Tasha Shila kena gam oleh stesen TV sebab...?

Pada: Selasa, 6 Oktober 2015

Tasha Shilla Digam Stesen TV
Dengar khabar yang pelakon, Tasha Shila kena gam aka banned oleh stesen TV akibat pelbagai kisah kontroversi yang melanda dirinya sejak akhir-akhir ini.

Bagaimapan, Tasha menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menjelaskan dia sebenarnya sedang berehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon hampir 3 bulan lalu.

“Berita itu (disenarai hitam) tidak benar sama sekali. Saya memang sengaja mahu berehat memandangkan sejak hampir lapan tahun lalu, saya sudah terlalu kuat bekerja.

“Buat masa ini, saya belum menerima sebarang tawaran dan saya hanya akan mengumumkan apabila semuanya sudah disahkan,” kata Tasha kepada portal The Rakyat Post

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..