Shukri Yahaya bakal berkahwin 20 Nov ini (4 gambar tunang)

Pada: Selasa, 13 Oktober 2015
Shukri Yahaya bakal berkahwin pada 20 November bulan depan dengan tunangnya, Tya Adnan. Mereka sebelum ini bertunang selama 2 tahun.

Dan kini persiapan perkahwinan mereka sudah hampir 90% siap memetik portal Murai.


“Syukur Alhamdulilah, saya kini sudah bersedia untuk bergelar suami orang. Maaf sebelum ini saya banyak rahsiakan tarikh pernikahan saya kepada umum atas sebab-sebab tertentu.

“Sebenarnya saya takut untuk hebahkannya terlalu awal kerana sebelum ini banyak perkara-perkara yang kurang baik berlaku disekeliling saya terutama soal perkahwinan.

“Jadi, kali ini saya benar-benar yakin dan berharap agar majlis yang penting dalam hidup saya dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama ahli keluarga kami,”

“Saya kalau boleh nak langsungkan majlis pernikahan ini dengan duit saya sendiri tanpa dibebani dengan mana-mana hutang. Sekiranya ada pihak yang sudi menaja saya tak halang malah ia adalah rezek buat kami berdua.

“Apa yang paling penting ialah majlis itu dapat dijalankan dengan sempurna dan ia menjadi satu kenangan serta memori terindah dalam hubungan kami,” ujarnya.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..