Tak kisah dan pelik pakai bra di pulau.. -Julia Ziegler (5 gambar)

Pada: Ahad, 4 Oktober 2015
Baru-baru ini Julia Ziegler ada pergi bercuti di Pulau Redang, Terengganu. Namun percutiannya menjadi bualan hangat apabila dia bergambar dan memuatnaik gambar memakai bra di tepi pantai.

Namun buat Julia, dia tak kisah dan tak merasa pelik untuk berbuat demikian. Punya berani kenyataan Julia ni kan. Huhu


"Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita.

"Saya hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur,"

"Bagi saya tiada yang pelik pun pakai bikini, orang-orang di kawasan ini ramai yang ambil gambar dengan saya dan tidak kisah pun pemakaian saya itu.

"Saya rasa ramai sahaja perempuan yang pakai seperti itu ketika di pulau, cuma mereka bukan artis dan tidak mendapat perhatian sahaja," ujarnya memetik portal mStar

Tag : , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..