Sudah kes tampar, Kamal Adli kini kes dengan Zizan Razak pula..

Pada: Selasa, 27 Oktober 2015
Setelah gimik adegan tampar diantara Kamal Adli dengan Emma Membong kini timbul pula kisah mengenai bekas kekasih Emma, Zizan Razak dengan kamal Adli.

Dengarnya Zizan engga digandingkan dengan Kamal untuk filem arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 2. Zizan yang memetik sisipan Bpop Bharian semalam, enggan mengomen mengenai hal itu.

Buat Kamal pula dikhabarkan yang kemungkinan nama dia digugurkan daripada membintangi filem itu. Populariti Zizan sebagai pelakon utama tidak boleh dinafikan jika nama Kamal digugurkan.

Mungkin disebabkan kisah cinta Zizan dengan Emma satu masa dahulu yang memungkinkan juga Zizan enggan rapat seduduk dengan Kamal.

"Jika ya nama saya digugurkan, saya memang kecewa. Saya sangat teruja dan tidak sabar menanti untuk ke lokasi penggambaran filem itu sebenarnya.

"Saya sudah meletakkan azam dan usaha yang jitu, malah sejak setahun lalu, rundingan sekuel ini sudah dilakukan antara saya dan pihak produksi. Kalaulah benar apa yang dikhabarkan itu jadi kenyataan, umpamanya periuk nasi dan rezeki saya ditutup,

"Jika benar bagai dikata (kisah cinta Zizan dengan Emma dahulu), saya lagi terkejut kerana ditolak berlakon kerana masalah peribadi. Saya tak kisah kalau digugurkan kerana kemampuan lakonan masih diragui atau pihak produksi sendiri yang tidak mahukan saya.

"Bagi saya soal peribadi itu tak perlu dicampur dengan urusan profesional. Kalau begitulah ceritanya, saya memang hilang hormat kepadanya. Iyalah saya sedar saya bukan bintang bernama besar sepertinya

"Kalau sebab peribadi yang menjadi punca, saya tak tahulah nak cakap apa lagi. Sejujurnya saya tak ada masalah untuk bergandingan dengannya," kata Kamal

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..