Salma Mentor selamat melahirkan anak (gambar bayi)

Pada: Selasa, 20 Oktober 2015
Tahniah buat juara Mentor 5, Salma yang selamat melahirkan anak sulung pada 13 Oktober lalu. Bayi seberat 4.1 kg itu dilahirkan di Hospital Serdang kira-kira jam 9 malam dengan kaedah pembedahan.

Nama juga sudah diberikan, Andi Raisya.


"Perasan gembira memang tidak terkata. Tetapi ketika doktor memaklumkan bahawa saya perlu menjalani pembedahan, saya dan suami sedikit cemas. Walaubagaimanapun, demi keselamatan anak dalam kandungan, kami berserah.

"Menurut doktor, sekiranya saya bersalin secara normal, berkemungkinan besar bayi saya akan mengalami masalah. Kalau saya menjalani pembedahan pula, risikonya adalah kepada saya. Jadi, kami berserah dan alhamdulillah, kedua-duanya selamat," ucap Salma yang juga merupakan isteri kepada Azri AF9 petikan MediaHiburan.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..