Ika Nabella - selain tumbuk, kena tarik rambut dan dibaling dengan...

Pada: Jumaat, 13 November 2015
Sebelum ini pendedahan Ika Nabella ditumbuk oleh pengarah, Azma Aizal telah menarik orang ramai ingin mengetahui kisah lanjutan daripada kes itu.

Ika yang memetik portal Murai semalam menambah lagi kes kejadian itu dimana Azma telah membalingnya dengan botol air mineral dan menarik rambutnya ketika set pengambaraan.

Buat masa ini kes ini masih lagi dalam siasatan, samada daripada pihak PDRM atau SENIMAN.

“Second day shooting, bersama dengan pengarah tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya di kedua-dua belah muka saya, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab”

“Seorang lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk saya. Dia stop dan berlalu pergi. Ini adalah kali ketiga saya bekerja dengan pengarah itu. Saya tak pernah ada masalah dengan dia,”

“Lepas dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil video, rakam wajah saya selepas dipukul itu”

“Mungkin betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan. Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya hayati waktu tersebut dengan betul. Dia ada beritahu saya bahawa reaksi macam inilah yang dia mahukan setelah dipukul agar ia nampak lebih ‘real’,” jelas Ika.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..