Amar Baharin minta Izreen Azminda supaya beradap!

Pada: Selasa, 3 November 2015
Hangat di laman sosial dimana ramai yang memperkatakan mengenai satu kritikan Izreen Azminda terhadap persembahan lakonan Amar Baharin di dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang dipentaskan di Istana Budaya, baru-baru ini.

Dalam teater tersebut Amar memegang watak Zainuddin bagi adaptasi novel karya penulis Indonesia, Hamka. 

Terdapat pro dan kontra mengenai kritikan Izreen terhadap Amar. Mereka pernah berkawan rapat dan dilihat intim sehingga dikaitkan gosip cinta setelah bekerjasama dalam drama bersiri popular, Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Namun, hubungan baik itu dilihat tidak berpanjangan. Kini, Amar dikaitkan pula bercinta pula dengan aktress, Amyra Rosli.

“Bukan saya tak boleh terima kritikan, tetapi kalau kritikan yang terlalu negatif itu saya tak ambil peduli sangat. Pasal kritikan Izreen itu saya kalau boleh memang tak mahu ulas lanjut.

“Sebab buat apa saya kaitkan nama dia dan secara tak langsung beri publisiti pada dia. Bila kecoh orang bercakap mengenai kritikan dia terhadap saya, komen daripada ramai peminat cara Izreen itu macam inginkan perhatian.

“Sebenarnya saya beranggapan kritikan yang dia sengaja letakkan di akaun laman sosialnya itu bertujuan untuk raih perhatian.Kalau dia tak suka lakonan saya, janganlah tengok. Saya memang tak kisah apa dia nak cakap cuma kalau boleh biarlah beradap.

“Apa salahnya beri komen terus di depan saya, tak perlulah nak muat naik di laman sosial. Apa tujuan dia buat begitu kalau bukan kerana inginkan perhatian.

“Kalau tak mahu datang cakap depan saya, dia boleh kirim mesej secara peribadi pada telefon bimbit saya. Kalaupun dia tiada nombor telefon saya, dia boleh kirim mesej teguran itu ke dalam ‘inbox’ laman sosial saya.

“Ada cara yang tertib dan penuh adap untuk menegur, bukanlah secara terbuka macam itu. Cara itu tak bagus,” ujar Amar memetik portal ManggaOnline.
Amar Baharin anggap kritikan Izreen Azminda untuk raih perhatian dan tak beradab

Tambah Amar lagi..
“Dia pun bukannya tak kenal saya. Kami pernah berkawan rapat dan kita sama-sama bekerja dalam industri seni. Saya tak ambil peduli langsung apa saja kritikan dia, apatah lagi mahu melenting.

“Macam saya kalau tengok seseorang itu tidak bagus saya tidaklah menulis kritikan terang-terangan di laman sosial.

“Kalau terlalu ambil peduli sangat kritikan orang saya takkan dapat memajukan diri. Saya hanya akan ambil serius kritikan membina bukannya kritikan yang menghentam dan bertujuan menjatuhkan.

“Lebih afdal kalau kritikan itu yang berunsur nasihat. Boleh kritik tetapi harus nyatakan cara penyelesaian agar saya dapat belajar membaiki diri dan kelemahan,”

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..