Pekin Ibrahim meninggal dunia?

Pada: Ahad, 11 Oktober 2015
Pekin Ibrahim terkejut, apabila berita palsu kematiannya tersebar meluas di laman sosial Twitter semalam.

Berikutan laporan itu dia terpaksa menelefon ibunya di kampung bagi memaklumkan mengenai berita palsu itu.

"Berderau darah saya apabila diberitahu mengenai hal ini. Buat pertama kalinya, saya berhadapan dengan berita palsu sebegini.

"Saya terpaksa menelefon ibu di kampung agar dia tidak terkejut dengan berita ini.

Saya sendiri lemah semangat apabila diberitahu mengenai berita palsu kematian saya, ini pula ibu saya yang sudah berusia,

"Tweet mengenai berita kematian saya tersebar luas sehinggakan ada yang memuat naik gambar untuk mengucapkan takziah.

"Saya sedang cuba memaklumkan kepada rakan-rakan bahawa berita itu adalah tidak benar sama sekali,". -Pekin memetik portal Bharian

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..