Punca sebenar Siti Nordiana belum lagi mahu berkahwin.. (9 gambar)

Pada: Khamis, 15 Oktober 2015

Sudah 6 tahun menjadi 'single mother' tapi buat Siti Nordiana atau Nana rasanya belum lagi masanya untuk berkahwin buat kali ke-2.

Nana yang kini berusia 31 tahun mengakui hal itu kerana risau jika anak kandung dan sulungnya, Ryyan Nakhaie yang kini berusia 7 tahun tersisih.

"Jujurnya jika bercakap soal kahwin saya tidak cukup kuat untuk mengharungi alam rumah tangga buat kali kedua selepas pernah bercerai sebelum ini. Kalau boleh biarlah perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat.

"Kebimbangan saya juga adalah terhadap anak yang mungkin akan rasa tersisih sekiranya kemunculan lelaki lain dalam hidup kami,"

"Mencari pengganti bukan mudah tambahan pula saya hadir dengan 'pakej' (punyai anak) namun saya tidak terlalu tertekan memikirkan perkara berkenaan kerana buat masa ini Ryyan adalah keutamaan saya.

"Dia hanya mengenali saya sebagai ibu dan bapanya dan biarlah dia besar sedikit dahulu sebelum saya fikir soal kahwin," Nana -mStar

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..