Rahsia awet muda Nassier Wahab yang buat korang terkejut..

Pada: Rabu, 28 Oktober 2015

Nassier Wahab dedah rahsia awet muda
Meskipun kini beliau sudah berusia 53 tahun, namun penyanyi Nassier Wahab masih laris dan kerap mendapat undangan menyanyi setiap minggu. Bak kata orang, Naseer merupakan artis yang masih kental dan mampu bertahan umpama pepatah ‘tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas’.

Lebih menarik, wajah Nassier Wahab juga tidak banyak berubah sejak kemunculannya di era 80an sampai sekarang hingga dia digelar ‘awet muda’ kerana apa yang pasti, ketika era tersebut rawatan wajah menggunakan kaedah kolagen atau yang setaraf dengannya masih belum wujud. Jadi apakah rahsia Nassier Wahab?


Untuk info, Nassier Wahab pernah memberitahu yang dia mengamalkan makan pucuk ulam raja serta makan nasi sedikit sahaja untuk keperluan badan. Tambahnya, dia tidak makan berlebihan hingga perut buncit kerana ia akan memberi kesan pada kesihatan memetik MyArtis.

Disebabkan itulah dia masih sihat dan boleh dikatakan masih ‘handsome’ berbanding artis-artis yang seangkatan dengannya. Malah undangan menyanyi juga masih mencurah-curah, bukan sekadar di Malaysia sahaja, malah di negara jiran seperti Singapura dan Brunei.
“Alhamdulillah, sehingga kini tak menang tangan saya untuk memenuhi undangan persembahan, ada yang terpaksa ditolak.

“Dan saya menghargai setiap jemputan yang diterima sehinggakan walaupun kurang sihat, saya sanggup memenuhi undangan agar dapat menghiburkan peminat yang tidak pernah putus menyokong saya.

“Apa-apa pun, saya bersyukur, walaupun tiada publisiti, saya masih lagi diterima ramai,” ujar Nassier Wahab

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..