Anak RCW dibayar belasan ribu Ringgit untuk drama, anak yang mana satu?

Pada: Rabu, 18 November 2015
Dengar khabar anak Rozita Che Wan (RCW) dapat tawaran drama dengan bayaran sekitar belasan ribu Ringgit untuk 11 episod.

Bukan anaknya yang dah besar tu, tapi si Aaisyah Dhia Rana yang baru berusia setahun lebih.

“Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap,

“Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa…itu terpulang. Ini semua soal rezeki. Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi”

“Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah,” jelasnya kepada BH Plus

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..