Sebab Maya Karin mahu kahwin semula..

Pada: Selasa, 6 Oktober 2015
Setelah bergelar janda bertahun-tahun, Maya Karin kini sudah terbuka pintu hatinya untuk berkahwin lagi buat kali ke-2.

Memetik laporan Bharian, hal itu disuarakan oleh Maya untuk tiba masanya menyulam cinta setelah lama tidak ada pasangan dalam hidupnya yang sesuai.

“Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu jejaka yang sesuai dan serasi dengan jiwa. Memang saya boleh pilih dan terima siapa saja yang ada di depan mata jika terdesak untuk berkahwin tetapi tiada gunanya”

“Saya tidak mahu dikatakan terhegeh-hegeh menuntut cinta dengan lelaki. Mengimbau kenangan silam, saya lebih berhati-hati dengan lelaki. Banyak yang datang menghimpit tetapi sejauh mana keikhlasan mereka? Dalam hati, saya sudah mula rindu untuk kembali berpasangan”

“Mungkin belum sampai jodoh namun saya terima takdir hidup ini. Hari ini saya belum menemuinya, siapa tahu jodoh hadir beberapa tahun akan datang. Insya-Allah, saya percaya aturan jodoh dan ketentuannya,” jelas Maya.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..