Awie mengenal rapat dengan seorang wanita, boleh kahwininya tapi...

Pada: Jumaat, 20 November 2015
Awie mengakui yang dia kini sedang mengenali rapat seorang wanita. Namun belum masanya lagi dia nak berkahwin dalam masa terdekat. Itu pun jika anak-anak beliau memberikah kebenaran dan setuju untuk berkahwin lagi.
“Soal jodoh saya serah pada takdir. Kalau saya rancang nanti bila tidak menjadi saya pula yang tak happy. Saya tidak mahu merancang pasal jodoh.

“Saya sudah dua kali melalui alam rumah tangga dan yang kedua ini masih dalam perbicaraan mahkamah. Apa yang berlaku saya tak nafi turut beri kesan pada anak-anak.

“Seperti lelaki normal lain sudah semestinya saya perlukan seorang isteri yang boleh bersama saya waktu susah dan senang di samping boleh menjaga anak-anak dengan baik,”

“Saya ini lelaki anak lima, adakah wanita yang mahu serius berkawan dengan saya? Terus-terang, saya berkawan dengan ramai orang.

“Kini, ada seseorang yang sedang saya cuba kenali hati budinya. Biarlah kenal dulu, barulah boleh fikirkan fasa yang lebih serius. Bila dah jadi, saya pasti umumkan.

“Asalkan ia boleh membahagiakan anak-anak saya, itu paling penting. Dalam hidup ini anak-anak lebih diutamakan. Kalau anak-anak kata okey, saya pun okeylah. Saya mahu anak-anak happy.

“Biarlah segala dugaan hidup saya seorang menghadapinya. Kali ini kalau jadi kahwin lagi biarlah atas persetujuan anak-anak. Saya mahu anak-anak hidup gembira dengan ibu tiri,” ujarnya lagi memetik ManggaOnline.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..