Panas! Ika AF6 dipukul oleh pengarah drama..

Pada: Selasa, 3 November 2015
Ika Nabella AF6 dikatakan dipukul oleh pengarah untuk drama akasia, Dawai Asmara yang juga dilakonkan oleh Ika sebagai watak utama. Memetik portal Bharian, kejadian itu berlaku siang semalam di set pengambaraan dekat Hulu Kelang.

Ika juga dikatakan mangsa ke-3 selepas dua lagi pelakon sebelum dia juga menerima nasib yang sama. Ika dikatakan ditumbuk di bahagian muka dan badan secara bertubi-tubi.

Difahamkan pengarah terbabit bertindak di luar kawalan itu kerana tidak dapat apa yang diinginkan daripada Ika ketika berlakon. Sumber itu berkata lagi, mulut Ika saat ini tidak dapat dibuka gara-gara akibat pukulan itu.

Ika yang dihubungi menggunakan Whatsapp mengakui kejadian itu.

"Ya, saya memang dipukulnya," katanya ringkas

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..