Datuk K kena demam denggi, Siti setia menemani..

Pada: Selasa, 3 November 2015
Baru beberapa hari menyambut menantu, Datuk Seri Khalid ditimpa dugaan yang cukup mencabar. Beliau dikatakan diserang denggi.

Sebenarnya ianya sudah berlaku sejak 5 hari yang lalu dan kemungkinan dibenarkan keluar wad nekad untuk menghadiri majlis kahwin anak kesayangannya, Asyraf Khalid baru-baru ini. Iya lah kan ayah mana taknak lihat hari bersejarah anaknya kan.

Datuk Siti Nurhaliza adalah isteri yangs setia menemani ketika dalam rawatan itu.

"Doktor sebenarnya nasihatkan suami saya berehat sahaja di wad tetapi sebagai ayah, dia tak mungkin tidak menyaksikan perkahwinan anak sendiri. Suami saya tetap gagahkan diri ke perkahwinan Asyraf dan Tya. Saya jugalah orang yang paling risau sepanjang majlis berlangsung kerana takut dia akan pengsan.

"Alhamdulillah semua itu tidak terjadi. Terima kasih Tuhan kerana beri kekuatan dan ringankan kesakitan suami saya untuk berada di majlis yang bermakna itu. Semoga kesihatannya akan kembali pulih. Mohon sahabat semua di sini doakan suami saya segera sembuh ya!," kata Siti

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..