Punca Emma Maembong tampar Kamal Adli..

Pada: Isnin, 19 Oktober 2015

Angin tidak, ribut tidak, tiba-tiba pelakon popular Kamal Adli ditampar Emma Maembong.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika pasangan pelakon itu bersiar-siar di sebuah taman rekreasi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut sumber, Emma dikatakan berang dengan gelagat Kamal memerhatikan seorang gadis yang kebetulan berada berhampiran mereka ketika itu.

Sumber berkata, pasangan terbabit pada mulanya dilihat berjalan berdua-duaan sebelum Emma tiba-tiba memarahi Kamal dan terus menampar pelakon itu.

Difahamkan, kejadian itu turut disaksikan orang ramai yang berada di situ dan reaksi agresif Emma nyata mengejutkan mereka.

Menurut sumber, Kamal turut tergamam dengan tindakan Emma dan berdiri kaku tanpa sebarang tindak balas.

Kisah teman tapi mesra pasangan pelakon itu sememangnya bukan lagi rahsia.

Walaupun dilihat semakin terbuka berbicara mengenai hubungan itu, tetapi mereka tidak pernah mengiakan status sebenar sama ada pasangan kekasih atau sebaliknya.

Namun, apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan pelakon drama Jodoh Sebelah Pintu ketika bersiar-siar di taman rekreasi itu tidak mustahil mereka adalah pasangan kekasih.

Malah, reaksi Emma menampar Kamal juga jelas menunjukkan pelakon jelita itu cemburu dengan tindakan Kamal memerhatikan gadis terbabit.

Sementara itu, Kamal ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kejadian itu, manakala Emma pula gagal dihubungi apabila telefon bimbitnya tidak dijawab. -HMetro

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..