Ada ustaz nak lamar Siti Nordiana tapi..

Pada: Khamis, 10 Disember 2015

Jawapan Siti Nordiana sekiranya dilamar lelaki
Mengakui selesa dan bahagia dengan hidup sendiri, Siti Nordiana menjelaskan bahawa belum bersedia untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki walaupun ada yang cuba mengusiknya mengenai perkara tersebut.

“Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang,” kata Siti Nordiana mengulas khabar angin dirisik seorang ustaz lapor Harian Metro.
Jelas Nana, dia ada terdengar daripada kawan-kawan ada ustaz mahu melamarnya tetapi menganggap itu semua hanya gurauan.

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..