Azma mengaku bersalah, didenda tapi Rosyam kata Azma baik..

Pada: Khamis, 19 November 2015
Memetik portal mStar, Azma Aizal Yusoof mengaku bersalah kerana bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai di Hulu Klang pada 2 November lalu.

Azma bertindak demikian kerana mahu Ika menjiwai karaktor yang diberikan kepada aktres itu, namun akur bahawa cara tersebut tidak sesuai dilakukannya.
"Ketika penggambaran, saya kurang berpuas hati dengan lakonannya dan sudah banyak kali babak yang dilakonkan dirakam semula.

"Sehinggakan saya mengambil pendekatan kaedah yang digunakan oleh produksi negara Jepun, memukul Ika bagi mendapatkan lakonan yang baik.

"Dan saya mengaku bersalah atas tindakan itu kerana mengasari Ika tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Bagaimanapun saya tidak menumbuk Ika seperti laporan yang dikeluarkan di media," kata Azma.
Azma ditemui pada sidang media khas di pejabat penerbit drama berkenaan iaitu Suhan Movies di Setiawangsa, semalam bersama Datuk Rosyam Nor.

Dalam pada itu, Azma turut berkata, kes tersebut sudah pun selesai dan Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin lalu memutuskan pengarah itu didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM2,000.

Sementara itu, penerbitnya, Datuk Rosyam Nor pula berkata, selepas kes selesai, Azma sendiri telah menarik diri sebagai pengarah bagi drama tersebut dan ia digantikan dengan pengarah lain iaitu Aidilfitri Mohamed Yunos.
"Azma telah manjalankan tanggungjawab sebagai pengarah drama Dawai dengan baik sekali dan dia sudah selesaikan sebanyak tujuh buah episod.

"Selebihnya, iaitu sebanyak 13 episod akan diarahkan oleh Aidilfitri. Ika juga membuat keputusan untuk menarik diri dan watak Ika saya gantikan dengan pelakon Puteri Najwa.

"Saya harap kejadian yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak," kata Rosyam.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..