Sufi Juara AF2015! (3 gambar)

Pada: Isnin, 12 Oktober 2015
Tahniah, Sufi diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Sufi membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, percutian ke Dubai beserta trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengetua, Edry Abdul Halim.

Syamel pula mendapat tempat ke-2 dengan membawa pulang wang tunai RM30,000, percutian ke Dubai, dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara, tempat ketiga dimenangi oleh Bila dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, percutian ke Dubai serta trofi.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Shahrul dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, percutian ke Dubai serta trofi. -mStar


Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..