Scha, Awal ingin tambah anak tahun hadapan tapi nak anak yang...

Pada: Rabu, 25 November 2015
Kini cahaya mata pertama Awal Ashaari dan juga Scha al-Yahya, Lara Alana sudah pun berusia 1 tahun 4 bulan dan pada masa yang sama Scha memberitahu bahawa dia dan suami berhasrat untuk menambah cahaya mata ke-2 mereka sekaligus adik kepada Lara.
“Saya memang nak sangat kehadiran anak kedua. Tetapi waktu kini kena tunggu dahulu, jika ada rezeki alhamdulillah, jika tidak tunggu sahaja sehingga tiba masanya. Sebolehnya waktu Lara membesar ini, saya mahu bersamanya dahulu kerana masih belum puas melihat perkembangannya”

“Tetapi sama sahaja, jika Lara mempunyai adik, mereka boleh bermain bersama. Kalau boleh saya nak kembar (lelaki dan perempuan). Kerana lepas itu mungkin boleh tutup kedai”

“Bagaimanapun, saya dan Awal tidak kisah sebenarnya anak kedua kami lelaki atau perempuan kerana kedua-duanya ada keistimewaan. Jika anak lelaki, nanti besar dia boleh tolong jaga kakaknya, dan jika perempuan pula, boleh bermain masak-masak dengan Lara,” jelas Scha kepada Sinar Harian.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..