Mira Filzah, Syarul Ridzwan bercinta? ya ke..

Pada: Sabtu, 14 November 2015

Pengacara cantik, Mira Filzah digosipkan menjadi punca perpisahan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Bagi Mira dia menafikan dia sebagai punca terhadap gosip berkenaan.

Dulu memang ada kaitan diantara Mira dan Syarul dimana dibuktikan beberapa keping screenshot Twitter tahun 2011 yang mereka saling berhubung. Namun itu semua kisah lama yang bagi Mira tidak perlu lagi diungkit kembali.


Namun tidak diketahui adakah kini bunga-bunga mereka dahulu kian berputik. Terasa jejaka diluar sana pasti akan merasa kecewa kan. Keke.

“Saya tidak bercinta dengan Syarul Ridzwan apatah lagi menjadi orang ketiga seperti didakwa. Memang benar kami saling mengenali sejak beberapa tahun lalu iaitu pada tahun 2011. Ketika itu saya masih bersekolah dan dia belum jadi pelakon, namun selepas itu kami tidak lagi berhubung”

“Kami sudah lama tidak berhubung dan bertemu semula baru-baru ini di sebuah majlis, ketika itu saya terkejut juga kerana tidak tahu bahawa dia turut hadir. Selepas itu, ada gambar kami bersama yang diambil peminat dan sejak itu ada pihak yang kurang senang dan mula mencungkil semula kisah lama saya dan Syarul,” -Mira

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..