Rahsia sebenar Adira AF putih gebu.. ini dia..

Pada: Jumaat, 9 Oktober 2015
Memetik portal Bharian, memang ramai yang sudah tahu Adira AF memiliki wajah yang putih dan gebu. Namun ramai yang tidak mengetahui rahsia dan tips sebenar yang Adira gunakan.

Adira menggunakan rawatan yang bernama 'carbon peel laser' yang juga rawatan berteknologi dari Korea.


"Saya mula menitik beratkan soal penampilan sejak setahun lalu dan diperkenalkan oleh rakan artis iaitu Emma Maembong mengenai rawatan itu.

"Ia begitu mudah dan berkesan kerana hanya memakan masa 30 minit saja. Saya menjalankan rawatan itu setiap dua bulan bagi memastikan wajah bebas dari cela dan parut.

"Rawatan itu membantu menghilangkan kesan parut dan melicinkan kulit wajah. Tiada rasa kesakitan melampau dialami dan apabila selesai rawatan, wajah akan kelihatan lebih cerah, tegang dan anjal.

"Saya sebenarnya alah kepada ikan bilis yang menyebabkan wajah dipenuhi ruam. Sekali gus, rawatan ini membantu saya untuk memulihkan kembali kulit wajah,

"Saya baru saja menjalani rawatan ini sebelum terbang ke Sydney, Australia. Wajah saya dipenuhi parut kesan alahan makan ikan bilis. Namun saya bernasib baik kerana rawatan itu memberi kesan pantas bagi memperbaiki wajah saya.

"Saya juga tidak ralat berkongsi mengenai tips kecantikan ini kerana saya tidak mengubah bentuk wajah atau sebagainya. Apa salahnya rahsia kecantikan dikongsi bersama," kata Adira.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..