Raja Ilya dedah siapa kekasih dia sebenarnya..

Pada: Khamis, 15 Oktober 2015
Pelakon jelitawan, Raja Ilya mengakui dia dengan Syafie Naswip hanya lah kawan biasa seperti adik dan kakak serta ada juga timbul gosip mereka bercinta adalah tidak benar sekali.

Ilya mengakui dirinya kini sudah berpunya, dan jejaka bertuah itu adalah seorang yang berketurunan Mat Salleh yang menetap di Perth, Australia memetik portal ManggaOnline.
“Saya rasa itu gosip paling kelakar. Saya dan Syafie bila baca gosip tersebut, kami gelak besar. Saya dan dia dah macam adik dengan kakak,”

“Dia ada perniagaan sendiri di sana dan di masa lapang turut menjadi model sambilan. Kami mula bercinta awal tahun ini.

“Saya boleh katakan ini hubungan cinta jarak jauh kerana dia di Perth sedangkan saya di sini. Pasal kahwin belum fikir lagi. Untuk hubungan ini saya dan dia go with the flow. Belum ada perancangan serius tentang kahwin.

“Dia sibuk dengan urusan kerjanya di sana. Begitu juga saya. Dia bukan beragama Islam, namun keluarga kami sudah tahu hubungan cinta ini. Saya pula minta masa daripada dia sebelum fikir serius ke fasa seterusnya.

“Dia pula tidak mendesak dan sangat memahami. Walaupun saya sudah 30 tahun dan dia 34 tahun, kami tidak terburu-buru bincang soal kahwin.

“Semuanya saya serah pada takdir. Andai kuat jodoh saya dengan dia, akan adalah nanti. Doakan sajalah,” jelas Ilya.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..