lari bersama lelaki lain
Selepas lebih setahun diaibkan kononnya dia isteri durhaka dan curang, akhirnya Lizda Nuryanti Abidin membuka mulut dengan mendakwa semua cerita itu hanyalah rekaan suaminya, pelakon Ezany Nizariff.

Lizda, 33, meluahkan panjang lebar punca sebenar kemelut perkahwinannya dengan Ezany sehingga menyebabkan rumah tangga yang dibina pada 1 Julai 2007 itu menanti masa untuk roboh.

Lizda berkata, lebih setahun dia menanggung malu diaibkan suami sendiri kononnya dia lari dari rumah kerana mengikut lelaki lain dan tergamak meninggalkan anak-anak namun cerita itu adalah bohong semata-mata lapor Mstar.

Malah ujar Lizda, sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah bilik selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

“Jujur saya kata, kami hanya bahagia selama setahun sahaja. Selepas setahun perkahwinan barulah saya tahu siapa Ezany sebenarnya. Bayangkanlah, wang perkahwinan sebanyak RM30,000 digunakan Ezany adalah hasil duit simpanan saya. Dia berkahwin untuk mengambil kersempatan terhadap saya.

“Dia juga telah menipu saya dalam urusan bisnes belacan. Akhirrnya dia tuduh saya curang lari rumah ikut lelaki lain tetapi dia tidak ceritakan kisah sebenar apa yang berlaku,” ujar Lizda

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..