Emma Membong akui rezeki bertambah bila bersama Adli.

Pada: Ahad, 1 November 2015
Semakin banyak cabaran dan dugaan dalam berhubungan, Emma Maembong hubungannya dengan Kamal Adli kini lebih bahagia. Bahkan mengakui banyak rezeki datang sejak mereka bersama-sama.

Isu tampar yang dikatakan adalah suatu gimik dan menerima kritikan itu juga membuatkan Emma lebih berhati-hati dimasa akan datang.
“Kadang-kadang jalan terbaik ialah untuk berdiam diri kerana apabila bersuara dan sudah diberikan penjelasan pun (ada juga) yang tetap akan fikir negatif. Sebelum ini saya terang-terangan memuat naik gambar berlakon dalam drama Jodoh Sebelah Pintu arahan Michael Ang dengan keterangan gambar ia babak penggambaran pun ada yang cuba memanipulasinya”

“Ada yang siap kata kami kantoi berdatinglah. Malah gambar kami mengenakan baju kahwin dalam babak drama itu turut diviralkan kononnya kami berkahwin dalam diam. Kalau berlakon dengan hero lain sekalipun saya pasti akan muat naik gambar penggambaran kerana mahu mempromosikannya”

“Kadang-kadang terdetik dalam hati apa salah kami, sedangkan kami tahu kami tak pernah buat perkara tak elok,” jelas Emma kepada BH Online

Tag : , , , , ,