Mewahkan anak perkara biasa - Rozita Che Wan

Pada: Isnin, 9 November 2015
Memang best jadi orang kaya dan anak orang kaya. Pastinya impian setiap manusia yang mahu kebahagian dari segi material yang bersifat sementara.

Bagi Rozita Che Wan, dia akui yang sering memanjakan dan memewahkan anak-anaknya. Namun bagi dia, ada sebab tersendiri kenapa dia berbuat demikian.

“Semua orang sayang anak dan akan buat apa sahaja demi menggembirakan buah hati mereka. Sama juga dengan saya. Saya akan buat apa yang dirasa boleh gembirakan mereka walau hanya dengan bawa bercuti, anjurkan majlis hari lahir dan hadiahkan mereka sebagai ganjaran atas kejayaan yang diperoleh anak-anak”

“Bagi saya, semua orang akan mewahkan anak-anak dengan cara sendiri. Bezanya, disebabkan saya seorang selebriti dan setiap tindak-tanduk menjadi perhatian, maka perkara ini menjadi isu besar. Walhal, ia perkara biasa”

“Cuma masyarakat di luar sana yang terlalu ‘mengambil berat’ akan perihal kami sekeluarga. Sekarang saya amalkan sikap tidak mahu terlalu berkongsi tentang apa yang saya berikan kepada anak-anak. Lebih-lebih lagi tentang harga seperti rantai Aaisyah,” jelasnya kepada Kosmo!.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..