Dituduh penipu, ini komen Achey terhadap balu Harun Salim Bachik

Pada: Khamis, 26 November 2015
Kenyataan balu arwah, Harun Salim bachik iaitu Surianti semalam mengenai kehidupan susahnya dan kenyataan dimana pelawak Achey dituduh menipu mengenai mengambil berat mengenai dirinya menjadi kejutan ramai pihak.

Achey yang tampil memberikan kenyataan menafikan kenyataan Surianti itu dan ianya kemungkinan salah faham Surianti terhadap Achey.
"Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

"Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..