Ika Nabella perjelaskan kenapa ditumbuk oleh Azma..

Pada: Selasa, 10 November 2015
Penjelasan Ika Nabella Kenapa Dirinya Ditumbuk Oleh Pengarah

Tindakan pengarah, Azma Aizal menumbuk pelakon di bawah arahannya, Ika Nabella telah mengemparkan dunia hiburan tempatan. Sementara itu, Ika yang kini beransur pulih telah memberi kenyataan melalui rancangan Melodi yang disiarkan hari ini.

“Second day shooting, bersama dengan pengarah tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya di kedua-dua belah muka saya, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab”

“Seorang lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk saya. Dia stop dan berlalu pergi. Ini adalah kali ketiga saya bekerja dengan pengarah itu. Saya tak pernah ada masalah dengan dia”

“Lepas dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil video, rakam wajah saya selepas dipukul itu”

“Mungkin betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan (sambil tunjuk video yang dirakam pengarah). Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya feel reaction tu la. Dia ada mention reaction (yang pengarah mahukan) selepas dia pukul saya tu,” -Ika

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..