Punca Mila Jirin batalkan bulan madu di Turki

Pada: Jumaat, 13 November 2015

Punca Mila Jirin batal bulan madu
Dengar khabar yang pengantin baru, Mila Jirin dan suami, Ahmad Ailis membatalkan percutian atau bulan madunya di Turki yang diidamkan selama ini.

Ini disebabkan kejatuhan nilai Ringgit dan sekaligus membuatkan pasangan ini enggan membazir dengan membelanjakan wang yang berlebihan hanya untuk berbulan madu.

“Saya dan suami merancang mahu berbulan madu ke Turki. Negara itu adalah tempat impian saya sejak dulu lagi.

“Tetapi mata wang negara kita pula kurang stabil dan semua perkara akan jadi mahal jika ke sana sekarang.

“Bagaimanapun, sebelum ke Turki, aaya dan suami mahu membawa keluarga mengerjakan umrah dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..