Ziela Jalil cemburu komen pengikut Shah Rezza?

Pada: Khamis, 12 November 2015
Pelakon era 80an, Dato' Shah Rezza menjadi rebutan 'ringan-ringan' di Instagram beliau. Tetapi kenapa pula Ziela Jalil yang memberikan komen seperti agak tersentap?

Alkisahnya, terdapat dua pengikut Instagram Shah Rezza yang kelihatan agak obses dan selalu memberikan komen berbaur mesra. Di setiap gambar yang dimuatnaik oleh Shah Rezza pasti ada komen mereka berdua. Disyak mereka adalah orang yang sama tetapi menggunakan nama yang berlainan. Mungkin Ziela juga mengesyaki perkara yang sama, sebab itulah Ziela komen agak sentap sebegitu.

Tetapi jika diikutkan biasalah apabila peminat obses dan memberikan komen mesra dan manja terhadap selebriti yang mereka minat. Ada selebriti yang diobseskan lagi hebat daripada itu. Lagipun Shah Rezza memang masih kacak bergaya walaupun pada usia 54 tahun. Wanita mana-mana pun boleh terjatuh suka. -sumber portal Cari

dan ini komen rata-rata dari pengikut Shah Rezza..



Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..