Tahniah Rachel AF jadi graduan UM (gambar)

Pada: Khamis, 22 Oktober 2015
Rachel AF 2015 walaupun gagal dalam program Akademi Fantasia namun beliau berjaya di menara gading. Rachel telah belajar dari tahun 2012 sehingga 2015 dengan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Muzik)

Dan telah berjaya menghabiskan 3 tahun dan seterusnya mengikuti Majlis Konvokesyen Universiti Malaya 2015 baru-baru ini.
“Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak terutama ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Tanpa sokongan mereka kemungkinan saya tidak berjaya untuk mengenggam segulung ijazah. Kejayaan ini bukan untuk saya seorang tetapi kepada semua pihak yang membantu.

“Diharapkan dengan pendidikan yang saya perolehi ini, boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk saya terus maju dalam bidang nyanyian.

“Walaupun tewas dan tidak berjaya menjadi finalis AF yang lalu, namun semangat saya untuk menjadi seorang penyanyi masih lagi menebal,” kata Rachel kepada portal Murai

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..